Posts

Showing posts with the label Seremban

Mayat di gaung disahkan wanita tempatan, klasifikasi kes sebagai bunuh

Image
Mayat di gaung disahkan wanita tempatan, klasifikasi kes sebagai bunuh Sumber:  https://pakdin.my/157574 - SEREMBAN: Polis mengesahkan mayat wanita tanpa identiti yang ditemui di kawasan gaung di Kilometer 14 dekat Jalan Lama Bukit Putus, di sini, pada Ahad lalu sudah dikenal pasti. Malah, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, pihaknya juga mengklasifikasikan penemuan mayat mangsa yang disahkan sebagai warga tempatan berusia 29 tahun itu sebagai kes bunuh. Mengulas lanjut, katanya pengesahan identiti mangsa susulan pengecaman dilakukan individu yang mendakwa waris kepada wanita terbabit. "Sehingga kini, kertas siasatan berhubung kes sedang disiapkan dan pihaknya sedang menunggu laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) sebelum ia diserahkan kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya. "Saya sahkan siasatan kes ini dibuka mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, namun motif kejadian belum dapat didedahkan lagi. "Kertas siasatan hampir selesai dan se

Terkejut jumpa mayat perempuan dalam gaung

Image
Terkejut jumpa mayat perempuan dalam gaung  Selanjutnya di:  https://pakdin.my/157368 - SEREMBAN – Seorang lelaki yang sedang berjoging dikejutkan dengan penemuan mayat dipercayai perempuan dalam gaung di Kilometer 14, Jalan Lama Bukit Putus Seremban Kuala Pilah di sini, pagi tadi. Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, anggota renjer yang bertugas di kaunter Pejabat Jabatan Perhutanan Ulu Bendul Kuala Pilah menyatakan telah didatangi oleh seorang lelaki berusia 50-an pada pukul 10.50 pagi mengatakan semasa sedang berjoging dan ingin mengambil gambar telah menjumpai mayat. “Anggota renjer dan rakannya telah ke lokasi mayat tersebut bersama lelaki tersebut, apabila sampai di tempat kejadian terdapat satu mayat perempuan dalam keadaan tertiarap. “Kejadian berlaku di tepi Jalan Lama Bukit Putus Paroi di mana mayat dijumpai dalam gaung bawah jambatan, tempat kejadian jauh dari kawasan perumahan dan sunyi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Menurut Na