Posts

Showing posts with the label Rumah sewa
Image
Pelajar bawah umur ditangkap khalwat dalam rumah sewa https://pakdin.my/174814/ KULIM – Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun ditahan bersama pasangannya berusia 19 tahun kerana disyaki berkhalwat dalam operasi pencegahan jenayah syariah di sebuah rumah sewa di Taman Tiong, di sini hari ini 5 Januari 2024. Dalam pemeriksaan kira-kira pukul 11.10 pagi tadi, pasangan terbabit didapati berada di dalam sebuah bilik rumah tersebut. Turut ditahan dalam operasi sama adalah seorang wanita yang berada di ruang tamu dan dua lagi pasangan di dalam bilik berasingan. Mereka berusia antara 20 hingga 23 tahun. Pegawai Penguat Kuasa Agama Daerah Kulim, Anwar Sharifudin Mat Saad berkata, pegawai penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK) dengan dibantu ahli jawatan kuasa surau taman perumahan tersebut membuat pemeriksaan ke atas rumah sewa berkenaan selepas menerima aduan daripada orang awam. Katanya, pegawai penguat kuasa memberi salam sebelum seorang wanita membuka pintu dan membenarkan piha