Posts

Showing posts with the label Sempadan

[Video] Orang ramai tidak tahu sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan dibuka

Image
[Video] Orang ramai tidak tahu sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan dibuka Selanjutnya di:  https://pakdin.my/158355    RANTAU PANJANG - Pintu sempadan darat Malaysia-Thailand di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS), Rantau Panjang di sini pada Khamis (5 Mei 2022) lengang gara-gara orang ramai tidak mengetahui perkhabaran itu. Tinjauan di ICQS Rantau Panjang mendapati lokasi itu lengang dan hanya terdapat beberapa orang sahaja yang hadir untuk membuat pas sempadan untuk ke negara jiran. Pembukaan sempadan darat itu merupakan kali pertama melibatkan kawasan di negeri ini sejak Covid-19. Saodah Yassin, 43, berkata, beliau mengetahui tentang berita berhubung pembukaan sempadan itu ketika sedang membeli makanan di kedai kopi di pekan Rantau Panjang. "Saya sendiri terkejut apabila mendapat tahu pintu sempadan sudah dibuka hari ini (Khamis) kerana tiada sebarang pengumuman dibuat. "Tanpa berlengah saya terus datang ke ICQS Rantau Panjang untuk membuat pas

Sempadan Thai-Malaysia dijangka dibuka bulan depan

Image
Sempadan Thai-Malaysia dijangka dibuka bulan depan [Sumber:  https://pakdin.my/?p=154763 ] Kerajaan Thailand bercadang membuka semula sempadan Thai-Malaysia bulan depan bagi merangsang ekonomi dan sektor pelancongan. Ini membabitkan pos pemeriksaan sempadan di Songkhla, Yala, Narathiwat dan Satun. Menurut jurucakap kerajaan, Perdana Menteri Thailand Prayut Chan-o-cha mengarahkan Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) dan pusat operasi kecemasan pelancongan dan sukan supaya menggariskan langkah-langkah mitigasi wabak bagi pembukaan pos-pos pemeriksaan terbabit. Dengan keputusan tersebut, pengembara dari Malaysia akan dibenarkan masuk ke negara itu tanpa memerlukan kuarantin, namun perlu menjalani dua ujian RT-PCR dengan keputusan negatif susulan ketibaan. “Perdana Menteri yakin Thailand akan kekal menjadi destinasi pelancongan terulung dunia walaupun dengan wabak,” kata jurucakap tersebut dipetik oleh The Bangkok Post. Ketua Pengarah Zon Kesihatan Awam 12 Dr Suthep Phetmak berkata, s