Posts

Showing posts with the label Rentung

Seorang rentung nahas dua kenderaan di Lebuhraya PLUS

Image
Seorang rentung nahas dua kenderaan di Lebuhraya PLUS BACA di: https://pakdin.my/174111/ BAGAN SERAI: Seorang rentung manakala dua lagi cedera selepas van yang mereka naiki terbakar terlibat dalam nahas dengan sebuah lori di Kilometer 198.4 Lebuhraya Utara Selatan, arah utara, hari ini 9/12/2023. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kemalangan itu pada jam 8.24 pagi. Menurutnya, jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bagan Serai yang tiba di lokasi kira-kira jam 8.42 pagi mendapati sebuah van terbakar keseluruhan selepas berlaku kemalangan jalan raya. “Terdapat tiga orang mangsa, seorang rentung manakala dua lagi cedera dan telah dihantar ke Hospital Taiping oleh ambulan KKM,” katanya dalam kenyataan di sini. Bagaimanapun, ujarnya, setakat ini maklumat mangsa tidak dapat dipastikan. Menurutnya, mangsa yang rentung diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutny

[VIDEO] Warga emas OKU rentung dalam kebakaran di Pulau Pinang

Image
[VIDEO] Warga emas OKU rentung dalam kebakaran di Pulau Pinang Baca seterusnya di: pakdin.my/167896 -  AYER ITAM - Seorang lelaki warga emas maut dalam satu kejadian kebakaran di Kampung Pisang, Ayer Itam, Pulau Pinang. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Paya Terubong, Mohd Shakir Abdullah berkata mangsa yang juga Orang Kurang Upaya (OKU) itu ditemukan rentung di dalam salah sebuah rumah yang terbakar. Pihak bomba menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 3.40 pagi sebelum sepasukan anggota dari BBP Paya Terubong bergegas ke lokasi kejadian. "Kebakaran membabitkan dua unit rumah dengan keluasan 2,000 kaki persegi. "Pihak bomba menemukan mangsa dalam keadaaan rentung bersebelahan katil. "Rumah berkenaan terbakar hampir 90 peratus. "Api berjaya dikawal pada pukul 4.28 pagi," kata Mohd Shakir menerusi kenyataan.

[VIDEO] Rumah terbakar, wanita warga emas ditemukan rentung

Image
[VIDEO] Rumah terbakar, wanita warga emas ditemukan rentung BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165699 MUKAH – Seorang wanita warga emas berusia 80 tahun ditemukan rentung setelah terperangkap dalam rumah yang terbakar di Kampung Tutus Ulu, Jalan Mukah – Balingian pada tengah malam tadi 6 Jun 2023. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kebakaran kira-kira pukul 12.04 malam dan segera menggerakkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mukah ke lokasi. “Maklumat awal daripada pemanggil terdapat mangsa dalam rumah tersebut. “Mangsa kemudian dijumpai rentung di bawah runtuhan rumah berkenaan,” katanya dalam kenyataan. VIDEO berkaitan: Menjelas lanjut, rumah didiami seramai enam orang itu telah terbakar 90 peratus. Namun, beliau berkata seorang lelaki warga emas, tiga lelaki dewasa dan seorang wanita dewasa berjaya keluar menyelamatkan diri manakala mangsa terperangkap. Katanya, pasukan bomba kemudian melakukan pemadaman mengguna

Wanita warga Indonesia rentung dalam kebakaran di Bintulu

Image
Wanita warga Indonesia rentung dalam kebakaran di Bintulu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160702/ Seorang pekerja wanita warga Indonesia rentung apabila bilik didiaminya di sebuah blok rumah pekerja di kilang papan lapis di Jalan Kemena, Bintulu, kira-kira 20 kilometer dari sini, terbakar awal pagi tadi. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata ketika kejadian, hanya wanita berusia 24 tahun itu berada di bilik berkenaan manakala dua rakan sebiliknya sedang bekerja. Beliau berkata 11 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu digerakkan ke lokasi kejadian sejurus bomba menerima panggilan kebakaran pada 2.59 pagi. Kebakaran hanya melibatkan sebuah bilik nombor lima (daripada tujuh pintu) dan terbakar 100 peratus. Kebakaran berjaya dikawal pada 3.20 pagi dan operasi pemadaman tamat sepenuhnya pada 5.30 pagi," katanya dalam kenyataan. Menurut jurucakap itu, mayat wanita dikenali sebagai Dilla tersebut diserahkan kepada polis untuk tin

[VIDEO] Tiga rentung dalam kebakaran

Image
  [VIDEO] Tiga rentung dalam kebakaran BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160556/ SANDAKAN: Lelaki dan dua wanita rentung dalam satu kebakaran di Taman Rajawali, dekat Batu Tujuh, di sini, malam tadi. Bagaimanapun, dalam kejadian 10.30 malam itu, identiti mangsa berkenaan belum diperolehi. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Jimmy Lagung berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu pada 10.35 malam. Menurutnya, sejurus itu, sepasukan 18 anggota bomba bergegas ke lokasi kebakaran yang terletak sejauh sembilan kilometer dari BBP Sandakan, menggunakan sebuah jentera penyelamat dan sebuah lori tangki. Menurutnya, sebaik tiba, didapati sebuah rumah dua tingkat jenis kekal terbakar lalu usaha memadamkan kebakaran segera dijalankan. "Kira-kira 11 malam, api berjaya dikawal sebelum pemeriksaan menemui tiga mangsa rentung di tingkat bawah, di bahagian ruang tamu rumah. https://youtu.be/lHz4BORM7hU "Namun demikian, setakat ini identiti sebenar

[VIDEO} Kemalangan di Sungai Sabai: Pemandu lori rentung, diesel tumpah

Image
[VIDEO} Kemalangan di Sungai Sabai: Pemandu lori rentung, diesel tumpah Selanjutnya di:  https://pakdin.my/160170 HULU SELANGOR: Seorang pemandu lori rentung dalam kemalangan di jalan Kampung Sungai Sabai, Kalumpang, Hulu Bernam, di sini, hari ini. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan Arsad Kamaruddin berkata, dalam kejadian 11.45 pagi itu, lelaki berusia 45 tahun terbabit memandu lori Hino menghantar muatan batu kerikil dari Serendah ke tapak pelupusan sampah di Sungai Sabai. "Lori yang dipandu mangsa hilang kawalan lalu terbabas ke sebelah kanan jalan dan terbalik jatuh ke ladang kelapa sawit. "Akibat kemalangan itu menyebabkan diesel tertumpah di atas mangsa dan terbakar," katanya menerusi kenyataan, hari ini. Arsad berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. View this post on Instagram A post shared by Kamaluddin Idrus (@kamaluddinidrus)

[Video] 3 sekeluarga rentung dalam kebakaran di Kampung Bahagia Jaya, Jalan Burung Beliris, Sibu

Image
[Video] 3 sekeluarga rentung dalam kebakaran  di Kampung Bahagia Jaya, Jalan Burung Beliris, Sibu Baca selanjutnya di:  https://pakdin.my/155593 -  Tiga sekeluarga rentung dalam kebakaran melibatkan dua rumah di Kampung Bahagia Jaya, Jalan Burung Beliris, Sibu pada malam Selasa. Kebakaran yang dipercayai berlaku pada 8.12 malam tadi, meragut nyawa nenek berusia 81 tahun, Rashidah Suut bersama anak lelakinya, Taip Bus, 55, dan cucunya, Sima Abdullah, 18. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.12 malam. Susulan itu, 19 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Merah serta Sibu bersama dua jentera bergegas ke lokasi kejadian untuk memadam kebakaran. “Sebaik tiba, pasukan bomba mendapati terdapat sebuah rumah jenis tidak kekal telah terbakar,” katanya dalam kenyataan malam tadi. Katanya, siasatan masih dijalankan bagi mengetahui punca kebakaran serta anggaran jumlah kerugian.

[Video] Wanita rentung, terperangkap dalam rumah terbakar di Tambunan

Image
[Video] Wanita rentung, terperangkap dalam rumah terbakar di Tambunan  -  https://pakdin.my/155175 - TAMBUNAN - Seorang wanita rentung selepas terperangkap dalam kebakaran rumah di Kampung Tikolod, di sini, tengah malam Selasa. Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah malam itu, mangsa, Norhabibah Awang, 30, ditemukan rentung di ruang tamu selepas dipercayai terjatuh dari biliknya di tingkat atas. Bagaimanapun, sembilan lagi ahli keluarganya sempat menyelamatkan diri. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tambunan, Desmond Micky @ Dominic berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 12.25 tengah malam. "Kebakaran membabitkan sebuah rumah jenis kayu kekal dan terbakar 90 peratus. Operasi memadamkan kebakaran segera dilakukan menggunakan tangki jentera dan pili bomba terdekat. "Terdapat 10 penghuni di dalam rumah terbabit bagaimanapun seorang wanita dipercayai terperangkap sebelum mayatnya ditemui rentung di ruang tamu rumah berkenaan," katanya ketika d

Lelaki OKU ditemukan rentung dalam bilik

Image
Lelaki OKU ditemukan rentung dalam bilik [Sumber: https://pakdin.my/?p=154818 ] Gombak: Lelaki berstatus orang kurang upaya (OKU) mental ditemukan rentung dalam rumah di Kampung Changkat Damai di sini, hari ini. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan pada 10.04 pagi. Katanya, 14 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Gombak Selatan dan Selayang dikerah ke lokasi. "Sebaik tiba didapati kebakaran berlaku di bahagian bilik rumah teres dan operasi mengawal serta memadamkan kebakaran segera dilakukan. "Anggota kemudian menemui mayat lelaki berusia 44 tahun dalam keadaan rentung," katanya. Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk tindakan lanjut.