Posts

Showing posts with the label Positif

#PRNJohor : 4 Calon disahkan positif COVID-19

Image
#PRNJohor : 4 Calon disahkan positif COVID-19 Selanjitnya di:  https://pakdin.my/155720 - Calon DAP bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pekan Nanas, Yeo Tung Siong, menjadi calon keempat, pada pilihan raya negeri (PRN) Johor yang disahkan positif Covid-19 selepas menjalani ujian RT-PCR, hari ini. Yeo berkata, beliau diuji negatif menerusi ujian kendiri, semalam, namun rasa tidak sihat. Beliau bagaimanapun menjalani ujian RT-PCR dan membatalkan semua aktiviti kempen. Awal hari ini, calon Barisan Nasional bagi Penggaram, Ter Hwa Kwong, berkata beliau disahkan positif pagi tadi, sekali gus segala kempen fizikal turut dibatalkan. Sebelum ini, calon PKR Bukit Batu, Arthur Chiong, juga disahkan positif, selepas empat hari kempen, manakala Pejuang mengumumkan penukaran calonnya, Zaini Tahar di bagi kawasan Endau, pada saat akhir, selepas disahkan positif.  

#PRNJohor: ADUN Bukit Melawati positif Covid-19 ketika berkempen disana

Image
#PRNJohor: ADUN Bukit Melawati positif Covid-19 ketika berkempen disana Selanjutnya di:   https://pakdin.my/155717 - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Melawati, Juwairiya Zulkifli disahkan positif Covid-19 hari ini, ketika berkempen untuk pilihan raya negeri (PRN) Johor. Katanya, beliau kini berada di Johor membantu calon PKR bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pemanis. Beliau yang juga Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor berkata, keputusan itu diperolehi selepas menjalani ujian saringan di sebuah klinik swasta di Segamat semalam. “Semalam (3 Mac), saya mengalami sakit tekak dan keletihan, walaupun ujian air liur yang dilakukan secara harian menunjukkan keputusan negatif. “Namun, bagi tujuan pengesahan dan rasa tanggungjawab, saya terus menjalani ujian saringan PCR dan kuarantin kendiri,” katanya dalam kenyataan. Katanya, beliau sudah menerima dos penggalak pada 18 Nov lalu. “Saya memohon maaf bagi rakan seperjuangan kerana tidak dapat membantu kempen buat masa ini. Ki

Muhyiddin positif Covid-19

Image
  Muhyiddin positif Covid-19 [Sumber: https://pakdin.my/?p=154485] Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin disahkan positif Covid-19 hari ini. Presiden PPBM itu memaklumkan perkara itu  di Facebook dan beliau memberitahu, dirinya hanya mengalami gejala ringan dan berada dalam keadaan baik. Terdahulu, Muhyiddin yang juga Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) membuat ujian Reaction Transcription Polymerase Chain Reaction (RT-PCR). Berikutan itu, beliau akan menjalani kuarantin kendiri di rumah. “Saya telah didapati positif Covid-19 pagi ini setelah membuat ujian Reaction Transcription Polymerase Chain Reaction (RT-PCR). “Kepada sesiapa yang berkemungkinan menjadi kontak rapat saya, saya nasihatkan supaya mematuhi protokol yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan,” kata beliau.