Posts

Showing posts with the label PRN

Ahli belum faham rasional Umno dalam Kerajaan Perpaduan

Image
Ahli belum faham rasional Umno dalam Kerajaan Perpaduan  BACA seterusnya di: https://pakdin.my/166648 Umno perlu bangkit dan menyusun strategi perang yang baharu termasuk tidak boleh lagi hanya bertahan, sebaliknya turut menggunakan taktikal menyerang untuk kekal relevan dalam arena politik negara. Meluahkan pandangan itu, Setiausaha Veteran Umno Malaysia Datuk Mustapha Yaakub berkata, Umno perlu menjelaskan beberapa isu penting yang sukar diterima dan difahami oleh ahli. "Contohnya penyertaan Umno dalam Kerajaan Perpaduan bersama DAP dan 'No Anwar No DAP' (dilaungkan sebelum ini). "Rata-rata ahli tidak faham rasional di sebalik kerjasama itu. Masa lapan bulan yang singkat sebelum berlangsungnya Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabtu lalu tidak sempat untuk menyampaikan kefahaman mendalam kepada ahli. "Bahagian dan cawangan gagal untuk menjelaskan kepada ahli," katanya ketika dihubungi, hari ini. Beliau diminta mengulas mengenai apa perlu dilakukan Umno selepas kal

Tiada peraturan halang Pesuruhjaya Suhakam jadi calon untuk PRN

Image
  Tiada peraturan halang Pesuruhjaya Suhakam jadi calon untuk PRN Baca seterusnya di: https://pakdin.my/166604 Tiada peraturan yang menghalang pencalonan Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) Hasnal Rezua Merican Habib Merican bagi mewakili Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor. Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau telah menyemak perkara berkenaan dengan para peguam berhubung pencalonan Hasnal Rezua Merican. "Tidak ada satu pun peraturan yang menghalang (pencalonan itu) dan saya telah rujuk dengan peguam-peguam kita," katanya pada program ceramah kempen PRN DUN Kuang di Bandar Tasik Puteri, di sini malam Khamis. Hasnal Rezua Merican dicalon untuk mewakili BN bagi merebut kerusi DUN Kuang berhadapan dengan penyandang kerusi itu, Sallehudin Amiruddin (Bebas) dan Mohd Rafiq Abdullah (PN-Bersatu). Ahmad Zahid berkata sebagai produk yang dilahirkan oleh Suhak

PRN: Apa rakyat Kedah mahu?

Image
PRN: Apa rakyat Kedah mahu? Baca seterusnya di: https://pakdin.my/166599 Kestabilan politik, pembangunan infrastruktur serta peningkatan sosioekonomi yang seimbang menjadi antara keperluan utama yang ditagih pengundi di Kedah daripada mana-mana parti politik yang akan mentadbir negeri ini selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos nanti. Beberapa pengundi yang ditemui Bernama meluahkan harapan agar pentadbiran kerajaan negeri nanti dapat dilakukan secara efisien dan diselaras sebaik mungkin dengan kerajaan Persekutuan. Pengusaha industri kecil dan sederhana Zarina Abdullah, 58, berpendapat isu kemudahan asas termasuk bekalan air masih belum diselesaikan dan memberi kesan kepada kehidupan rakyat khususnya golongan peniaga. “Sebagai peniaga kecil-kecilan, saya bersyukur menerima bantuan menerusi peruntukan kerajaan pusat untuk perniagaan makanan tetapi masalahnya di negeri ini, kita ada masalah bekalan air. “Masalah bekalan air ini sedikit sebanyak menjejaskan operasi perniagaan saya

PRN Selangor: Amanah ganti BN di Hulu Bernam

Image
PRN Selangor: Amanah ganti BN di Hulu Bernam BACA seterusnya di: https://pakdin.my/166510 HULU SELANGOR - Parti Amanah Negara (Amanah) menggantikan Barisan Nasional (BN) bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Bernam pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor 12 Ogos depan. Ketua Pemuda Amanah Hulu Selangor, Abdul Mun'im Roslin berkata, pihaknya berterima kasih atas kepercayaan pimpinan Amanah peringkat negeri dan pusat serta BN khususnya UMNO dalam mencapai kata sepakat mengenai keputusan tersebut. "Perkembangan ini merupakan satu titik tolak yang akan mengukuhkan lagi kerjasama dan gerak kerja berpasukan dalam Kerajaan Perpaduan sekali gus memberi lonjakan sokongan kepada gabungan PH-BN di negeri ini," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis. Sehubungan itu, katanya, Amanah Hulu Selangor berusaha sedaya upaya mengerahkan seluruh kekuatan dengan sokongan rakan parti dalam gabungan itu bagi memastikan kerusi DUN Hulu Bernam mengekalkan kemenangan yang disandang BN se

[VIDEO] PRN: Agihan kerusi PH-BN Selangor selesai

Image
PRN: Agihan kerusi PH-BN Selangor selesai BACA seterusnya di: https://pakdin.my/166457 Agihan kerusi di antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) telah dimuktamadkan dengan BN diperuntukkan lebih 20 peratus daripada 56 kerusi dipertandingkan, kata Pengerusi PH Selangor Datuk Seri Amirudin Shari . Beliau yang juga Menteri Besar Selangor berkata pecahan pembahagian kerusi itu telah dipersetujui Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. “Dengan itu, kerusi selebihnya akan ditandingi calon PH dan ini diputuskan selepas mengambil kira faktor kerusi-kerusi yang disandang parti itu sebelum Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan. “Faktor semasa keadaan politik, kekuatan terkini antara parti dalam gabungan Kerajaan Perpaduan selain kebolehcapaian untuk menggabungkan kekuatan kedua-dua parti juga menjadi antara faktor dalam menentukan pengagihan kerusi,” katanya ketika sesi temu bual eksklusif be

PRN: Peranan media sosial dan masa depan rakyat Malaysia

Image
PRN: Peranan media sosial dan masa depan rakyat Malaysia BACA seterusnya di: https://pakdin.my/166448 TANGGAL 12 Ogos 2023 bakal menentukan nasib ahli politik di enam negeri. Melihat kepada apa yang berlaku sewaktu pilihan raya umum tahun lalu, antara faktor utama yang memainkan peranan penting menentukan kemenangan parti politik seperti Pas banyak dipengaruhi oleh media sosial. Penggunaan media sosial yang meluas serta capaian kepada semua pihak masyarakat menyebabkan maklumat disampaikan lebih cepat dan tersebar dengan pantas. Landskap politik negara mutakhir ini banyak dipengaruhi oleh media sosial seperti TikTok dan Twitter. Keadaan ini tidaklah bermakna ia negatif semata-mata. Ada banyak manfaat yang boleh dijana dari medium ini sekiranya digunakan dengan betul. Terkini, hampir semua ahli politik menggunakan medium TikTok untuk menyampaikan idea serta meraih undi. Memandangkan sejumlah besar iaitu sebanyak 28.9 peratus atau hampir 2.8 juta pengundi terdiri daripada golongan belia

PRN: MCA, MIC dilibatkan pembentukan kerajaan Selangor akan datang - Amirudin

Image
PRN: MCA, MIC dilibatkan pembentukan kerajaan Selangor akan datang - Amirudin BACA seterusnya: https://pakdin.my/166397 Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari memberi jaminan peranan MCA dan MIC akan dilibatkan dalam pembentukan pentadbiran kerajaan negeri pada masa akan datang jika gabungan parti Kerajaan Perpaduan dapat mempertahankan Selangor pada Pilihan Raya Negeri (PRN). Amirudin yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor berkata, pembabitan parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan dalam pentadbiran negeri penting demi kestabilan politik di negeri berkenaan. Sehubungan itu, katanya beliau amat mengharapkan pembabitan MCA dan MIC semasa tempoh berkempen menjelang pilihan raya negeri kali ini walaupun kedua-dua parti berkenaan sudah menyatakan hasrat untuk tidak bertanding di enam PRN bulan hadapan. "Mereka juga harus dilibatkan sama semasa kempen dan pentadbiran masa depan kerajaaan negeri. Saya sedia sebut hal itu, kerana kita mahu mengekalkan konsep gabungan Kerajaan Pe

BN hormati keputusan MCA, MIC tidak bertanding PRN - Ahmad Zahid

Image
BN hormati keputusan MCA, MIC tidak bertanding PRN - Ahmad Zahid BACA seterusnya: https://pakdin.my/166375 Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau menghormati keputusan MCA dan MIC untuk tidak bertanding pada pilihan raya enam negeri bulan depan. Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO itu berkata keputusan MCA dan MIC itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Dewan Tertinggi BN pada Isnin depan. “Saya sebagai Pengerusi BN hormati keputusan dibuat oleh kedua-dua parti… kita sebenarnya telah tetapkan MCA dan MIC kerusi tetapi kalau itu mereka putuskan, kita akan bincangkan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di sini hari ini. Semalam, MCA dan MIC mengumumkan tidak akan bertanding pada pilihan raya negeri (PRN) Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Kedah dan Terengganu bulan depan bagi menumpukan kepada persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).  Ah

PRN: Hari mengundi bagi 6 negeri ditetapkan pada 12 Ogos

Image
PRN: Hari mengundi bagi 6 negeri ditetapkan pada 12 Ogos BACA seterusnya: https://pakdin.my/166332 Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 Ogos 2023 sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Negeri serentak di enam negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, dan Terengganu. Tarikh penamaan calon pula ditetapkan pada 29 Julai manakala bagi pengundian awal, ialah pada 8 Ogos . Terdahulu, mesyuarat khas menetapkan tarikh penting itu berlangsung di Menara SPR di sini, dipengerusikan oleh Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Ghani Salleh. Ketika mengumumkan tarikh-tarikh penting itu beliau berkata seramai lebih 9.7 juta pengundi yang layak akan menjalankan tanggungjawab pada PRN di enam negeri berkenaan. “Sehubungan itu SPR memutuskan satu PRN ke-15 hendaklah diadakan bagi mengisi dewan berikut: 36 Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, 45 DUN Kelantan, 32 DUN Terengganu, 40 DUN Pulau Pinang, 56 DUN Selangor dan 36 DUN Negeri Sembilan.“ Bagi maksud menjalankan PRN, SPR te

PRN Kedah: Kesiapsiagaan jentera UMNO hadapi PRN pada tahap tinggi - Reezal Merican

Image
PRN Kedah: Kesiapsiagaan jentera UMNO hadapi PRN pada tahap tinggi - Reezal Merican BACA seterusnya: https://pakdin.my/166298 Kesiapsiagaan jentera UMNO dan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kedah kini berada pada tahap yang tinggi, kata Ketua Jabatan Pilihan Raya UMNO Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican. Beliau berkata keazaman dan semangat ahli parti itu bagi membantu dan memastikan kemenangan pada PRN akan datang masih tinggi meskipun keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) tidak seperti yang mereka harapkan. "Pola pengundian tidak semestinya berada pada tahap yang sama dan kecenderungan itu pasti akan berlaku… namun dalam keadaan apa sekali pun, kita tidak akan berputus asa kerana rakyat Kedah mendambakan pentadbiran negeri dan negara berada dalam keadaan stabil,” katanya pada sidang media di sini hari ini. Sementara itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata UMNO Perlis dan Perak dilantik sebagai '

PRN: Berkempen secara matang - Mufti Kelantan

Image
PRN: Berkempen secara matang - Mufti Kelantan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/166208 Masyarakat Kelantan, khususnya umat Islam diingatkan agar bersikap lebih dewasa dan matang terutamanya dalam tempoh berkempen bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata sikap sedemikian bakal mencerminkan peribadi seseorang sekali gus mengelakkan tercetusnya perbalahan dan perpecahan sesama sendiri. “Kita telah menempuh beberapa kali pilihan raya, sepatutnya perkara ini mendewasakan kita.  “Oleh itu, berkempenlah secara matang dan dewasa dan tidak menimbulkan sebarang provokasi. Kalau timbul perbalahan mahupun perpecahan antara masyarakat itu tandanya masih kebudak-budakan,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Arafah #QuranHour di Masjid Sultan Muhammad II, di sini hari ini, yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) Marhaini Yusoff. Mohamad

Sasaran PH, BN menang 50 kerusi di Selangor realistik

Image
Sasaran PH, BN menang 50 kerusi di Selangor realistik BACA seterusnya: https://pakdin.my/166053 Sasaran gabungan Kerajaan Perpaduan untuk memenangi sekurang-kurangnya 50 atau dua pertiga jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor pada Pilihan Raya Negeri akan datang adalah realistik dan mampu dicapai. Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata sasaran itu boleh dicapai dengan gabungan kekuatan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) di negeri berkenaan. “Sasaran kita yang realistik adalah menang dua pertiga kerusi DUN Selangor namun jika campurkan pengundi PH dan BN, sasaran 50 kerusi itu mampu dilakukan serta dicapai. “Ini adalah masa kita untuk meyakinkan akar umbi kedua-dua pihak untuk bekerjasama dan memastikan kemenangan gabungan luar biasa untuk menjamin kestabilan serta kemakmuran di Selangor,” katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakyat di Masjid Bandar Tun Hussein Onn, Cher

Agihan kerusi PH-BN Terengganu selesai - Ahmad

Image
Agihan kerusi PH-BN Terengganu selesai - Ahmad BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165690 MARANG, 5 Jun (Bernama) -- Proses agihan kesemua 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) Terengganu bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) sudah selesai sepenuhnya, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Ahmad Said. Beliau berkata proses agihan tersebut selesai dalam tempoh sebulan selepas tiga kali perbincangan dan beliau telah menyerahkan keputusan agihan tersebut kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk dimuktamadkan. "Presiden sama presiden akan bincang. Tunggulah... biar mereka selesaikan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Jentera PRN 2023 Peringkat UMNO Bahagian Marang di Wakaf Tapai, di sini, hari ini. Katanya,  BN juga telah menyenarai pendek nama-nama calon yang bakal bertanding untuk kerusi DUN Terengganu pada PRN tidak lama lagi. VIDEO berkaitan: https://youtu.be/ZE

PRN: PH, BN Selangor selesai runding agihan 49 kerusi DUN

Image
PRN: PH, BN Selangor selesai runding agihan 49 kerusi DUN BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165659 Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) Selangor sudah selesai berunding dan menyepakati agihan 49 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan dipertanding dalam pilihan raya negeri (PRN) itu tidak lama lagi. Pengerusi PH Selangor Datuk Seri Amirudin Shari, yang juga Menteri Besar Selangor, berkata agihan tujuh lagi kerusi masih dalam rundingan dan menjangkakan proses itu dapat diselesaikan selewat-lewatnya menjelang pembubaran DUN. “Maknanya saya boleh cakap sudah 83 peratus (agihan kerusi DUN) selesai pada tahap ini. Ia perkembangan besar selepas hanya dua kali pertemuan di peringkat negeri. “Jadi (perbincangan) yang seterusnya akan dilaksanakan dalam minggu depan dan saya percaya kita akan mendapat kata putus,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Anugerah Sukan Negeri Selangor 2021-2022 di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz di sini hari ini. VIDEO berkaitan

[VIDEO] Belum muktamad rakan sekutu guna lambang BN pada PRN - Ahmad Zahid

Image
[VIDEO] Belum muktamad rakan sekutu guna lambang BN pada PRN - Ahmad Zahid BACA seterusnya di: https://pakdin.my/164485 Barisan Nasional (BN) masih belum memuktamadkan sama ada membenarkan rakan sekutunya dalam Kerajaan Perpaduan bertanding menggunakan lambang parti gabungan itu pada pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri akan datang, kata Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. “… kita tidak menolak jika ada parti-parti lain dalam kesepakatan Kerajaan Perpaduan, jika mereka berhasrat untuk menggunakan lambang BN, namun ia belum dimuktamadkan. Hasrat itu ada (parti guna lambang BN) tetapi belum dimuktamadkan,” kata Ahmad Zahid yang juga presiden UMNO. Bagaimanapun beliau berkata Dewan Tertinggi BN telah memutuskan calon BN akan menggunakan lambang BN pada PRN. Timbalan Perdana Menteri berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Tinggi Kawalan Keganasan (JPTKK) di sini hari ini. https://youtu.be/r3uCww9ttaU Semalam, Pengarah Piliha

BN Tak akan ambil mudah cabaran PRN - Mohamad Hasan

Image
BN Tak akan ambil mudah cabaran PRN - Mohamad Hasan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/164204 Barisan Nasional (BN) tidak akan mengambil mudah Pilihan Raya Negeri (PRN) termasuk di tiga negeri dikuasai Kerajaan Perpaduan sendiri, kata Timbalan Pengerusinya Datuk Seri Mohamad Hasan. Beliau yang juga Pengarah Jentera Pilihan Raya BN berkata tumpuan penuh akan diberikan kepada kesemua enam negeri yang terlibat terutama dari segi kesiapsiagaan jentera parti. “Tak boleh kata kita, Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang (dikuasai Kerajaan Perpaduan) kita ada kelebihan, tidak ada perkara seperti itu, sebab pilihan raya sama macam main bola juga,” katanya kepada kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Taman Tuanku Ja’afar di sini hari ini. Selain Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang, tiga negeri lain yang akan berhadapan PRN ialah Kelantan, Terengganu dan Kedah yang dikuasai pembangkang. VIDEO berkaitan https://youtu.be/ZEmsVOQj

UMNO Terengganu tak ada masalah gabung dengan PH rampas Terengganu

Image
UMNO Terengganu tak ada masalah gabung dengan PH rampas Terengganu "Politik itu dinamik, bukan politik mati... Sebab itu orang kata tidak ada musuh berkekalan, kawan berkekalan dalam politik BACA seterusnya di: https://pakdin.my/164054 Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata pihaknya tidak mempunyai masalah untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) untuk merampas semula pentadbiran negeri itu daripada pimpinan PAS pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini. Ahmad, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal, berkata kerjasama (UMNO dan PH) dah terjalin di peringkat pusat, maka ia akan diteruskan demi kestabilan negara dan negeri berkenaan. "Politik itu dinamik, bukan politik mati... Sebab itu orang kata tidak ada musuh berkekalan, kawan berkekalan dalam politik," katanya pada majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Ketengah 2023 di Bandar Muktafi Billah Shah, di sini, hari ini. Turut hadir Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Terengganu

PRN: Mohd Isam umum tidak pertahan kerusi DUN Gemencheh

Image
PRN: Mohd Isam umum tidak pertahan kerusi DUN Gemencheh BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163937 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gemencheh Datuk Mohd Isam Mohd Isa hari ini mengumumkan tidak akan mempertahankan kerusi DUN berkenaan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang. Mohd isam yang juga Ahli Parlimen Tampin berkata keputusan dibuat berikutan mahu memberi tumpuan penuh terhadap perkhidmatan di kawasan Parlimennya. “Saya doakan rakan-rakan supaya menang pada PRN nanti, saya tidak akan bertanding lagi pada PRN, maknanya Gemencheh (kerusi) kosong. “Kalau Datuk Speaker (Datuk Zulkefly Mohamad Omar), berminat bolehlah… tetapi sebelum itu kena meminang, bukan macam meminang Puteri Gunung Ledang pun, syarat pertamanya kena masuk UMNO dululah,” katanya ketika berucap pada sesi penangguhan pada persidangan penggal kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan di sini hari ini. VIDEO Berkaitan: https://youtu.be/ZEmsVOQjx-k Sementara itu, beliau turut menzahirkan penghargaan kep

[VIDEO] PRN: Anwar serahkan kepada kebijaksanaan pimpinan negeri mulakan rundingan kerusi

Image
[VIDEO] PRN: Anwar serahkan kepada kebijaksanaan pimpinan negeri mulakan rundingan kerusi BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163926 Persiapan antara parti gabungan Kerajaan Perpaduan bagi menghadapi enam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan diputuskan dalam tempoh terdekat. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ini termasuklah mengenai rundingan pembahagian kerusi, calon dan strategi kempen. Bagaimanapun menurutnya bagi negeri yang dikuasai mutlak oleh gabungan tertentu seperti Pakatan Harapan (PH) di Selangor dan Pulau Pinang, rundingan mengenai pengagihan kerusi harus dimulakan oleh kepimpinan negeri sebelum hasil rundingan itu dikemukakan kepada pusat.  “Tadi kita bincang tiada masalah (pengagihan kerusi di negeri yang dikuasai mutlak parti tertentu). Macam beberapa negeri dipimpin oleh UMNO kita terima dan beberapa negeri lain yang dipimpin oleh komponen PH juga kita terima. “Saya ingat ini bukan isu yang dipertikai tapi saya serah kepada kebijaksanaan kepimpinan di negeri

#PRNJohor: Sultan Johor perkenan bubar DUN Johor

Image
  #PRNJohor: Sultan Johor perkenan bubar DUN Johor [Sumber:  https://pakdin.my/?p=153698 ] JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan menandatangani watikah pembubaran Dewan Negeri Johor (DUN) berkuatkuasa hari ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN), diadakan. Terdahulu, Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad pada jam 5 petang di Istana Bukit Serene, Johor Bahru, hari ini. Berangkat sama, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim. Pada pertemuan bersama Sultan Johor itu, Hasni diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Azmi Rohani yang kemudian mempersembahkan watikah pembubaran DUN Johor. "Fasal 23 Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 bahawa Dewan Negeri Johor Darul Ta'zim termansuh pada 22 Januari 2022," jelas hantaran itu dalam akaun rasmi Sultan Johor, hari ini.