Posts

Showing posts with the label KLCC

[VIDEO] Bomba siasat kebakaran 13 motosikal di KLCC

Image
[VIDEO] Bomba siasat kebakaran 13 motosikal di KLCC BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163463 Bomba sedang menyiasat kes kebakaran membabitkan 13 motosikal yang berlaku di ruangan parkir Suria KLCC Jalan Ampang pada Khamis. Menurut Komander Operasi Mohd Iqbal Khan Malek Khan, pihaknya menerima laporan pada jam 3.45 petang sebelum bergegas ke lokasi kejadian. “Keluaran pasukan operasi jentera dari BBP Jalan Tun Razak dan jentera bantuan dari BBP Keramat bersama jentera FRT- 2 dan EMRS-1 dengan kekuatan 15 anggota. “Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian terdapat kebakaran 13 buah motosikal dan empat buah skuter elektrik. Peratus kebakaran sembilan buah motosikal 100 peratus, 3 buah (dua peratus), sebuah (20 peratus) dan empat buah skuter elektrik 100 peratus,” katanya dalam satu kenyataan, di sini pada Khamis. Insiden kebakaran itu bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa. Api juga berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 4.04 minit petang dan setakat ini bomba masih men

[VIDEO] 2 lelaki dicekup orang awam cuba ragut wanita ‘berbaju kelawar’

Image
[VIDEO] 2 lelaki dicekup orang awam cuba ragut wanita ‘berbaju kelawar’ BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160585/ Dua lelaki ditangkap orang awam kerana disyaki cuba meragut seorang wanita di Persiaran KLCC, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, Ahad 21 Ogos 2022. Kejadian itu yang dirakam kamera litar tertutup (CCTV) dan tular di Twitter, menunjukkan beberapa orang awam menyelamatkan seorang wanita “berbaju kelawar” yang cuba melawan selepas begnya diragut dua lelaki bermotosikal. Ketua Polis Dang Wangi Noor Dellhan Yahaya, berkata dua suspek yang masing-masing seorang lelaki tempatan dan warga asing berusia 32 dan 35 tahun itu, ditahan dalam kejadian 9:38 malam. “Kami turut merampas sebuah motosikal jenis Yamaha, dua topi keledar serta serangkai kunci,” katanya dalam kenyataan. Beliau berkata, dua lelaki itu direman lima hari mulai semalam hingga Jumaat bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 398 Kanun Keseksaan. https://www.instagram.com/tv/ChmO9TZAsV_/?utm_source=ig_web_copy_link

[VIDEO] Wanita pengunjung Suria KLCC maut terjatuh dari tingkat atas

Image
[VIDEO] Wanita pengunjung Suria KLCC maut terjatuh dari tingkat atas Selanjutnya di: https://pakdin.my/160341/ Seorang wanita berusia 23, pengunjung di Suria KLCC, Kuala Lumpur, maut dipercayai terjatuh dari tingkat atas pusat beli-belah berkenaan, hari ini pada jam 9.38 malam, 1/8/2022. Perkara itu disahkan pihak Suria KLCC dalam satu kenyataan, hari ini. “Pihak pengurusan Suria KLCC dukacita memaklumkan yang berlaku insiden malang di Suria KLCC petang tadi mengakibatkan seorang wanita pengunjung terjatuh dari tingkat atas. “Dukacita juga dimaklumkan wanita terbabit telah meninggal dunia,” kata kenyataan itu. View this post on Instagram A post shared by Kamaluddin Idrus (@kamaluddinidrus) Pihak Suria KLCC turut menyatakan yang mereka bersedia memberi kerjasama penuh membantu pihak berkuasa dalam siasatan kes terbabit. Dalam pada itu, pihak Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi mengesahkan kejadian itu dan menjelaskan siasatan lanjut akan dilakukan. Wanita pengunjung