Posts

Showing posts with the label Khidmat Seks

Jual 'tubuh', ibu tunggal dipenjara 4 bulan

Image
Jual 'tubuh', ibu tunggal dipenjara 4 bulan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/166491 MUAR: Seorang ibu tunggal dipenjara empat bulan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret, di sini, tadi, atas pertuduhan menawarkan khidmat seks di sebuah rumah di Jalan Arab, di sini, awal bulan ini. Tertuduh, Nur Shafiqah Mohd Faris, 35, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Analia Kamaruddin. Mengikut fakta kes, sepasukan anggota dan pegawai dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar membuat serbuan di sebuah rumah pada jam 11.30 malam, 9 Julai lalu. Dalam serbuan itu, terdapat dua individu masing-masing seorang lelaki dan wanita di ruang tamu kediaman yang disyaki menjalankan aktiviti persundalan. Pemeriksaan dalam bilik tidur kemudian menemui tertuduh serta seorang lelaki berusia 26 tahun dipercayai pelanggannya. Polis turut menemui kondom yang baru digunakan serta wang tunai berjumlah RM200 pada mangsa. Berikutan itu, tertuduh ditah

[Video] Imigresen tumpaskan sindiket membekal pekerja seks

Image
[Video] Imigresen tumpaskan sindiket membekal pekerja seks BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165905 Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah berjaya menumpaskan sindiket membekal wanita warga asing bagi tujuan khidmat seks dan menahan seramai 72 orang warga asing dalam satu operasi khas yang dijalankan pada 15 Jun 2023 di 5 lokasi sekitar Cheras dan Kepong.  Operasi ini bermula pada jam 9.00 malam melibatkan pegawai pelbagai pangkat dari Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya. Turut ditahan ialah tujuh orang lelaki tempatan yang bertindak sebagai 'Kapten' dan penjaga premis.  Operasi khas ini dijalankan berdasarkan maklumat dan risikan selama satu bulan keatas sindiket yang membekalkan wanita warga asing untuk tujuan seks di sekitar kawasan Kuala Lumpur. Pasukan operasi telah menyerbu lima buah premis sindiket dan menahan seramai 72 warga asing yang terdiri daripada empat lelaki Vietnam, tiga lelaki Bangladesh, seorang lelaki India, 43 wanita Vie