Posts

Showing posts with the label Sandakan

[VIDEO] Jalan Kota Kinabalu-Sandakan terputus akibat pembetung runtuh

Image
  [VIDEO] Jalan Kota Kinabalu-Sandakan terputus akibat pembetung runtuh BACA seterusnya di https://pakdin.my/161533/ KOTA KINABALU: Jalan Kota Kinabalu-Sandakan di kawasan Ranau ditutup sementara kerana kegagalan pembetung yang runtuh dan jalan terputus akibat hujan lebat berterusan sepanjang hari ini 4 Januari 2023. Jabatan Kerja Raya Negeri Sabah dalam kenyataan malam ini memaklumkan, kejadian kegagalan pembetung di kawasan KM 109.378, Ranau itu membahayakan laluan berkenaan dan tidak boleh dilalui sebarang jenis kenderaan. Kejadian kira-kira jam 10 malam itu menyebabkan ratusan kenderaan terkandas namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan. "Pengguna jalan raya boleh melalui laluan alternatif melalui Jalan Sinarut Baru Togudon Baru (hanya untuk kenderaan Kecil). "Semua pengguna jalan raya dimohon untuk mematuhi arahan dan papan tanda keselamatan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini," menurut kenyataan itu. Jalan Kota Kinabalu-Sandakan adalah antara jalan utam

[VIDEO] Lebih 100 rumah roboh dilanda ombak, angin kencang

Image
[VIDEO] Lebih 100 rumah roboh dilanda ombak, angin kencang BACA seterusnya di: https://pakdin.my/161280 SANDAKAN - Dianggarkan lebih 100 rumah di perkampungan atas air roboh akibat dipukul ombak dan angin kencang dalam kejadian di Jalan Buli Sim-Sim Kampung Forest, Sandakan, pada malam Sabtu. Dalam kejadian kira-kira jam 10 itu, dianggarkan 500 rumah turut terancam berikutan fenomena air pasang di kawasan berkenaan. Ketua BBP Sandakan Nor Azizi Che Noh berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 10.14 malam. Katanya, seramai sembilan anggota dikejar ke lokasi kejadian sejauh lima kilometer dari BBP Sandakan. "Menurut laporan, dianggarkan lebih 100 rumah telah roboh dan 500 lagi rumah terancam akibat fenomena air pasang. "Tindakan pamantauan masih dijalankan dan maklumat akan dikemas kini dari semasa ke semasa," katanya dalam kenyataan pada Ahad. Sementara itu, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Sandakan melaporkan

[VIDEO] Tiga rentung dalam kebakaran

Image
  [VIDEO] Tiga rentung dalam kebakaran BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160556/ SANDAKAN: Lelaki dan dua wanita rentung dalam satu kebakaran di Taman Rajawali, dekat Batu Tujuh, di sini, malam tadi. Bagaimanapun, dalam kejadian 10.30 malam itu, identiti mangsa berkenaan belum diperolehi. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Jimmy Lagung berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu pada 10.35 malam. Menurutnya, sejurus itu, sepasukan 18 anggota bomba bergegas ke lokasi kebakaran yang terletak sejauh sembilan kilometer dari BBP Sandakan, menggunakan sebuah jentera penyelamat dan sebuah lori tangki. Menurutnya, sebaik tiba, didapati sebuah rumah dua tingkat jenis kekal terbakar lalu usaha memadamkan kebakaran segera dijalankan. "Kira-kira 11 malam, api berjaya dikawal sebelum pemeriksaan menemui tiga mangsa rentung di tingkat bawah, di bahagian ruang tamu rumah. https://youtu.be/lHz4BORM7hU "Namun demikian, setakat ini identiti sebenar