Posts

Showing posts with the label Hilang

Remaja hilang lepas keluar dengan teman lelaki

Image
Remaja hilang lepas keluar dengan teman lelaki https://pakdin.my/174941/ KLUANG – Seorang remaja dilaporkan hilang sejak tiga hari lalu selepas keluar bersama dua lelaki ke bandar Kluang dengan menaiki kereta Proton Gen-2 pada Rabu lalu. Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, berdasarkan laporan ibu remaja itu, remaja dikenali Elly Ellyana Shafinaz Mohd. Dom, 17, memohon kebenaran untuk keluar bersama teman lelakinya dan rakan masing-masing berusia 22 dan 20-an. Katanya, Elly Ellyana yang juga anak bongsu daripada enam beradik tinggal di Taman Titiwangsa, manakala teman lelakinya dari Taman Sri Kluang dan rakannya dari Taman Berlian Biru. “Kira-kira pukul 5 pagi hari Khamis, pengadu menyedari anaknya itu masih belum pulang ke rumah sebelum bertindak mencari di rumah teman lelakinya pada pukul 10 pagi, namun diberitahu telah dihantar pulang oleh rakannya. “Kemudian ibu berkenaan cuba menghubungi Elly Ellyana yang juga pelajar tingkatan lima serta teman le...

🎦 Zayn Rayyan hilang sejak semalam ditemui mati

Image
Zayn Rayyan hilang sejak semalam ditemui mati BACA seterusnya di: https://pakdin.my/174049 Budak lelaki autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, yang dilaporkan hilang tengah hari semalam di Damansara Damai, ditemui di aliran anak sungai berhampiran kawasan kediamannya jam 10 malam tadi 6/1/2023. Mayat Zayn Rayyan berusia enam tahun itu ditemui oleh kumpulan penduduk yang menjalankan operasi mencari mangsa. Mangsa ditemui terbaring di sungai yang terletak pada jarak kira-kira 200 meter dari blok kediamannya, di Aparment Idaman, Damansara Damai di sini. Setakat ini, pihak polis sudah menutup laluan belukar dari kawasan kediaman menuju ke lokasi mayat mangsa ditemui. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, yang berada di lokasi kejadian turut mengesahkan penemuan mayat mangsa. "Saya tidak dapat mengulas lanjut kerana kita baru menemui mayat mangsa dan kini dalam peringkat menyiasat lokasi sekitar kawasan mayat ditemui," katanya kepada BH ya...

Hilang Pulau Perhentian: Rupa-rupanya sudah balik Kluang berehat

Image
Hilang Pulau Perhentian: Rupa-rupanya sudah balik Kluang berehat BACA seterusnya di: https://pakdin.my/168719/ KLUANG – Empat sekeluarga yang dikhuatiri hilang setelah gagal dihubungi sewaktu bercuti di Pulau Perhentian di sini sejak Sabtu lalu selamat pulang ke pangkuan keluarga di sini hari ini. Sukarelawan Pertubuhan Amal Komuniti Besut, Ahmad Nazrul ketika dihubungi mengesahkan empat sekeluarga iaitu Suraidah Abdul Ghani, 54, dan anaknya, Mohamad Aiman Rafee, 21, serta dua cucunya, Sasa Alesha Mohd. Saiful 7, dan Ahmad Dhani Mohd. Saiful, 4, sudah selamat pulang ke Kluang. “Ya, saya mengesahkan bahawa mereka telah selamat pulang ke Kluang, saya telah berhubung dengan ayah kepada kanak-kanak tersebut dan dia mengesahkan. “Buat masa ini mungkin ayahnya mahu berehat sebab memandu kenderaan dari Kluang ke Terengganu patah balik, kita cuba bantu mana yang termampu,”katanya ketika dihubungi hari ini. Ahmad Nazrul juga berharap tiada mana-mana pihak membuat sebarang spekulasi mengenai kes...

Hilang Pulau Perhentian: Telefon bimbit Suraidah, anak rosak terkena air

Image
Hilang Pulau Perhentian: Telefon bimbit Suraidah, anak rosak terkena air BACA seterusnya di: https://pakdin.my/168715/ BESUT – Empat sekeluarga yang dikhuatiri hilang setelah gagal dihubungi sewaktu bercuti di Pulau Perhentian di sini sejak Sabtu lalu didapati telah keluar dari pulau peranginan pada kelmarin. Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Abdul Rozak Mohamad berkata, siasatan awal mendapati Suraidah Abdul Ghani, 52, anak lelaki dan dua cucunya telah mendaftar keluar dari sebuah resort di Pulau Perhentian Kecil pada pukul 8 pagi, Ahad lalu (1/102023). “Semakan televisyen litar tertutup (CCTV) mendapati kenderaan Proton Saga yang dinaiki keluarga itu dikesan telah bergerak keluar dari pekan Kuala Besut menuju ke Jambatan Seberang Kastam di sini pada pukul 10.06 pagi, 1 Oktober lalu. “Berdasarkan makluman daripada pengendali bot yang membawa mereka, keluarga tersebut dikatakan merancang untuk menyambung percutian di Batu Burok, Kuala Terengganu selepas itu,” katanya. Abdul Rozak...

4 sekeluarga dikhuatiri hilang ketika bercuti di Pulau Perhentian

Image
4 sekeluarga dikhuatiri hilang ketika bercuti di Pulau Perhentian BACA seterusnya di: https://pakdin.my/168711/ BESUT – Empat sekeluarga iaitu dua wanita, anak lelaki dan cucunya dikhuatiri hilang setelah gagal dihubungi sewaktu bercuti di Pulau Perhentian di sini pada hujung minggu lalu. Suraidah Abdul Ghani, 52, dari Kluang, Johor dan ahli keluarga yang sepatutnya keluar dari pulau peranginan tersebut semalam. Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Abdul Rozak Mohamad berkata, pihaknya sedang melakukan siasatan berhubung dakwaan tersebut. “Kami sedang melakukan pengesahan (dakwaan kehilangan) dan siasatan sudah dilakukan. “Butiran lanjut akan dimaklumkan kemudian,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Terdahulu tular di media sosial tentang kerisauan ahli keluarga Suraidah setelah tiada berita tentang wanita itu, anaknya, Mohamad Aiman Mohd. Rafee, 21 serta dua cucunya, Sasa Alesha, 7, dan Ahmad Dhani, Mohd. Saiful, 4, sejak Sabtu lalu. Mereka dikatakan tiba di daerah ini dari...

Gadis OKU hilang selepas pulang beraya

Image
Gadis OKU hilang selepas pulang beraya BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163768 Seorang remaja perempuan orang kelainan upaya (OKU) dilaporkan hilang di rumahnya di Meru, Klang sejak 28 April lalu selepas pulang beraya bersama keluarga. Berita itu tular di media sosial apabila keluarganya giat membuat pencarian bagi mengesan gadis tersebut, Nur Adriana Natasya Noor Sazli yang berusia 17 tahun. Kakak sulungnya, Nur Amira Natasya Sazli, 20, berkata, kehilangan adik perempuanya itu disedari keluarga pada awal pagi Jumaat lalu selepas pulang beraya daripada kampung di Perak. Menurut Nur Amira, ahli keluarganya kini amat bimbang dengan keadaan adiknya yang menghidap disleksia dan Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD). VIDEO berkaitan: “Kami baru sahaja pulang beraya dari Perak dan bila bangun sahaja, sedar-sedar Adriana hilang kira-kira pukul 5 pagi. “Sekarang dah masuk empat hari masih tak jumpa. Kita takut dia diapa-apakan kerana dia ada ADHD dan disleksia,” katanya kepada K...

[VIDEO] Wanita warga emas hilang dijumpai semula lepas 5 hari

Image
[VIDEO] Wanita warga emas hilang dijumpai semula lepas 5 hari BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160490/ BATU PAHAT – Wanita warga emas yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari daun kelapa sawit untuk dijadikan penyapu lidi pada 10 Ogos lalu ditemui selamat hanya kira-kira 1.4 Kilometer dari rumahnya di Kampung Parit Kasih Sayang, Senggarang di sini. Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, selepas lima hari usaha pencarian dilakukan akhirnya wanita berkenaan, Painah Siwan,79, ditemui pada pukul 11.25 pagi tadi. Katanya, wanita berkenaan yang ditemui berhampiran lopak air dalam keadaan lemah oleh pasukan mencari dan menyelamat kira-kira 900 meter dari Pusat kawalan operasi. “Turut ditemui bersama wanita berkenaan adalah sepasang selipar dan secekak lidi daun kelapa sawit yang sudah siap diraut. “Wanita itu kemudiannya di rujuk ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) untuk pemeriksaan kesihatan dan keadaannya dilaporkan stabil,” katanya melalui ken...

Wanita murung ditemui dalam buaian dekat hutan

Image
Wanita murung ditemui dalam buaian dekat hutan [Sumber: https://pakdin.my/?p=154152 ] MARANG – Wanita kemurungan yang hilang sejak empat hari lalu berjaya ditemui dalam keadaan selamat di dalam kawasan belukar di Kampung Batu Penunggul, di sini hari ini. Rohana Abu Bakar, 49, ditemui pasukan mencari dan menyelamat sedang duduk di dalam buaian kain di kawasan belukar itu pada pukul 3.30 petang. Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd. Zain Mat Dris berkata, ibu kepada tiga anak itu dijumpai kira-kira tiga kilometer dari pondok yang didudukinya. “Wanita itu berada dalam keadaan sihat, selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan. Setakat ini motif kehilangannya masih belum ketahui,” katanya di sini hari ini. Terdahulu, Kosmo! melaporkan operasi mencari dan menyelamat Rohana dilancarkan pada pukul 10 pagi hari ini selepas menerima aduan kehilangan wanita itu di Balai Polis Bukit Payung di sini. Kehilangan wanita yang mengalami kemurungan itu disedari salah seorang anaknya ...

Wanita hilang seminggu ditemukan letih dan lesu

Image
Wanita hilang seminggu ditemukan letih dan lesu [Sumber: https://pakdin.my/?p=153574]  Pasir Mas: Wanita yang dilaporkan hilang sejak seminggu lalu ditemui di Lubok Jong, Pasir Mas kira-kira jam 10 malam tadi dalam keadaan letih dan lesu. Menurut suaminya, Lokman Hakim Azizi, 26, isterinya, Noor Amira Mohamed, 24, dilaporkan hilang pada 12 Januari lalu yang ketika itu pulang ke kampungnya di Rantau Panjang untuk menjaga ibu yang sakit akibat terjatuh tangga. Lokman berkata, memandangkan dia bekerja di Pahang dan tidak sempat menghantar isterinya balik ke kampung, dia menghantarnya ke Stesen Kereta Api Kuala Lipis. "Bagaimanapun, kira-kira jam 10 pagi pada keesokan harinya, saya terputus hubungan dengan isteri apabila panggilan telefon tidak dijawab selain pesanan ringkas melalui WhatsApp juga tidak berbalas. "Pada ketika itu, isteri saya sepatutnya sudah sampai ke Stesen Kereta Api Pasir Mas dan berada di rumahnya, namun dia tidak sampai di rumah sebagaimana yang sepatutnya d...