Posts

Showing posts with the label Rawang Bypass

MyKad ada bersama mayat lelaki pakai helmet di Rawang Bypass

Image
RAWANG – Mayat reput yang ditemukan di laluan susur keluar Rawang Bypass dikenal pasti merupakan seorang lelaki tempatan berusia 48 tahun. Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Abang Kaderi Abang Wasli berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian itu sekitar pukul 9.30 pagi, 9 Disember 2024. “Mayat dijumpai dalam keadaan terbaring, lengkap berpakaian, dan masih memakai helmet. “Barang peribadi milik mangsa seperti dompet yang mengandungi kad pengenalan diri dan jam tangan turut ditemui bersama mayat,” katanya dalam kenyataan hari ini. Katanya, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut. “Proses bedah siasat dijadualkan hari ini bagi mengenal pasti punca sebenar kematian dan kes diklasifikasikan sebagai Mati Mengejut (SDR),” katanya. Tambahnya, orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta tampil membantu siasatan. “Orang ramai boleh berhubung dengan Ketua Polis Balai Rawang, Inspektor Zharif Zakaria di talian ...

Enam cedera, Mitsubishi Pajero jatuh gaung 10 meter di Rawang Bypass

Image
Enam cedera, Mitsubishi Pajero jatuh gaung 10 meter di Rawang Bypass BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163548 HULU SELANGOR – Seramai tujuh individu termasuk lima kanak-kanak berdepan detik cemas apabila kenderaan dinaiki mereka terjatuh ke dalam gaung sedalam 10 meter di Rawang Bypass, Serendah menghala ke Kuala Lumpur, di sini, semalam. Pengarah Bomba Selangor, Morni Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 3.58 petang. Menurut beliau, seramai enam anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu digerakkan ke lokasi kejadian. “Setibanya Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Harashid Rosli di lokasi, terdapat kemalangan melibatkan sebuah kereta pacuan empat roda jenis Mitsubishi Pajero Sport. “Kenderaan tersebut jatuh ke dalam gaung dengan kedalaman anggaran 10 meter kecuraman. “Enam individu cedera ringan dalam kemalangan itu iaitu pemandu lelaki berusia 30-an, dua kanak-kanak lelaki (empat dan lima tahun) dan tiga kanak...