Posts

Showing posts with the label Agong. Sultan Johor

Majlis Raja-Raja isytihar Sultan Johor, Yang di-Pertuan Agong ke-17

Image
Majlis Raja-Raja isytihar Sultan Johor, Yang di-Pertuan Agong ke-17 BACA seterusnya: https://pakdin.my/168988/ Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-263 yang diadakan di lstana Negara, hari ini bersetuju mengisytiharkan Sultan Johor Darul Ta'zim, Sultan lbrahim Sultan Iskandar menjadi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17, selama tempoh lima tahun mulai dari tarikh 31 Januari 2024. Menerusi satu kenyataan, Penyimpan Mohor Besar Raja Raja, Tan Sri Syed Danial memaklumkan Majlis Raja-Raja juga bersetuju mengisytiharkan bahawa Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, telah dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong, selama tempoh lima tahun mulai dari tarikh sama. Beliau berkata, mesyuarat yang berlangsung hari ini, telah dipengerusikan oleh Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin dan dihadiri semua raja-raja kecuali Raja Perlis dan Sultan Kelantan. "Menurut peruntukan Paragraf 3, Bahagian Pertama, Jadual Ketiga Perlembagaan, keputusan Majlis Raja-Raja ini telah di