Posts

Showing posts with the label HTMS Sukhothai

[VIDEO] Malaysia sedia bantu SAR anak kapal perang Thailand

Image
[VIDEO] Malaysia sedia bantu SAR anak kapal perang Thailand BACA seterusnya di: https://pakdin.my/161227 Kementerian Pertahanan bersedia menggerakkan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) sekiranya Thailand memerlukan bantuan selepas kapal HTMS Sukhothai karam ketika ribut di Teluk Thailand, Ahad lalu. Menterinya Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kementerian melalui Panglima Tentera Laut sudah menghubungi rakan sejawatnya di Thailand untuk menawarkan bantuan berkenaan. Beliau berkata, pasukan SAR itu juga sedia diatur gerak pada bila-bila masa jika diperlukan. "Kementerian melalui Panglima Tentera Laut telah pun menghubunginya dan juga mempelawa sekiranya ada apa-apa keperluan yang boleh kami bantu. "Kita juga ada menghubungi Penasihat Pertahanan Negara Thailand di Kuala Lumpur (bertanya jika ada) apa-apa yang perlu kami bantu. Kami bersedia tetapi mereka mengatakan buat ketika ini, mereka dalam keadaan terkawal dan boleh menguruskannya sendiri. https://www.instagram.com/reel/