Posts

Showing posts with the label Kampung Lati

[Video] Remaja mengamuk gagal jual racun tikus RM200

Image
[Video] Remaja mengamuk gagal jual racun tikus RM200 SUMBER:  https://pakdin.my/158142 .... PASIR MAS - Seorang remaja didakwa mengamuk dengan menyepak makanan ringan dan susunan botol air mineral akibat berang gagal menjual racun tikus berharga RM200 di sebuah kedai runcit di Kampung Lati, di sini pada Selasa. Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, dalam kejadian jam 10.30 pagi itu suspek berusia 17 tahun masuk ke dalam kedai berkenaan untuk menjual racun tikus. Pekerja kedai runcit itu menghubungi majikannya untuk memaklumkan perkara tersebut. Namun pemilik kedai runcit itu menolak permintaan untuk membeli ubat racun tikus yang dijual oleh suspek kerana terlalu mahal, katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu. Menurutnya, suspek yang naik angin bertindak menyepak barangan jualan pengadu sehingga berlaku kerosakan. Beliau berkata, sebelum ini suspek pernah membuat kacau dan memeras ugut pekerja kedai dengan memaksa untuk membayar racun