Posts

Showing posts with the label Hemp

Boleh tanam 10 pokok ganja saja

Image
Boleh tanam 10 pokok ganja saja Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159594 Jawatankuasa Draf Akta Kanabis dan Hemp Thailand memutuskan untuk mengehadkan hanya 10 pokok ganja yang boleh ditanam bagi kegunaan isi rumah. Jawatankuasa turut menetapkan keluasan tanah bagi menanam kanabis untuk perusahaan kecil, sederhana dan besar. Jurucakap jawatankuasa itu, Panthep Puapongpan berkata, keputusan berkenaan akan dibahaskan di Dewan Rakyat bagi bacaan kedua dan ketiga selepas bacaan pertama diluluskan pada 8 Jun lalu. Rang undang-undang itu dirangka bagi mengawal penggunaan, penjualan, import dan eksport tumbuhan dan ekstrak kanabis, namun tidak menetapkan jumlah tertentu yang boleh ditanam seorang individu sebelum ini. Panthep menjelaskan perusahaan kecil bagi tanaman kanabis merujuk kepada keluasan tanah tidak melebihi 0.8 hektar, manakala perusahaan sederhana bagi tanah kurang 3.2 hektar dan sebarang tanah melebihi 3.2 hektar adalah perusahaan besar. Bagaimanapun tiada had bagi jumlah kanab

[Video] Memorandum benar guna ketum, hemp, kanabis diserah kepada PM minggu depan

Image
[Video] Memorandum benar guna ketum, hemp, kanabis diserah kepada PM minggu depan Selanjutnya di:  https://pakdin.my/157466 - Memorandum berhubung cadangan penggunaan ketum, hemp dan kanabis untuk dijadikan produk tanaman komoditi negara termasuk penggunaannya dalam perubatan akan diserahkan kepada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob minggu depan, kata Ahli Parlimen Padang Besar Zahidi Zainul Abidin. Beliau yang juga Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata, hasil dapatan kajian diperoleh menerusi forum dianjurkan tahun lalu itu akan turut diserahkan kepada Menteri Kesihatan dan Menteri Dalam Negeri. “Tindakan segera untuk memperoleh kebenaran mengeksport bahan itu ke luar negara perlu bagi mengelak Malaysia ketinggalan dalam mempatenkan bahan itu. Sekarang, agensi dadah antarabangsa dari Amerika Syarikat (AS) dan Jerman dalam proses untuk mempatenkan ketum, kalau lambat dapat kebenaran, maka kita akan rugi. “Kalau lambat patenkan kita yang tanam ketum ini terpaksa mengeluar