Posts

Showing posts with the label Kalumpang

[VIDEO} Kemalangan di Sungai Sabai: Pemandu lori rentung, diesel tumpah

Image
[VIDEO} Kemalangan di Sungai Sabai: Pemandu lori rentung, diesel tumpah Selanjutnya di:  https://pakdin.my/160170 HULU SELANGOR: Seorang pemandu lori rentung dalam kemalangan di jalan Kampung Sungai Sabai, Kalumpang, Hulu Bernam, di sini, hari ini. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan Arsad Kamaruddin berkata, dalam kejadian 11.45 pagi itu, lelaki berusia 45 tahun terbabit memandu lori Hino menghantar muatan batu kerikil dari Serendah ke tapak pelupusan sampah di Sungai Sabai. "Lori yang dipandu mangsa hilang kawalan lalu terbabas ke sebelah kanan jalan dan terbalik jatuh ke ladang kelapa sawit. "Akibat kemalangan itu menyebabkan diesel tertumpah di atas mangsa dan terbakar," katanya menerusi kenyataan, hari ini. Arsad berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. View this post on Instagram A post shared by Kamaluddin Idrus (@kamaluddinidrus)

2 remaja maut motosikal bertembung kereta di Kalumpang

Image
2 remaja maut motosikal bertembung kereta di Kalumpang Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159403   HULU SELANGOR: Dua remaja lelaki maut selepas motosikal dinaiki mereka, bertembung sebuah kereta di Kilometer 75 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh dekat Taman Keliang, Kalumpang di sini, pagi ini. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arsad Kamaruddin, berkata dalam kejadian jam 7.48 pagi itu, kedua-dua mangsa berusia 18 dalam perjalanan dari Kerling ke Proton City, Tanjung Malim, maut di lokasi kejadian. "Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta jenis Volvo dipandu lelaki berusia 29 tahun dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur. "Sebaik tiba, kereta itu berlanggar dengan motosikal Yamaha Y15 dinaiki kedua-dua mangsa yang datang dari arah bertentangan. "Motosikal itu juga dipercayai masuk ke laluan kereta sebelum kedua-duanya bertembung," katanya menerusi kenyataan, hari ini. Arsad berkata, akibat kemalangan itu penunggang dan pembonceng motosikal mening