Posts

Showing posts with the label Lari Rumah

Remaja perempuan hilang selepas selisih faham dengan keluarga

Image
SEPANG – Polis meminta bantuan orang ramai mengesan seorang remaja perempuan berusia 17 tahun yang dilaporkan hilang dari rumah ibu saudaranya di Kajang, Selangor sejak 29 Disember lalu. Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, remaja dikenali sebagai Nurul Fateha Nabila Mohd Zailani itu dikatakan melarikan diri selepas berlaku selisih faham keluarga. “Siasatan awal mendapati, mangsa menetap bersama ibu saudaranya di Kampung Sungai Merab Luar, Kajang sejak Februari lalu. Sebelum itu, mangsa berada di salah sebuah pusat pemulihan akhlak di Sabak Bernam sebelum diambil ibu saudaranya untuk dijaga,” katanya ketika dihubungi hari ini. Norhizam berkata, ibu saudara mangsa memaklumkan mangsa berkurung dalam bilik di rumah kerana berlaku selisih faham keluarga sebelum menghilangkan diri kira-kira pukul 12 tengah hari dengan memakai t-shirt warna hitam dan berseluar trek sukan warna hitam. “Mangsa membawa telefon bimbit semasa menghilangkan diri. Kes diklasifikas...

Nur Shafina Maisarah sudah ditemui semalam

Image
Nur Shafina Maisarah sudah ditemui semalam  Baca seterusnya di: pakdin.my/167870 -  KAJANG: Pelajar Tingkatan Tiga yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Batu 20 1/4, Kampung Padang, di sini, pada 13 September lalu, sudah ditemui semalam 16 September 2023. Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, remaja berusia 15 tahun itu ditemui selamat di kawasan Semenyih, di sini. "Berdasarkan siasatan, punca remaja terbabit keluar dari rumah kerana berlaku perselisihan faham dengan keluarga," katanya dalam kenyataan, hari ini. Jumaat lalu dila[orkan, Nur Shafina Maisarah Abdullah dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Batu 20 1/4, Kampung Padang. Polis menerima laporan daripada ibunya yang juga suri rumah berusia 34 tahun jam 10.40 pagi, Khamis. Mohd Zaid dilaporkan berkata, siasatan dilakukan mendapati kali terakhir remaja itu dilihat oleh ibunya jam 6.15 pagi ketika keluar rumah menaiki bas untuk ke sekolah dengan berpakaian su...