Posts

Showing posts with the label Remaja

Remaja hilang lepas keluar dengan teman lelaki

Image
Remaja hilang lepas keluar dengan teman lelaki https://pakdin.my/174941/ KLUANG – Seorang remaja dilaporkan hilang sejak tiga hari lalu selepas keluar bersama dua lelaki ke bandar Kluang dengan menaiki kereta Proton Gen-2 pada Rabu lalu. Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, berdasarkan laporan ibu remaja itu, remaja dikenali Elly Ellyana Shafinaz Mohd. Dom, 17, memohon kebenaran untuk keluar bersama teman lelakinya dan rakan masing-masing berusia 22 dan 20-an. Katanya, Elly Ellyana yang juga anak bongsu daripada enam beradik tinggal di Taman Titiwangsa, manakala teman lelakinya dari Taman Sri Kluang dan rakannya dari Taman Berlian Biru. “Kira-kira pukul 5 pagi hari Khamis, pengadu menyedari anaknya itu masih belum pulang ke rumah sebelum bertindak mencari di rumah teman lelakinya pada pukul 10 pagi, namun diberitahu telah dihantar pulang oleh rakannya. “Kemudian ibu berkenaan cuba menghubungi Elly Ellyana yang juga pelajar tingkatan lima serta teman le

Remaja ditahan kerana membunuh gadis dengan melemaskannya kedalam kolam

Image
Remaja ditahan kerana membunuh gadis dengan melemaskannya kedalam kolam BACA seterusnya di: https://pakdin.my/168522 NAKHON RATCHASIMA: Dua remaja perempuan berusia 13 dan 15 tahun ditahan kerana didakwa membunuh seorang pelajar sekolah berusia 15 tahun dengan melemaskannya secara paksa di dalam kolam di daerah Bua Yai. Kejadian itu dilaporkan akibat rasa cemburu selepas mangsa rapat dengan teman lelaki salah seorang suspek. Pol Kol Thatchaphon Songsaeng, ketua balai polis Bua Yai, dan pegawai menjalankan lakonan semula jenayah di kolam Bueng Hua Yai pada hari Sabtu 30 September 2023 dengan kedua-dua suspek, yang namanya dirahsiakan). Penduduk yang marah berkumpul di tempat kejadian untuk mengutuk mereka. Penahanan itu diakukan pada Jumaat (29/9/2023) selepas polis meneliti rakaman kamera litar tertutup, menunjukkan kedua-dua suspek tiba di rumah mangsa di Bua Yai dengan motosikal pada petang Rabu. Mereka kemudian membawa gadis itu ke kolam, di mana mayatnya ditemui terapung pada pagi

Kejohanan Remaja Asia: Yi Xing balas dendam mara ke pusingan keempat

Image
Kejohanan Remaja Asia: Yi Xing balas dendam mara ke pusingan keempat BACA seterusnya di: https://pakdin.my/166506 Pemain perseorangan wanita negara Ung Yi Xing meneruskan rentak cemerlang apabila melangkah ke pusingan keempat Kejohanan Badminton Remaja Asia 2023 di Yogyakarta, Indonesia hari ini. Pada aksi pusingan ketiga bagi kategori individu di Dewan Sukan Among Rogo, pilihan ke-15 kejohanan itu mengambil masa 56 minit sebelum berhasil menafikan kebangkitan wakil Thailand Saranporn Sombutwatthananukool 21-19, 19-21, 21-16. Ia sekali gus menebus kekecewaan pemain berusia 18 tahun itu selepas tunduk kepada lawan yang sama di pentas suku akhir kejohanan bagi kategori berpasukan pada Isnin lepas. Bagaimanapun, tugas getir menanti Yi Xing dalam pusingan 16 terbaik apabila berdepan pilihan utama kejohanan Tomoka Miyazaki dari Jepun yang mara selepas menewaskan wakil tuan rumah Chiara Marvella Handoyo 21-5, 21-16. Mengiringi Yi Xing di pusingan keempat kejohanan, pemain perseorangan lelaki
Image
[VIDEO] Pasangan remaja mengaku bersalah buat aksi wheelie Sepasang remaja berusia 17 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas tuduhan melakukan aksi 'wheelie' pada Mac lepas.  Pengakuan mereka direkodkan di hadapan Majistret Fatinah Abu Bakar selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan secara berasingan. Remaja lelaki yang bekerja sebagai pencuci kereta didakwa menunggang motosikal jenis Honda EX-5 putih secara berbahaya iaitu mengangkat tayar hadapan di Jalan Chendor di sini menghala ke Kemaman, Terengganu pada 5.30 petang 12 Mac lepas.  Remaja perempuan berkenaan yang masih bersekolah pula didakwa membantu melakukan aksi tersebut selaku pembonceng pada masa dan di tempat yang sama.  Bagi kesalahan berkenaan, pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda sehingga RM15,000 serta hilang kelayakan memegang lesen memandu minimum dua tahun dari tarikh sa

[VIDEO] Tiga remaja maut kereta terbabas

Image
[VIDEO] Tiga remaja maut kereta terbabas BACA selanjutnya di: https://pakdin.my/161167 Tiga remaja maut, manakala dua lagi cedera selepas kereta jenis Honda dinaiki mereka terbabas di Kilometer 63.5 Jalan Alor Setar -Butterworth, di sini, awal pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira 2.30 pagi, mangsa yang meninggal dunia adalah pemandu kereta, Muhammad Aiman Rusdi, 17, dan dua penumpang, Muhammad Izani Mohd Tuah, 15, Mohd Iman Mohd Akhir, 17. Kesemua mereka meninggal dunia di tempat kejadian, manakala rakan mereka, Muhammad Zulhakim Zulkhairi, 17, parah dan dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani, serta seorang lagi rakan cedera ringan. Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, kemalangan berlaku ketika kereta dinaiki mangsa dari arah Bakar Arang menghala ke Padang Temusu, hilang kawalan dan melanggar pembahagi kiri jalan. "Kereta terbabit dipercayai dipandu laju dengan impak perlanggaran yang kuat menyebabkan pemandu dan penumpang

[VIDEO] Remaja perempuan baling pisau pada adik sehingga maut, direman 6 hari

Image
[VIDEO] Remaja perempuan baling pisau pada adik sehingga maut, direman 6 hari   BACA seterusnya di https://pakdin.my/ 160995/ JOHOR BAHRU -- Seorang remaja perempuan yang dipercayai membaling pisau pada adik lelakinya sehingga menyebabkan maut di Ulu Pulai, Ulu Choh dekat Iskandar Puteri semalam, direman enam hari bermula hari ini. Tempoh reman sehingga 25 Okt terhadap remaja berusia 18 tahun itu dikeluarkan Majistret Nurmadiana Mamat di Mahkamah Majistret di sini hari ini. Perintah reman itu dikeluarkan bagi membolehkan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan Semalam, polis menahan remaja itu selepas menerima laporan mengenai insiden tersebut pada 2.15 petang. Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP Rahmat Ariffin dilapor berkata tragedi malang itu dipercayai berpunca apabila mangsa yang berusia 16 tahun bergaduh dengan kakaknya berikutan berebut tempat duduk dalam kereta ketika pulang dari sekolah. https://youtu.be/F_afVmJL9XE

Pelajar tingkatan satu dicabul dua lelaki

Image
Pelajar tingkatan satu dicabul dua lelaki Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159332   Mangsa memberitahu keluarga berada di sebuah chalet di Pantai Sri Tujoh bersama rakan lelaki. Mangsa diraba oleh dua suspek ketika berada di dalam bilik manakala suspek ketiga bertindak sebagai pendaftar bilik serta mengawal di luar. Hasil temubual lanjut mendapati mangsa pernah melakukan hubungan seks bersama seorang lelaki yang baru dikenalinya semasa bercuti di Pulau Redang, Kuala Terengganu. Kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017. TUMPAT: Remaja perempuan berusia 13 tahun mendakwa dicabul dua lelaki di sebuah chalet di Pantai Sri Tujoh, di sini, malam semalam. Kejadian berlaku selepas pelajar tingkatan satu di sebuah sekolah di Kota Bharu itu keluar rumah dengan alasan untuk makan bersama rakan. Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Amran Dolah berkata, pada jam 9 malam, mangsa meminta kebenaran daripada ibunya untuk keluar dan selepas jam 11 m