Posts

Showing posts with the label Minyak Sawit

Misi minyak sawit berakhir dengan jaya, UK sedia iktiraf MSPO

Image
Misi minyak sawit berakhir dengan jaya, UK sedia iktiraf MSPO BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165477 LONDON  -- Lawatan rasmi Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof ke United Kingdom (UK) berakhir dengan jayanya apabila penggubal dasar di sini telah memberikan komitmen untuk mengiktiraf pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) dalam garis panduan terperinci bagi memastikan komoditi yang memasuki negara adalah mampan. Beliau berkata ini dicapai dalam pertemuan dengan Menteri Negara bagi Perdagangan Antarabangsa Nigel Huddleston dan Menteri Negara bagi Pembangunan Antarabangsa, Andrew Mitchell  pada Khamis. “Mereka sangat positif dan telah memberikan komitmen bahawa MSPO akan menjadi sebahagian daripada dokumen yang akan diiktiraf  dalam proses ketekunan wajar (due diligence),” katanya kepada media Malaysia pada akhir lawatan rasminya ke United Kingdom pada Jumaat. “Malahan mereka juga berkata apa yang mereka hendak rencanakan daripada peraturan ataupun garis pand

Peladang sawit Malaysia raih manfaat daripada peraturan eksport baharu Indonesia

Image
  Peladang sawit Malaysia raih manfaat daripada peraturan eksport baharu Indonesia [Sumber: ] Peladang sawit Malaysia meraih manfaat daripada dasar eksport baharu Indonesia menerusi harga minyak sawit mentah (MSM) yang lebih tinggi, menurut Maybank Investment Bank (Maybank IB).  Ia menjelaskan, peraturan eksport baharu Indonesia yang berkuat kuasa pada 27 Jan, 2022, telah melebarkan jurang harga MSM domestik antara Malaysia dan Indonesia sebanyak RM246 satu tan kepada RM1,378 satu tan pada 3 Feb, berbanding RM1,132 satu tan pada 27 Jan.  “Sejak pengumuman dasar baharu Indonesia itu, niaga hadapan MSM (FCPO) satu bulan di Bursa Malaysia Derivatives meningkat 1.8 peratus minggu ke minggu (WoW) kepada RM5,714 satu tan pada 3 Feb dan mencatatkan harga tertingginya RM5,803 satu tan pada 28 Jan berikutan kebimbangan terhadap kekurangan ketersediaan minyak sawit dalam pasaran eksport.  “Walaupun harga MSM meningkat di Malaysia, harga MSM domestik di Indonesia turun 2.8 peratus WoW kepada IDR1