Posts

Showing posts with the label Varian

Selepas Omicron, kini muncul lagi varian baharu, Deltacron. Ini fakta yang perlu kita tahu

Image
Selepas Omicron, kini muncul lagi varian baharu, Deltacron. Ini fakta yang perlu kita tahu Selanjutnya di:  https://pakdin.my/157206 - SEPERTI sudah dijangka, virus Covid-19 akan terus bermutasi. Kebimbangan Omicron belum lagi terlerai, kini muncul varian baharu yang dikenali sebagai Deltacron iaitu 'gabungan' Delta dan Omicron. Pun demikian, pakar penyelidik antarabangsa meminta penduduk dunia supaya tidak terlalu gusar atau panik terhadap penemuan varian terkini itu. CNN Indonesia memetik artikel yang disiarkan oleh New York Post berkata, sehingga kini masih belum disahkan atau belum ada sebarang bukti kukuh yang menunjukkan wabak tersebut boleh menjangkiti dengan pantas. Menurut Pakar Virus, Institut Pasteur, Perancis, Etienne Simon-Loriere memaklumkan, ciri virus sementara yang dikenal pasti tidak menunjukkan tanda-tanda menyebabkan fasa baharu wabak itu. Ia turut disahkan melalui pemeriksaan jujukan genom keseluruhan oleh saintis di IHU Méditerranee Infection di Marseille