Posts

Showing posts with the label Kuantan

[VIDEO] Terkejut lihat buaya tembaga berjemur

Image
[VIDEO] Terkejut lihat buaya tembaga berjemur BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162469 KUANTAN - Penduduk di Perkampungan Cenderawasih, Bukit setongkol, di sini terkejut apabila melihat kelibat seekor buaya tembaga kira-kira tiga meter sedang berjemur di dalam longkang besar, kira-kira jam 4 petang Selasa 14 Februari 2023. Penduduk, Muhd Idlan Subhi, 39, berkata, pada tahun ini sahaja sudah tiga kali reptilia tersebut dilihat berada di tebing longkang besar, namun kali ini, saiznya agak besar sehingga menggerunkan penduduk setempat. Menurutnya, walaupun tiada kejadian tidak diingini berlaku setakat ini, namun kebimbangan itu tetap ada kerana reptilia itu sering muncul di kawasan tersebut. "Kita takut kerana budak-budak selalu bermain di sini dan buaya pula selalu kelihatan di kawasan berhampiran taman ini. "Bimbang juga kalau tiba-tiba ada budak terjatuh, ia pasti boleh mengundang bahaya. Jadi kita merasakan perlu pemantauan daripada pihak berkaitan di kawasan ini,"

[VIDEO] Penduduk Kuantan gempar buaya sesat dalam longkang

Image
[VIDEO] Penduduk Kuantan gempar buaya sesat dalam longkang BACA seterusnya di https://pakdin.my/161606 Penduduk sekitar Kampung Jawa di Kuantan, Pahang gempar kewujudan buaya yang tersesat di dalam sebuah longkang di kawasan tersebut. Dalam video yang tular menerusi media sosial, kelihatan haiwan reptilia itu berenang di dalam longkang yang mana ia berdekatan jalan raya serta perumahan penduduk. Difahamkan, kejadian itu berlaku beberapa hari lalu dan orang awam berkumpul di sekitar longkang berpalang besi itu untuk melihat buaya tersebut. Seorang pengguna TikTok meninggalkan komen dengan mendakwa, haiwan tersebut sering dilihat di kawasan itu. “Di Kuantan ni, selalu nampak main di kawasan itu,” ujarnya. “Jangan disangka longkang yang tenang tiada buaya,” kata seorang lagi pengguna. “Jangan disangka longkang yang tenang tiada buaya,” BACA seterusnya di https://t.co/GSJMfBXN3i ......... pic.twitter.com/A5eFmmxfZH — Kamaluddin 阿列克斯 தீன் (@KamaluddinIdrus) January 8, 2023

[Video] Lelaki bawa warga asing nekad bolosi sekatan, polis terpaksa lepas tembakan

Image
[Video] Lelaki bawa warga asing nekad bolosi sekatan, polis terpaksa lepas tembakan Sumber:  https://pakdin.my/158055 ... KUANTAN: Seorang lelaki yang memandu sebuah kenderaan utiliti sukan dan membawa 12 warga Myanmar tanpa dokumen pengenalan diri berjaya ditahan polis selepas bertindak nekad meloloskan diri daripada sebuah sekatan jalan raya di Lebuhraya Pantai Timur Fasa Satu (LPT1) di Gambang, di sini hari ini. Ketua Polis Pahang Datuk Ramli Mohamed Yoosuf berkata tindakan suspek berusia 33 tahun yang memandu Nissan X-Trail itu menyebabkan polis melepaskan lima das tembakan termasuk ke arah tayar hadapan kenderaan itu yang akhirnya berhenti selepas satu kilometer akibat tayar pancit. "Suspek sebelum itu dikatakan memecut laju kenderaannya secara tiba-tiba semasa menghampiri SJR berkaitan Operasi Samseng Jalanan di Kilometer 200 lebuh raya itu dan menggunakan lorong kecemasan untuk melarikan diri sebelum cuba memasuki semula lorong laju sehingga hampir melanggar anggota polis

[Video] Lima rumah kedai musnah terbakar di Jalan Beserah, Kuantan

Image
[Video] Lima rumah kedai musnah terbakar di Jalan Beserah, Kuantan Baca selanjutnya di:  https://pakdin.my/155657 KUANTAN: Lima rumah kedai musnah dalam kebakaran di Jalan Beserah, di sini, tengah malam tadi. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, bagaimanapun, kejadian itu tidak menyebabkan kehilangan nyawa dan kecederaan. Katanya, berdasarkan laporan, Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM menerima panggilan kecemasan pada jam 12.47 tengah malam. "Seramai 24 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuantan, Indera Mahkota dan Gebeng bersama enam jentera terbabit dalam operasi pemadaman. "Operasi pemadaman membabitkan lima rumah kedai yang mengalami kemusnahan 100 peratus dan api berjaya dikawal pada jam 2.14 pagi," katanya dalam satu kenyataan, hari ini. Beliau berkata, operasi ditamatkan jam 6.04 pagi dan punca kebakaran masih dalam siasatan.