Hilang Pulau Perhentian: Rupa-rupanya sudah balik Kluang berehat
Hilang Pulau Perhentian: Rupa-rupanya sudah balik Kluang berehat BACA seterusnya di: https://pakdin.my/168719/ KLUANG – Empat sekeluarga yang dikhuatiri hilang setelah gagal dihubungi sewaktu bercuti di Pulau Perhentian di sini sejak Sabtu lalu selamat pulang ke pangkuan keluarga di sini hari ini. Sukarelawan Pertubuhan Amal Komuniti Besut, Ahmad Nazrul ketika dihubungi mengesahkan empat sekeluarga iaitu Suraidah Abdul Ghani, 54, dan anaknya, Mohamad Aiman Rafee, 21, serta dua cucunya, Sasa Alesha Mohd. Saiful 7, dan Ahmad Dhani Mohd. Saiful, 4, sudah selamat pulang ke Kluang. “Ya, saya mengesahkan bahawa mereka telah selamat pulang ke Kluang, saya telah berhubung dengan ayah kepada kanak-kanak tersebut dan dia mengesahkan. “Buat masa ini mungkin ayahnya mahu berehat sebab memandu kenderaan dari Kluang ke Terengganu patah balik, kita cuba bantu mana yang termampu,”katanya ketika dihubungi hari ini. Ahmad Nazrul juga berharap tiada mana-mana pihak membuat sebarang spekulasi mengenai kes...