Posts

Showing posts with the label Pemancing

[VIDEO] Mayat mangsa ditemukan 1.5 kilometer dari lokasi dihanyutkan arus deras

Image
[VIDEO] Mayat mangsa ditemukan 1.5 kilometer dari lokasi dihanyutkan arus deras Selanjutnya di:  https://pakdin.my/160381/ BENTONG – Mayat seorang lelaki yang dihanyutkan arus deras ketika memancing di Loji Air Semantan di sini ditemukan kira-kira 1.5 kilometer daripada lokasi mangsa dilaporkan hilang di Sungai Semantan di sini hari 3 Ogos 2022. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, mayat mangsa, Amiruddin Asyraf Mat Saman, 26, ditemukan terapung kira-kira pukul 10.28 pagi. “Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dan unit Anjing Pengesan JBPM kira-kira 1.5 kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang. “Mayat mangsa dibawa naik dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut serta dibawa ke hospital,”katanya di sini hari ini. Kelmarin seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus deras ketika memancing di kawasan Loji Air Semantan dekat Kampung Lengkong di sini. Difahamkan dalam kej

[Video] 14 pemancing, empat kru selamat selepas terapung enam jam di laut

Image
[Video] 14 pemancing, empat kru selamat selepas terapung enam jam di laut  Baca selanjutnya di:  https://pakdin.my/155378 LANGKAWI: Seramai 14 pemancing dan empat kru berhadapan detik cemas apabila terapung selama hampir enam jam di laut selepas bot yang dinaiki mereka karam di kedudukan sekitar 9.4 batu nautika barat Pulau Beras Basah di pulau ini semalam. Bot yang dinaiki mangsa karam selepas air masuk ke dalam bot selepas papan di bahagian depan bot tersebut pecah kira-kira pukul 1.30 petang.  Dalam tempoh tersebut mereka yang memakai jaket keselamatan hanya berpaut pada  pelampung. Tekong bot Empayar Mahsuri, Baseri Aziz, 55, berkata, kejadian berlaku ketika cuaca buruk dengan ombak besar melebihi lima meter dan bot yang mereka naiki bergerak dalam kelajuan hanya 3 hingga 4 knot. Menurutnya, mereka ketika itu berada kira-kira 14 kilometer dari daratan. “Bot yang kami naiki karam selepas air masuk ke dalam bot apabila papan di bahagian depan bot pecah,” katanya ketika ditemui di Jet

[Video] Bot karam di Langkawi: 14 pemancing, 4 kru diselamatkan bot nelayan

Image
[Video] Bot karam di Langkawi: 14 pemancing, 4 kru diselamatkan bot nelayan - baca selanjutnya di:  https://pakdin.my/155350 - LANGKAWI: Semua 14 pemancing dan empat kru yang dilaporkan hilang selepas bot dinaiki mereka dikhuatiri karam dipercayai dipukul ribut di sini, hari ini, dilaporkan selamat. Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kedah dan Perlis memaklumkan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) masih dalam usaha menyelamatkan semua mangsa. "Kapal KM Tenggol dan Bot Penyelamat 5 milik Maritim Malaysia dalam perjalanan ke posisi bot nelayan yang dilaporkan menyelamatkan mangsa. "Kita masih dalam usaha menyelamat," katanya melalui kenyataan, sebentar tadi. Media sebelum ini melaporkan dalam kejadian 2 petang hari ini, bot terbabit dikhuatiri karam pada kedudukan 9.4 batu nautika Barat Pulau Beras Basah di sini dan dilaporkan membawa kumpulan pemancing dari Banting, Selangor dan Kuala Lumpur. Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Mariti

[Video] 14 pemancing, 4 kru hilang, bot dikhuatiri karam di perairan Langkawi

Image
[Video] 14 pemancing, 4 kru hilang, bot dikhuatiri karam di perairan Langkawi - Baca seterusnya di:  https://pakdin.my/155335 - LANGKAWI: Sebuah bot membawa empat kru dan 14 pemancing dilaporkan hilang dan dikhuatiri karam dipercayai akibat dipukul ribut di kedudukan 9.4 baru nautika barat Pulau Beras Basah, dekat sini, hari ini. Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Mohd Zawawi Abdullah berkata, kejadian itu dipercayai berlaku jam 2 petang tadi. "Maritime Rescue Sub-Centre (MRSC) Langkawi mengaktifkan Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) bagi mengesan sebuah bot dilaporkan hampir karam itu. "Bot KM Tenggol, Bot Perkasa 1225 dan Bot Penyelamat 5 telah diatur gerak bagi operasi Carilamat (SAR) sebaik menerima laporan daripada MRSC Langkawi," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. Katanya, maklumat kejadian turut disalurkan kepada agensi sahabat termasuk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Polis