Posts

Showing posts with the label Menara KL

Pengarah syarikat didakwa tawar suapan agar Annuar Musa cepatkan pengambilalihan Menara KL

Image
Pengarah syarikat didakwa tawar suapan agar Annuar Musa cepatkan pengambilalihan Menara KL BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163167 Pengarah Hydroshoppe Sdn Bhd Datuk Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menawarkan suapan RM500,000 setahun selama 15 tahun bagi faedah Tan Sri Annuar Musa berhubung proses pengambilalihan konsesi Menara Kuala Lumpur. Abdul Hamid Shaikh, 49, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menawarkan suapan tersebut melalui Datuk Tan Ser Lay, 60, sebagai dorongan kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia ketika itu untuk mempercepatkan proses pengambilalihan pengurusan dan pentadbiran konsesi Menara Kuala Lumpur oleh syarikat berkenaan. Dia dituduh melakukan perbuatan itu di Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya antara Julai dan Ogos 2022. Pertuduhan mengikut Seksyen 16(6)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihuku...

[VIDEO] Dua pengarah kanan syarikat ditahan bantu siasatan pembelian saham konsesi Menara KL

Image
[VIDEO] Dua pengarah kanan syarikat ditahan bantu siasatan pembelian saham konsesi Menara KL BACA seterusnya di https://pakdin.my/161594 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua pengarah kanan syarikat bergelar Datuk, bagi membantu siasatan berhubung pembelian saham dan pengambilalihan konsesi Syarikat Menara Kuala Lumpur (Menara KL). Sumber SPRM berkata kedua-dua individu berusia 49 dan 59 tahun itu merupakan orang tengah yang mengurus urusan suapan dan seorang pengarah urusan syarikat yang dikatakan mengambil alih saham Syarikat Menara KL, ditahan di Ibu Pejabat SPRM ketika hadir memberi keterangan. “Kedua-dua individu ini akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Putrajaya esok bagi permohonan reman. “Disyaki pemilihan syarikat terbabit melibatkan permintaan wang rasuah berjumlah ratusan ribu dan seutas jam tangan mewah sebagai hadiah kepada ‘orang atasan’, bagi membantu pengambilalihan tersebut,” menurut sumber. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki yang mengesahka...