Posts

Showing posts with the label Izhar Ahmad

#PRNJohor: 'Saya keluar parti lepas DUN bubar sebab Muhyiddin tidak tekan butang'

Image
 #PRNJohor: 'Saya keluar parti lepas DUN bubar sebab Muhyiddin tidak tekan butang' [Sumber: https://pakdin.my/?p=154148 ]  Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Larkin, Datuk Mohd Izhar Ahmad menganggap mereka yang mengkritik keputusannya keluar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kerana tidak faham dengan tindakannya itu. Bekas Exco Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor itu berkata, mereka melontarkan kritikan yang amat lemah dan tidak berasas termasuk mempersoal tindakannya keluar Bersatu selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan. "Jelas bila saya katakan saya tidak akan bertanding maknanya saya lepaskan semua. Bagaimana saya boleh jadi Exco lagi dan pegang jawatan lembaga pengarah mana-mana syarikat milik kerajaan (GLC) jika saya bukan lagi ahli politik? "Kenapa saya keluar parti lepas bubar DUN? Sebab saya tunggu 'butang' yang tidak ditekan-tekan selama ini walaupun sokongan untuk berbuat demikian telah diber