Posts

Showing posts with the label Sulu

Kes Sulu: Stampa akan diheret ke mahkamah jenayah, suara Malaysia didengar di Madrid 11 Dis - Azalina

Image
Kes Sulu: Stampa akan diheret ke mahkamah jenayah, suara Malaysia didengar di Madrid 11 Dis - Azalina BACA seterusnya di: https://pakdin.my/170697 Penimbang tara Sepanyol Dr Gonzalo Stampa akan dibicarakan di Mahkamah Madrid pada 11 Dis ini atas dua kes jenayah berkaitan final award kepada Kumpulan Sulu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said. Beliau berkata Mahkamah Madrid sendiri yang telah menyiasat dan mengeluarkan tuduhan ke atas kesalahan yang dilakukan oleh Stampa dan jika beliau didapati bersalah atas pertuduhan itu, beliau akan dikenakan hukuman penjara dan didenda oleh mahkamah berkenaan. "Tarikh pendengaran itu ditetapkan berikutan permohonan agresif dan berterusan oleh Kerajaan Malaysia. Ini bukan tuntutan sivil tetapi Stampa berhadapan dengan tuntutan jenayah. "Ini adalah faktor utama yang memberikan consistency kepada kesimpulan Kerajaan Malaysia bahawa award yang diberi oleh Stampa selaku p

[VIDEO] Tuntutan Sulu: Malaysia lakar kejayaan bersejarah di mahkamah rayuan Paris

Image
[VIDEO] Tuntutan Sulu: Malaysia lakar kejayaan bersejarah di mahkamah rayuan Paris BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165710 Mahkamah Rayuan Paris mengekalkan keputusan membenarkan Malaysia mencabar award yang diputuskan oleh Dr Gonzalo Stampa pada 25 Mei 2020 dalam kes tuntutan lapan rakyat Filipina yang mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu.   Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata keputusan itu bermaksud penuntut tidak boleh bergantung kepada award yang diputuskan di Perancis itu untuk sebarang tujuan. “Mahkamah Rayuan Paris juga mendapati penimbang tara (Stampa) telah terkhilaf dalam melaksanakan bidang kuasanya. “Keputusan ini juga, yang muktamad serta mengikat, adalah satu kemenangan yang nyata buat Malaysia dalam perjuangannya untuk mendapatkan remedi dari segi perundangan dan Malaysia yakin penuntut serta pembiaya mereka akan kalah,” menurutnya dalam kenyataan malam ini.  Beliau berkata Malaysia perc

[VIDEO] Mahkamah Sepanyol tolak rayuan waris Sulu

Image
[VIDEO] Mahkamah Sepanyol tolak rayuan waris Sulu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162214/?amp=1 Mahkamah Perlembagaan Sepanyol menolak rayuan sekumpulan individu mendakwa waris Sultan Sulu berhubung pertikaian dengan kerajaan Malaysia berkaitan bayaran pajakan ke atas Sabah. Kumpulan itu mahu mencabar keputusan mahkamah lebih rendah sebelum ini yang membatalkan pelantikan seorang penimbang tara untuk mendengar pertikaian itu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said, berkata Putrajaya baru menerima pengesahan rasmi mengenai keputusan Mahkamah Perlembagaan itu. Pada Feb 2022, sebuah mahkamah timbang tara Perancis mengarahkan Putrajaya membayar pampasan USD14.92 bilion (RM62.59 bilion) kepada waris Sultan Sulu. Penimbang tara Gonzalo Stampa memutuskan bahawa Malaysia melanggar perjanjian 1878 antara kesultanan Sulu di Filipina dengan wakil Syarikat British Borneo Utara yang mentadbir Sabah ketika itu. VIDEO berkaitan: Azalina b

Tuntutan waris Kumpulan Sulu: Mahkamah Luxembourg tarik balik perintah sekatan

Image
Tuntutan waris Kumpulan Sulu: Mahkamah Luxembourg tarik balik perintah sekatan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162161/?amp=1 Mahkamah di Luxembourg telah memutuskan untuk menarik balik perintah sekatan (saisie arrêt) yang dimohon oleh individu yang mendakwa sebagai 'waris' kumpulan Sulu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Refomasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said. Dalam satu kenyataan hari ini, Azalina berkata pada 24 Jan lepas, Mahkamah Daerah Luxembourg telah mengetepikan perintah sekatan yang dipohon kumpulan itu pada 11 Julai tahun lepas (2022). Beliau berkata perintah sekatan itu dibuat berasaskan kononnya Keputusan Muktamad (Final Award) dan Keputusan Awal (Preliminary Award) yang didakwa dikeluarkan oleh penimbang tara yang dilantik secara tidak sah, Dr Gondoza Stampa, masing-masing pada 28 Feb dan 25 Mei tahun lepas serta Perintah Exequatur secara ex parte pada 18 Mei 2022, yang mengiktiraf keputusan di Luxembourg. Dr Stampa dilapo

[Video] Halang Tommy keluar negara sehingga kebenaran mengenai tuntutan Sulu terjawab, kata Najib

Image
[Video] Halang Tommy keluar negara sehingga kebenaran mengenai tuntutan Sulu terjawab, kata Najib Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159632 Notis saman timbang tara wakil Sulu dikemukan secara rasmi kepada Malaysia pada bulan Julai 2019 ketika kerajaan PH bermaharajalela. Surat Tommy Thomas dikatakan adalah punca keputusan ancam aset Malaysia bernilai RM66 bilion di luar negara. Kekesalan Tommy Thomas berhubung tindakan kerajaan tidak membayar tuntutan Sulu berulang kali disebut dalam 297 perkara dalam penghakiman timbang tara tersebut. Dua ahli parlimen merangkap Timbalan Menteri kerajaan PH mendakwa mereka terkejut dan tidak pernah mengetahui kewujudan surat Tommy dan tidak tahu sekiranya surat tersebut mendapat mandat kerajaan PH. Ini soal kedaulatan negara dan soal ancaman kepada aset luar negara Malaysia bernilai RM66 bilion. Isu yang amat berat sekali sebab telah disifatkan oleh mahkamah antarabangsa sebagai mengiktirafkan tuntutan Sulu ke atas Sabah. Memandangkan Perdana Menteri

Waris kesultanan Sulu rampas dua aset Petronas di Azerbaijan

Image
Waris kesultanan Sulu rampas dua aset Petronas di Azerbaijan Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159590 Aset dua anak syarikat Petronas di Azerbaijan dirampas oleh waris kesultanan Sulu, yang dikatakan menuntut AS$14.92 bilion (RM62.59 bilion) daripada Malaysia, demikian menurut laporan Financial Times. Peguam pihak yang menuntut, dilaporkan merampas aset Petronas yang didaftarkan di Luxembourg, Petronas Azerbaijan (Shah Deniz) dan Petronas South Caucasus, dengan nilai dilaporkan mencecah lebih AS$2 bilion (RM8.87 bilion). Peguam berkenaan berkata, bailif di Luxembourg merampas syarikat induk bagi pihak pelanggan mereka. Langkah itu yang pertama kali dilaporkan adalah sebahagian daripada tindakan undang-undang dikemukakan pada 2017 oleh waris Kesultanan Sulu untuk mendapatkan pampasan terhadap tanah di Sabah yang didakwa dipajak nenek moyang mereka kepada sebuah syarikat perdagangan British pada 1878. Pada Mac lalu, penimbang tara di Perancis memutuskan bahawa Malaysia, yang mewarisi ob