Posts

Showing posts with the label Ajaran Sesat

Angka kematian ajaran sesat di Kenya meningkat kepada 336

Image
Angka kematian ajaran sesat di Kenya meningkat kepada 336 BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165878 NAIROBI (Kenya) -- Sebanyak 10 lagi mayat ditemukan ketika polis menjalankan operasi penggalian di Hutan Shakahola Kenya, menjadikan angka kematian mangsa kebuluran kumpulan ajaran sesat meningkat kepada 336.  Jumlah mangsa yang ramai menyebabkan Menteri Dalam Negeri, Kithure Kindiki, memohon maaf dan mengakui bahawa pihak berkuasa sepatutnya dapat mencegah kematian-kematian itu.  "Saya ingin memohon maaf kepada rakyat Kenya hari ini seperti yang dilakukan oleh presiden kami. Adalah jelas bahawa terdapat kelalaian dalam rejim kerajaan sekarang dan sebelum ini yang menyebabkan kematian ramai rakyat di Shakahola," lapor Agensi Anadolu memetik kenyataannya.  Operasi mengeluarkan mayat yang memasuki fasa ketiga dua minggu lalu, telah ditangguhkan sementara bagi menjalankan autopsi ke atas mayat yang dijumpai.  Beratus-ratus mayat ditemukan di Hutan Shakahola sejak April semasa s

Ajaran sesat yang membuat penempatan di Mualim dibawa dari negeri jiran

Image
Ajaran sesat yang membuat penempatan di Mualim dibawa dari negeri jiran [Sumber:  https://pakdin.my/?p=154638 ] Kegiatan ajaran sesat yang dikenal pasti bertapak di Muallim dipercayai dibawa oleh pihak luar. Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, kumpulan terbabit dipercayai bergerak dari negara jiran sebelum membuat penempatan di sebuah kawasan di daerah itu bagi menyebarkan ajaran yang menyalahi akidah. "Kumpulan itu bergerak dari negeri lain sebenarnya iaitu dari negeri jiran kemudian buat penempatan di kawasan Muallim. "Bagaimanapun, saya tidak boleh ulas lanjut kerana kes itu masih dalam siasatan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk)," katanya ketika ditemui selepas melepaskan peserta berbasikal Kayuhan Reunion antara Cliffordian Cycle Team (CCT) dan Old Cliffordian Associatian di Dataran Pavillion di sini pada Ahad. Pada Rabu, Sinar Harian melaporkan bahawa JAIPk telah mengesan penyebaran ajaran meragukan oleh pihak tertentu di negeri ini. Pengarah