Posts

Showing posts with the label Rumah Terbakar

[VIDEO] Rumah terbakar, wanita warga emas ditemukan rentung

Image
[VIDEO] Rumah terbakar, wanita warga emas ditemukan rentung BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165699 MUKAH – Seorang wanita warga emas berusia 80 tahun ditemukan rentung setelah terperangkap dalam rumah yang terbakar di Kampung Tutus Ulu, Jalan Mukah – Balingian pada tengah malam tadi 6 Jun 2023. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kebakaran kira-kira pukul 12.04 malam dan segera menggerakkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mukah ke lokasi. “Maklumat awal daripada pemanggil terdapat mangsa dalam rumah tersebut. “Mangsa kemudian dijumpai rentung di bawah runtuhan rumah berkenaan,” katanya dalam kenyataan. VIDEO berkaitan: Menjelas lanjut, rumah didiami seramai enam orang itu telah terbakar 90 peratus. Namun, beliau berkata seorang lelaki warga emas, tiga lelaki dewasa dan seorang wanita dewasa berjaya keluar menyelamatkan diri manakala mangsa terperangkap. Katanya, pasukan bomba kemudian melakukan pemadaman mengguna

[Video] Tragedi 15 rumah terbakar di Petagas

Image
[Video] Tragedi 15 rumah terbakar di Petagas Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159388/   PUTATAN: Lebih 10 rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Contoh, Petagas, di sini, malam tadi. Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim, berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah kira-kira jam 9 malam. "Setakat ini, tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Punca kejadian masih dalam siasatan," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian, malam tadi. Jurucakap JBPM Sabah ketika dihubungi pula berkata, pasukan bomba tiba di lokasi kejadian pada jam 9.37 malam sebelum berjaya mengawal kebakaran pada jam 10.38 malam. "Seramai 28 anggota bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang serta Kota Kinabalu terbabit dalam operasi memadam kebakaran itu," katanya. Sementara itu penuntut Institut Pendidikan Guru (IPG) hilang keperluan pengajian termasuk komputer riba dan mesin cetak

[Video] Dua buah rumah terbakar di Serendah

Image
[Video] Dua buah rumah terbakar di Serendah Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159087   HULU SELANGOR: Enam sekeluarga yang sedang menikmati makan malam nyaris rentung apabila rumah mereka musnah dalam kebakaran di Jalan Dahlia 4, Kampung Seri Serendah, di sini, malam tadi. Kebakaran kira-kira jam 9.20 malam itu mengakibatkan rumah berkenaan musnah 80 peratus, selain memusnahkan sebuah lagi rumah dan kereta Proton Saga. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 9.30 malam. Katanya, sepasukan 16 anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu, Bukit Sentosa dan Rawang dikejarkan ke lokasi kejadian. "Sejurus tiba, anggota dapati dua rumah sedang terbakar dengan satu daripadanya terbakar 100 peratus, manakala satu lagi 80 peratus. "Turut terbakar, kereta Proton Saga yang berada di salah sebuah rumah dan hangus 100 peratus," katanya ke

[Video] Rumah Terbakar Ketika Keluar Solat Tarawih

Image
[Video] Rumah Terbakar Ketika Keluar Solat Tarawih Sumber:  https://pakdin.my/158178 .. GUA MUSANG – Hasrat seorang ibu tunggal untuk beraya bersama sembilan anak dan lebih 20 cucu tidak kesampaian apabila rumahnya musnah dalam kebakaran dipercayai akibat dipanah petir dalam kejadian di Felda Chiku 2, di sini semalam. Kejadian kira-kira pukul 8 malam itu disedari penduduk kampung selepas mangsa, Rahani Abdul Rashid, 58, bersama seorang anak bongsu dan cucunya dalam perjalanan ke masjid Felda Chiku 3 untuk menunaikan solat sunat tarawih. Rahani memberitahu, sebelum kejadian, berlaku hujan lebat disusuli dengan dentuman petir di kampung itu dan jiran ternampak api merebak ke bahagian dinding papan hadapan rumah. “Kami terus berpatah balik selepas jiran menelefon anak memaklumkan rumah kami telah terbakar. Sejurus sampai di rumah, kami dapati api sedang marak membakar di bahagian hadapan rumah. “Kami tak sempat selamatkan harta benda kerana api merebak dengan cepat menyebabkan motosikal

[Video] Enam rumah terbakar di Tumpat

Image
[Video] Enam rumah terbakar di Tumpat Sumber:  https://pakdin.my/158114 ... TUMPAT - Enam buah rumah hangus dalam kebakaran di Jalan Keretapi Dalam Rhu di sini pada petang Sabtu. Ketua Zon Kota Bharu, Penguasa Bomba, Suhaimi Mahmood berkata, kejadian berlaku pada jam 1.40 petang. "Kebakaran melibatkan tiga buah rumah yang musnah 100 peratus manakala sebuah rumah terbakar 70 peratus dan dua rumah lagi terbakar 40 peratus. “Kejadian ini tidak melibatkan kemalangan jiwa namun punca serta nilai kerugian masih dalam siasatan,” katanya. Menurut Suhaimi, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.43 petang. “Tiga jentera dan satu tanker digunakan untuk kerja memadam kebakaran dan api dapat dikawal pada jam 2.11 petang,” katanya.