Posts

Showing posts with the label JDT

JDT sambar khidmat bekas pemain Portugal B-21

Image
JDT sambar khidmat bekas pemain Portugal B-21 https://pakdin.my/174950/ Johor Darul Ta’zim (JDT) dilihat terus untuk berbelanja ‘besar’ apabila mengesahkan kehadiran pemain import kelahiran Portugal, Francisco Geraldes sebentar tadi. Pengumuman tersebut dibuat oleh skuad Harimau Selatan menerusi satu video yang dimuat naik menerusi Facebook rasmi kelab, Johor Southern Tigers. Menurut laman bola sepak terkemuka, Transfrmarket, nilai pasaran semasa Geraldes adalah sebanyak €2.5 juta (RM12.7 juta) sekali gus menjadikan pemain berusia 29 tahun itu antara yang termahal dalam kancah Liga Malaysia (Liga M) ketika ini. Bekas pemain skuad Portugal B-21 yang dilihat seiras pemain Manchester City, Bernardo Silva ini telah diberikan jersi No. 10 pada kempen musim baharu nanti. Geraldes sebelum ini pernah mewakili beberapa kelab terkemua Liga Portugal seperti Sporting Lisbon dan Rio Ave dengan kali terakhir bergelar pemain import di Liga Emiriyah Arab Bersatu (UAE) bersama pasukan Baniyas. JDT sebe

JDT jadi ‘underdog’ musim depan, lebih ramai akan keluar – TMJ

Image
  JDT jadi ‘underdog’ musim depan, lebih ramai akan keluar – TMJ https://pakdin.my/?p=174630 JOHOR BAHRU – Pemilik Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengesahkan akan ada lebih ramai lagi pemain dan staf yang bakal meninggalkan pasukan itu. Tunku Mahkota Johor itu memaklumkan perkara itu di ruangan komen Instagram Johor Southern Tigers berhubung perpindahan pemain dan barisan kejurulatihan kelab itu. Dengan Langkah yang diambil itu, Tunku Ismail memberitahu, JDT akan bergelar pasukan ‘underdog’ pada musim depan. “Underdog tahun depan, akan ada ramai lagi yang keluar dari kelab. Proses berjimat,” tulis Tunku Ismail. Pendekatan itu diambil Harimau Selatan itu kerana ingin mentransformasikan kelab dengan mengurangkan perbelanjaan bagi memastikan kelangsungan jangka panjang. Terdahulu, kelab juara Liga Super 10 musim berturut-turut itu mengesahkan ketua jurulatih, Esteban Solari meninggalkan kelab termasuk pemain Aidil Zafuan Abd Radzak, S. Kunanlan, Ahmad Hazwan B

Piala Malaysia: JDT unggul tewaskan TFC 3-1

Image
Piala Malaysia: JDT unggul tewaskan TFC 3-1 BACA seterusnya di: https://pakdin.my/174095 Harapan Johor Darul Ta’zim (JDT) mencipta sejarah terulung bola sepak negara menjadi kenyataan apabila menjulang trofi Piala Malaysia dengan menewaskan Terengganu FC (TFC) 3-1 pada aksi final sebentar tadi. Pada perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil itu, skuad Harimau Selatan selaku juara bertahan membariskan kesebelasan terbaik dengan pemain seperti Bergson da Silva, Arif Aiman Hanapi dan Fernando Forestieri mengetuai jentera serangan. Sementara itu, TFC seperti dijangka mempertaruhkan penyerang import sensasi, Ivan Mamut yang bergandingan dengan Sony Norde dan Habib Haroon. Namun, skuad Sang Penyu dikejutkan apabila pengadil perlawanan menghadiahkan sepakan penalti kepada JDT seawal minit keenam selepas Forestieri dijatuhkan. Kesempatan tersebut digunakan oleh Bergson untuk meledak gol pertama dengan memperdaya penjaga gol TFC, Suhaimi Husin. Gol tersebut nyata menaikkan semangat TFC untuk m

Liga Super: JDT 'tumbangkan' Kelantan United 2-0

Image
Liga Super: JDT 'tumbangkan' Kelantan United 2-0 BACA seterusnya di https://pakdin.my/169263 KOTA BHARU: Johor Darul Ta'zim (JDT) terpaksa bermandi peluh sebelum menewaskan Kelantan United FC (KUFC) 2-0 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV di sini, malam tadi. Bermain dilaman sendiri menentang Juara Liga Super 2023, KUFC tampak bersedia terutama di barisan pertahanan apabila sering kali mematahkan serangan bertubi-tubi pasukan pelawat. Muhammad Syahmi Safari terlebih dahulu nyaris menghasilkan gol pembukaan pada minit ke-10 buat JDT namun sekadar melepasi tiang gol KUFC. Selang dua minit, Diogo Luis Santo gagal menterjemah gol selepas menerima umpanan cantik Muhammad Nazmi Faiz Mansor ketika gawang tuan rumah sudah terbuka luas. Cubaan jarak jauh Fernando Martin Forestieri juga tersasar pada minit ke-25, sekali gus menyaksikan Harimau Selatan terus kempunan jaringan. Kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan selepas berakhir separuh masa pertama dan selepas mem

Gol pelik punca Selangor diratah JDT

Image
Gol pelik punca Selangor diratah JDT Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159441    Ketua jurulatih Selangor FC, Michael Feichtenbeiner menyifatkan dua gol pada awal permainan yang dijaringkan Johor Darul Ta'zim (JDT) mematahkan semangat pemainnya hingga diratah 1-5 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri semalam. Malah pengendali dari Jerman itu menyifatkan agak pelik bagaimana gol pertama itu mampu dihasilkan tatkala memiliki barisan pertahanan mantap serta gawang gol pula dikawal penjaga gol berstatus pemain kebangsaan. "Gol pertama yang dijaringkan oleh JDT agak pelik dan itu yang saya nilai sendiri manakala gol kedua lawan ternyata kami tidak bernasib baik kerana ia menerusi sepakan percuma dan kedua-dua gol itu membuat pemain saya hilang konsentrasi. "Ia menjadi sukar buat kami apabila ketinggalan 0-2 dan terpaksa berhempas pulas menyusun kembali rentak permainan namun sekali lagi gol ketiga dijaringkan JDT yang saya anggap agak pelik sehingga

[Video] JDT juara lagi, TMJ tak jadi bersara

Image
[Video] JDT juara lagi, TMJ tak jadi bersara - Baca selanjutnya di:  https://pakdin.my/155357 - ISKANDAR PUTERI, Johor: Johor Darul Ta'zim (JDT) mengekalkan Piala Sultan Haji Ahmad Shah buat kali kelima berturut-turut selepas menjinakkan Kuala Lumpur City FC (KL City FC) 3-0 pada perlawanan Sumbangsih di Stadium Sultan Ibrahim, di sini, sebentar tadi. Kemenangan itu tentunya melegakan skuad Harimau Selatan dan penyokong mereka kerana pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sudah pasti tidak akan bersara seperti diumumkan semalam. Tunku Ismail menerusi akaun Instagram miliknya semalam menyatakan hasrat untuk bersara daripada aktiviti bola sepak sekiranya skuad Harimau Selatan itu kecundang buat kali kedua kepada KL City FC pada perlawanan Sumbangsih malam tadi. JDT tewas 2-0 kepada skuad Bojan Hodak pada aksi final Piala Malaysia musim lalu. Dengan mengekalkan formasi 3-4-3 seperti pada aksi final Piala Malaysia musim lalu, skuad Harimau Selatan tampak menguasai perlawanan apabila