Posts

Showing posts with the label Polis

SUV polis terbalik, dua anggota terselamat elak anjing

Image
SUV polis terbalik, dua anggota terselamat elak anjing Baca seterusnya di: pakdin.my/167874 -  HULU SELANGOR – Dua anggota polis nyaris maut selepas kereta yang dipandunya terbalik akibat elak anjing liar di Kilometer 7.3 Jalan Pintasan Rawang, di sini, hari ini. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Ahmad Faizal Tahrim berkata, kejadian melibatkan kereta jenis Proton X70 milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu berlaku pada pukul 6.15 pagi tadi. Katanya, kenderaan tersebut dalam perjalanan dari Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Perak menuju ke Glenmarie, Shah Alam. “Kereta tersebut dipandu anggota lelaki pangkat Lans Koperal berusia 27 tahun dan bersama seorang penumpang anggota lelaki pangkat Sarjan berusia 33 tahun. “Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku kerana mengelak anjing di tempat kejadian sebelum terbabas dan terbalik,” katanya dalam kenyataan hari ini. Mengulas lanjut, Faizal memaklumkan kedua-dua mangsa yang terlibat tidak mengalami sebarang kecederaa...

[VIDEO] Suspek ditahan dalam kapal terbang bersabit kes ah long

Image
[VIDEO] Suspek ditahan dalam kapal terbang bersabit kes ah long BACA seterusnya: https://pakdin.my/166028 JOHOR BAHRU – Penahanan seorang lelaki yang dirakam tular dalam sebuah kapal terbang di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, dekat sini kelmarin dibuat mengikut undang-undang. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, suspek berusia 28 tahun itu merupakan penumpang dalam penerbangan tersebut yang baharu tiba dari utara tanah air. Menurut beliau, pihaknya juga telah menahan empat lagi individu dipercayai rakan suspek yang turut terlibat dalam kesalahan jenayah ah long yang dilakukan bersama. “Polis mengesan satu video tular di aplikasi TikTok penama akaun Elizabeth Eoh berkaitan tangkapan seorang suspek dibuat polis di dalam sebuah kapal terbang. “Ketika kejadian, polis sedang menjalankan tugas dan berjaya mengesan suspek yang merupakan penumpang dalam pesawat berkenan hasil daripada risikan dibuat. “Penahanan suspek beserta empat rakannya yang...

Dua anggota polis ditembak penyerang hendap di Yala

Image
Dua anggota polis ditembak penyerang hendap di Yala BACA seterusnya di: https://pakdin.my/164871 YALA: Dua pegawai polis ditembak dan cedera dalam satu serangan hendap di daerah Muang wilayah sempadan selatan ini pada petang Selasa. Serangan berlaku kira-kira 12.20 tengah hari di jalan Ban Niang - Lam Mai di Tambon Phron. Letnan Kolonel Polis Suthan Kaewkhiri dan Sgt Mej Polis Suthipong Sangthong kembali ke balai polis Lam Mai dengan menaiki pikap polis selepas menyelesaikan tugasan. Kenderaan mereka berada di pusingan U di hadapan sebuah kilang parawood apabila penyerang yang bersembunyi di tepi jalan melepaskan tembakan ke arah mereka. Kedua-dua anggota polis itu cedera akibat tembakan dan kemudian kejarkan ke Hospital Yala untuk mendapatkan rawatan. Cermin depan pikap dan tingkap belakang kedua-duanya ditembusi peluru. Polis sedang menyiasat.

[VIDEO] Polis kesan individu dipercayai lempar objek seperti bom

Image
[VIDEO] Polis kesan individu dipercayai lempar objek seperti bom BACA seterusnya di: https://pakdin.my/164508 JOHOR BAHRU -- Polis sedang mengesan individu dipercayai melempar objek seperti bom di sebuah restoran di Jalan Abdul Samad di sini, dua hari lepas.  Ketua Polis Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat berkata kejadian Sabtu lepas itu disahkan berlaku pada 4.15 pagi susulan tular dua video dipercayai berkaitan insiden berkenaan di media sosial. Beliau berkata pihaknya menerima maklumat kejadian itu pada 10 pagi semalam selepas anggota di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan mengesahkan menerima laporan berkaitan kes itu pada 5.27 pagi, Sabtu.  "Pengadu iaitu seorang lelaki berusia 35 tahun memaklumkan telah mendengar bunyi letupan kuat sehingga beberapa cermin tingkap premisnya pecah. "Hasil semakan kamera litar tertutup (CCTV) mendapati sebuah kereta berwarna gelap telah berhenti di pagar premis tersebut dan kelihatan seorang individu keluar daripada kende...

Serangan bom di selatan Thailand mencederakan 8 anggota polis

Image
Serangan bom di selatan Thailand mencederakan 8 anggota polis BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163606 Lapan pegawai polis dari Balai Polis Sai Buri di wilayah Pattani, selatan Thailand, cedera dalam serangan bom ketika melakukan rondaan malam tadi. Dua kenderaan polis rosak. Sebelum kejadian, 11 pegawai keluar membuat rondaan dengan menaiki dua trak pikap di daerah Sai Buri. Penyerang meletupkan bom tersembunyi ketika pegawai memandu di sepanjang Jalan Ban Pa Thung – Bang Kao di mukim Bang Khao pada 10.45 malam. Penyerang melarikan diri dari tempat kejadian. Seorang pegawai cedera terkena serpihan dan tujuh lagi mengalami tinnitus dan dada sesak akibat letupan itu. Kesemuanya dibawa ke Hospital Putera Mahkota Sai Buri di Pattani untuk rawatan. Mereka yang cedera termasuk Pol. Kapten Kittikhun Pongpetch, Pol. Snr. Sgt. Mej Anon Wanthong, Pol. Sgt. Teeranat Pinnukit, Pol. Kpl. Sukhum Laichan, Pol. Kpl. Sanya Makmool, dan Pol. Kpl. Sangha Cheecho, yang mengalami luka di sikunya. Dipe...

Polis Thailand ingatkan pasangan kekasih tidak rakam video seks pada hari Valentine

Image
Polis Thailand ingatkan pasangan kekasih tidak rakam video seks pada hari Valentine BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162367 Bahagian Penindasan Jenayah Teknologi telah memberi amaran kepada pasangan kekasih supaya tidak merakam video seks mereka pada Hari Valentine bagi mengelak daripada diperas ugut selepas hubungan mereka berakhir. Pol Kol Siriwat Deepor, timbalan komander bahagian itu, berkata pada hari Ahad bahawa pasangan kekasih sering menyatakan keghairahan mereka antara satu sama lain pada Hari Valentine, tetapi mereka harus mengambil langkah berjaga-jaga - dengan tidak merakamnya dalam video. "Pasangan kekasih mungkin secara sukarela merakam hubungan seksual mereka. [Tetapi] jika mereka berpisah pada masa hadapan, lelaki mungkin memuat naik klip dalam talian dan mencemar maruah pasangan wanita," katanya. Kes sebegini termasuk dalam kategori "sextortion" oleh mereka yang mempunyai bahan lucah orang lain dalam simpanan mereka. Pesalah sedemikian boleh ja...

[Video] Polis berjaya menahan van membawa mercun seludup

Image
[Video] Polis berjaya menahan van membawa mercun seludup   Selanjutnya di:  https://pakdin.my/158348     JERTEH – Polis merampas mercun seludup bernilai RM30,000 selepas menahan sebuah van di tepi jalan berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Alor Keladi di Hulu Besut, di sini pada jam 11.15 pagi Selasa. Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Abdul Rozak Muhammad berkata, terdahulu van itu dikejar oleh enam kereta peronda polis (MPV) sejauh 70 kilometer (km) dari Pasir Mas, Kelantan sebelum polis berjaya menahan seorang suspek pada jam 11.15 pagi, namun seorang lagi suspek telah meloloskan diri. Beliau berkata, kejadian bermula apabila anggota polis dari cawangan MPV Ibu Pejabat Polis (IPD) Pasir Mas yang melakukan tugas ronda cegah jenayah melihat sebuah van berwarna putih yang mencurigakan, lalu pemandunya diarahkan berhenti untuk pemeriksan. "Suspek sebaliknya bertindak memecut kenderaannya ke arah Tanah Merah melalui Machang dan Pasir Putih, Kelantan sebelum me...

Polis siasat klip video dakwa anggota lakukan kekerasan ketika proses tangkapan

Image
Polis siasat klip video dakwa anggota lakukan kekerasan ketika proses tangkapan Selanjutnya di:  https://pakdin.my/158270 ... Polis mengesahkan telah menerima dua laporan berkaitan klip video tular yang mendakwa anggota polis melakukan kekerasan semasa proses tangkapan. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, pihaknya telah menerima dua laporan yang dibuat oleh seorang lelaki dan anggota polis berkenaan. "Masing-masing mendakwa mengalami kecederaan ringan semasa proses tangkapan tersebut," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu. Menurutnya, satu video klip berdurasi satu minit 25 saat itu memaparkan dua anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor yang sedang dalam proses membuat tangkapan ke atas seorang lelaki warga tempatan. "Kita telah menjalankan siasatan terhadap kejadian ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan," katanya. Baharudin berkata, orang rama...

Minit mesyuarat jatuhkan BN bocor: Zahid lapor polis

Image
Minit mesyuarat jatuhkan BN bocor: Zahid lapor polis Selanjutnya di:  https://pakdin.my/158244 ... Ahmad Zahid Hamidi akan membuat laporan polis supaya siasatan dapat dijalankan berhubung penularan dokumen didakwa mempunyai unsur campur tangan terhadap pertuduhan di mahkamah yang sedang dihadapi oleh presiden Umno itu. Menurut peguam ahli Parlimen Bagan Datuk itu, Hisyam Teh Poh Teik, pihaknya terkejut dengan kandungan dokumen dibocorkan di media sosial yang antaranya menyebut “perlu ada campur tangan segera dalam kes mahkamah agar mempercepatkan jatuh hukum”. Katanya, frasa itu jelas merujuk kepada pertuduhan di mahkamah yang sedang dihadapi bekas timbalan perdana menteri itu. Zahid berdepan 47 tuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi. “Laporan polis akan dibuat dan kami meminta pihak yang relevan membuat siasatan menyeluruh sama ada wujud cubaan menimbulkan syak terhadap integriti proses kehakiman,” katanya dalam kenyataan. Ahad lalu, beberapa...

[Video] Kereta polis Thailand di bom, 2 anggota polis maut dan 2 parah

Image
[Video] Kereta polis Thailand di bom, 2 anggota polis maut dan 2 parah Sumber:  https://pakdin.my/158001 ...... YALA: Berlaku letupan bom keatas sebuah kereta pihak polis Thailand, menyebabkan mangsa 2 orang cedera dan 2 orang maut ditempat kejadian. Kejadian berlaku di kawasan lalu lintas jalan raya Bachok Tempat 4 Mukim Bachok Daerah Benang Star Wilayah Yala.  Laporan dari pihak polis Thailand mengatakan, mangsa yang cedera dan maut adalah pihak polis Thailand yang sedang bertugas di kawasan tersebut. Keterangan nama-nama mangsa adalah, pertama Sufree Norrapha (cedera parah), kedua Aswawut Rapom (cedera parah), letiga Wiwat Ratchat (maut ditempat kejadian), dan leempat Nachpol Prommani (maut ditempat kejadian). Manakala, saat ini pihak tentera Thailand tingkatkan operasi keamanan, dan menutup beberapa lalu lintas jalan raya yang berdekatan. 

[Video] Polis tahan lelaki mengamuk atas lori kontena di Klang

Image
[Video] Polis tahan lelaki mengamuk atas lori kontena di Klang Selanjutnya di:  https://pakdin.my/155878 - KLANG: Suasana di Persiaran Hamzah Alang, Taman Meru 4 di sini, gempar apabila seorang lelaki dipercayai kurang siuman mengamuk atas sebuah lori kontena hari ini. Dalam kejadian pukul 10.58 pagi itu, lelaki berusia lingkungan 30-an berkenaan dikatakan menjerit sambil memegang sesuatu objek di atas kenderaan tersebut. Keadaan itu memaksa orang awam bertindak menghubungi pihak berkuasa untuk bantuan lanjut. Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.07 pagi. Katanya, sepasukan 12 anggota termasuk pegawai dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapar dikerah dalam operasi berkenaan. “Setibanya di lokasi, anggota kita segera meletakkan jentera bomba bersebelahan lori kontena tersebut. Ia bagi membantu memudahkan polis untuk menahan lelaki yang dipercayai kurang siuman itu,” kat...