Posts

Showing posts with the label ASEAN

ASEAN Perlu Strategi Bersatu Tingkatkan Industri EV, Kata CEO Yinson

Image
ASEAN memerlukan strategi bersatu untuk meningkatkan industri kenderaan elektrik (EV) di rantau ini, kata Ketua Pegawai Eksekutif Yinson Holdings Bhd (Yinson) Lim Chern Yuan. Bercakap pada sesi perbincangan panel bertajuk "Pelan Hala Tuju Pelaksanaan EV ASEAN" di  ASEAN Economic Opinion Leaders Conference hari ini, Lim berkata penting bagi rantau ini untuk bergerak melangkaui model yang tertumpu kepada pemasangan dengan nilai tambah rendah selain mencipta pekerjaan bergaji rendah. "Kita perlu beralih ke arah bidang bernilai tinggi seperti semikonduktor, bateri dan kejuruteraan perisian," katanya. Lim menegaskan industri semikonduktor Malaysia sebagai penyumbang penting kepada ekosistem EV selain menekankan langkah strategik Indonesia untuk memberi tumpuan kepada pengeluaran bateri disebabkan rizab nikel yang besar di negara itu. "China membangunkan rangkaian bekalan sepenuhnya disebabkan oleh pasaran domestiknya yang kukuh dan ASEAN mesti mengambil pendekatan m...

Jerebu Malaysia bukan ‘kiriman’ Indonesia

Image
Jerebu Malaysia bukan ‘kiriman’ Indonesia BACA seterusnya di: https://pakdin.my/168545/ JAKARTA – Pemerintah Indonesia melalui Kementerian Alam Sekitar dan Perhutanan(KLHK), menafikan tuduhan bahawa jerebu akibat kebakaran hutan dan tanah di Indonesia bergerak ke Malaysia. Dalam satu kenyataan hari ini Menteri Alam Sekitar dan Perhutanan, Siti Nurbaya Bakar berkata, aduan Malaysia tentang jerebu Indonesia adalah tidak tepat. “Kami memantau situasi dan tiada jerebu rentas sempadan sampai ke Malaysia” katanya. Berkenaan imej jerebu merentasi sempadan, kementerian berkenaan menerima laporan tebaran jerebu daripada Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofizik(BMKG) dan Pusat Khas Meteorologi ASEAN (ASMC) dari 28 September hingga 30 September setakat tengah hari kelmarin. Menurut Siti Nurbaya, tiada jerebu rentas sempadan dari Indonesia merentasi ruang udara ke Malaysia. Berdasarkan pemerhatian ASMC, selama beberapa hari, jerebu yang berlaku adalah sederhana hingga tebal di sebilangan kawasan...

Gelombang haba Asean kerana tindakan manusia

Image
Gelombang haba Asean kerana tindakan manusia BACA seterusnya di: https://pakdin.my/164845 Panas melampau yang membakar bahagian Asia Tenggara bulan lepas sebahagian besarnya didorong oleh perubahan iklim yang disebabkan oleh manusia, menurut analisis daripada pasukan saintis. Suhu yang melonjak melebihi 40C dari India dan Bangladesh ke Thailand dan Laos adalah sekurang-kurangnya 2C lebih panas daripada yang sepatutnya tanpa perubahan iklim, menurut penyelidik yang dikaitkan dengan World Weather Attribution initiative. Kejadian ekstrem seperti yang dilihat di Asia akan menjadi lebih kerap dan teruk sehingga pelepasan gas rumah hijau keseluruhan dihentikan, kata mereka. Gelombang haba terburuk yang melanda beberapa bahagian di Asia Tenggara dan Asia Selatan bulan lalu, adalah '30 kali ganda berisiko berlaku' akibat perubahan iklim yang dicetuskan manusia. kata para penyelidik. Beberapa bagian India mengalami suhu di atas 44C pada pertengahan April, dengan sekurang-kurangnya 11 ke...