Posts

Showing posts with the label Kelar

Suami isteri maut dikelar di Serian

Image
Suami isteri maut dikelar di Serian Selanjutnya:   https://pakdin.my/158491   Suami isteri ditemui mati dengan kesan kelar di leher dan tengkuk disyaki dibunuh, dalam kejadian di rumah pekerja, di ladang sawit, di Melikin, Serian, Sarawak. Ketua Polis Serian Aswandy Anis, berkata mangsa masing-masing berusia 44 dan 47 tahun dan merupakan warga Indonesia. Katanya, kejadian dilaporkan berlaku sekitar jam 8 malam, semalam, selepas disedari oleh pengawal keselamatan yang membuat rondaan di kawasan ladang berkenaan. “Siasatan awal polis mendapati kecederaan mangsa wanita adalah di bahagian tengkuk, manakala mangsa lelaki cedera di bahagian leher,” katanya. Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Serian untuk dibedah siasat. Siasatan lanjut kes dijalankan di bawah Seksyen 302 dan 309 Kanun Keseksaan. “Siasatan lanjut kes masih dijalankan bagi mengenalpasti motif kejadian,” katanya.

[Video] Motif cemburu punca wanita maut dikelar

Image
[Video] Motif cemburu punca wanita maut dikelar -  https://pakdin.my/155087 - Cemburu dipercayai menjadi motif pembunuhan seorang wanita yang maut dikelar dalam kejadian pergaduhan di Serdang Perdana, Seri Kembangan, di sini, malam tadi. Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, pihaknya menahan teman lelaki mangsa berusia 33 tahun pada jam 11.30 pagi, semalam. "Lelaki terbabit yang bekerja sebagai pemandu lori ditahan di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang selepas dia datang menyerah diri. "Hasil soal siasat dilakukan, lelaki berkenaan mengaku terbabit dalam kejadian itu. Motif pembunuhan itu dipercayai kerana cemburu. "Bagaimanapun, siasatan lanjut berhubung kes itu masih diteruskan," katanya dalam kenyataan, hari ini. Terdahulu, dilaporkan seorang pemilik kedai menjual peralatan rumah dan pejabat maut dikelar dalam kejadian pergaduhan di Serdang Perdana, kelmarin. Dalam kejadian jam 7 malam, wanita berusia 29 tahun itu ditemuk