Posts

Showing posts with the label TMJ

[VIDEO] Selepas Kemelut PH 1.0 2018-2020, Johor Kembali ke Landasan Tepat - Pemangku Sultan Johor

Image
Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim , Pemangku Sultan Johor , menyampaikan kenyataan terus terang mengenai realiti semasa yang dihadapi Negeri Johor . Dalam ucapannya, Baginda menekankan prinsip utama “Kita Jaga Kita” — satu semangat yang perlu dipegang teguh oleh seluruh rakyat Johor di tengah pelbagai cabaran hari ini. Tanggungjawab Bersama, Bukan Janji Kosong Menurut Tunku Ismail, Johor masih mempunyai banyak kelemahan yang perlu diatasi. Tanggungjawab ini tidak terletak pada Kerajaan Negeri sahaja, tetapi melibatkan Kerajaan Persekutuan , rakyat Johor, serta peranan Baginda sendiri sebagai Pemangku Sultan. Baginda mengingatkan semua pihak, khususnya ahli politik, supaya berhenti memberi janji manis semata-mata ketika berkempen. Keputusan mesti dibuat berdasarkan fakta dan prestasi sebenar , bukan sekadar retorik atau teori kosong. “Saya tak reti bertapis. Saya cakap apa yang ada dalam hati,” tegas Baginda. Kritikan Terhadap Ketidakseimbangan dengan Kerajaan Perse...

JDT jadi ‘underdog’ musim depan, lebih ramai akan keluar – TMJ

Image
  JDT jadi ‘underdog’ musim depan, lebih ramai akan keluar – TMJ https://pakdin.my/?p=174630 JOHOR BAHRU – Pemilik Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengesahkan akan ada lebih ramai lagi pemain dan staf yang bakal meninggalkan pasukan itu. Tunku Mahkota Johor itu memaklumkan perkara itu di ruangan komen Instagram Johor Southern Tigers berhubung perpindahan pemain dan barisan kejurulatihan kelab itu. Dengan Langkah yang diambil itu, Tunku Ismail memberitahu, JDT akan bergelar pasukan ‘underdog’ pada musim depan. “Underdog tahun depan, akan ada ramai lagi yang keluar dari kelab. Proses berjimat,” tulis Tunku Ismail. Pendekatan itu diambil Harimau Selatan itu kerana ingin mentransformasikan kelab dengan mengurangkan perbelanjaan bagi memastikan kelangsungan jangka panjang. Terdahulu, kelab juara Liga Super 10 musim berturut-turut itu mengesahkan ketua jurulatih, Esteban Solari meninggalkan kelab termasuk pemain Aidil Zafuan Abd Radzak, S. Kunanlan, Ahmad Hazw...

[Video] JDT juara lagi, TMJ tak jadi bersara

Image
[Video] JDT juara lagi, TMJ tak jadi bersara - Baca selanjutnya di:  https://pakdin.my/155357 - ISKANDAR PUTERI, Johor: Johor Darul Ta'zim (JDT) mengekalkan Piala Sultan Haji Ahmad Shah buat kali kelima berturut-turut selepas menjinakkan Kuala Lumpur City FC (KL City FC) 3-0 pada perlawanan Sumbangsih di Stadium Sultan Ibrahim, di sini, sebentar tadi. Kemenangan itu tentunya melegakan skuad Harimau Selatan dan penyokong mereka kerana pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sudah pasti tidak akan bersara seperti diumumkan semalam. Tunku Ismail menerusi akaun Instagram miliknya semalam menyatakan hasrat untuk bersara daripada aktiviti bola sepak sekiranya skuad Harimau Selatan itu kecundang buat kali kedua kepada KL City FC pada perlawanan Sumbangsih malam tadi. JDT tewas 2-0 kepada skuad Bojan Hodak pada aksi final Piala Malaysia musim lalu. Dengan mengekalkan formasi 3-4-3 seperti pada aksi final Piala Malaysia musim lalu, skuad Harimau Selatan tampak menguasai perlawanan apabila...

TMJ Dedahkan Pelaburan Johor Menjunam Lepas 2018

Image
TMJ Dedahkan Pelaburan Johor Menjunam Lepas 2018 [Sumber:  https://pakdin.my/?p=154810 ] Tunku Mahkota Johor berharap ekonomi negeri itu akan bertambah baik dan secara langsung menyediakan lebih peluang pekerjaan untuk rakyat. Ini amat penting bagi memastikan rakyat boleh menjana lebih pendapatan dan mempunyai keupayaan perbelanjaan yang lebih tinggi. Menurut beliau, Johor merupakan negeri yang mempunyai jumlah pelaburan tertinggi antara tahun 2016, 2017 dan 2018. Tetapi selepas 2018, jumlah pelaburan di Johor mula menjunam, kata Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim. Graf pelaburan sektor pembuatan di Negeri Johor yang dikongsikan beliau dalam hantaran di Facebook itu menyaksikan penurunan pada tahun 2019 dan paling ketara pada tahun 2020. Pada tahun 2016, 2017 dan 2018, negeri Johor berada pada kedudukan pertama dalam pelaburan yang berjumlah RM26.41 bilion, RM21.93 bilion dan RM30.51 bilion. Kedudukan itu jatuh kepada tempat keempat pada tahun 2019 dengan jumlah pelab...