Posts

Showing posts with the label Solat
Image
Pendidikan berteraskan agama antara transformasi KEMAS - Ahmad Zahid BACA seterusnya di: https://pakdin.my/170472 Pendidikan berteraskan agama terutama pengajian Al-Quran dan solat menjadi antara transformasi yang dilakukan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) bagi memupuk nilai akidah serta ibadah dalam kalangan kanak-kanak. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, transformasi itu dilaksana bersesuaian dengan permintaan ibu bapa dan masyarakat, seiring situasi semasa ketika ini. "Alhamdulillah, KEMAS dengan kerjasama Yayasan Pintar, Yayasan Pahang dan UPSI (Universiti Pendidikan Sultan Idris), kita melakukan transformasi untuk anak-anak kita didedahkan dalam soal pengajian Al-Quran dan solat supaya daripada peringkat awal soal akidah dapat ditanamkan dalam jiwa mereka. "Sesungguhnya mendirikan sembahyang (solat) itu adalah mendirikan agama, meninggalkan sembahyang itu meruntuhkan agama. Jadi, prinsip ini harus dididik daripada awal (usia), " k