Posts

Showing posts with the label Sabah FC

Piala AFC: Sabah gah belasah Hougang United 4-1

Image
Piala AFC: Sabah gah belasah Hougang United 4-1 BACA seterusnya di https://pakdin.my/173908/ Sabah FC meneruskan aksi konsisten dalam saingan Piala AFC selepas mencatat kemenangan 4-1 ke atas Hougang United pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Jalan Besar, Singapura sebentar tadi. Pada aksi Kumpulan H itu, Sabah yang turun sebagai pasukan pelawat menampilkan aksi lebih meyakinkan apabila banyak melakukan serangan selain beberapa kali menguji kecekapan penjaga gol Hougang, Muhammad Zainol Gulam Mohamed. Pintu gol tuan rumah bocor pada minit ke-15 menerusi jaringan sendiri Naoki Kuriyama yang tertampan hantaran lintang Daniel Ting bagi meletakkan Sabah 1-0 di depan sebelum perlawanan ditangguhkan seketika akibat hujan lebat. Sebaik perlawanan bersambung, kedua-dua pasukan gagal menampilkan aksi sebenar apabila terpaksa beraksi dalam keadaan padang basah, namun Sabah menggandakan kedudukan hasil sepakan penalti penyerang, Darren Lok pada minit ke-44. Memasuki separuh masa kedua, sk