Posts

Showing posts with the label Menteri Besar

Pembinaan rumah mampu milik di Bernam Jaya buka peluang ekonomi

Image
Pembinaan rumah mampu milik di Bernam Jaya buka peluang ekonomi BACA seterusnya di: https://huluselangor.com/?p=767343 Pembinaan 2,300 unit rumah mampu milik di Bernam Jaya, Hulu Selangor bawah Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB) mampu merancakkan ekonomi di kawasan terbabit. Dato’ Menteri Besar berkata projek pembangunan rumah teres setingkat atas tanah seluas 191 ekar yang dijangka bermula tahun depan bakal membuka lebih banyak peluang perniagaan dan pekerjaan. “Penerokaan kawasan baharu (untuk pembinaan rumah mampu milik) sebagai contoh di Bernam Jaya akan menjadi pemangkin kepada pembangunan masa depan terutama di utara Selangor. “Lebih-lebih lagi pembinaan Proton City bersebelahan Bernam Jaya yang kita percaya limpahannya boleh dinikmati penduduk Selangor,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari di sini hari ini. Sementara itu, ketua pegawai eksekutif KHSB berkata agensi berkenaan juga bakal membangunkan 2,000 unit pangsapuri komersial di Petaling Jaya dengan kerjasama pemaju swasta.

[VIDEO] Bekas MB Perlis mengaku tidak bersalah terima wang haram RM1.06 juta

Image
[VIDEO] Bekas MB Perlis mengaku tidak bersalah terima wang haram RM1.06 juta BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163420 Bekas Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lima pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM1.06 juta. Azlan, 64, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi. "Saya mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan," kata Azlan. Mengikut kelima-lima pertuduhan, Azlan didakwa telah menerima hasil daripada aktiviti haram, iaitu wang berjumlah RM1,059,675.25 daripada Sri Kedawang Travel Tours (W) Sdn Bhd, Aidil Travel Tours Sdn Bhd dan Abdul Rahim Halim yang mewakili syarikat Aidil Travel. Kesemua wang itu diterima tertuduh melalui tiga keping cek Maybank dan sekeping cek CIMB yang dibayar ke dalam akaun Maybank dan CIMB milik tertuduh serta secara tunai daripada Abdul Rahim. Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di Maybank ca

Baru ada kelas, sewa Porsche Macan S - selama 4 hari di Auckland

Image
Baru ada kelas, sewa Porsche Macan S - selama 4 hari di Auckland BACA seterusnya di: https://pakdin.my/161181 Misteri kenapa Menteri Besar Terengganu memulangkan kereta sewanya pada 18hb Disember walaupun beliau sepatutnya dijadualkan pulang dari Auckland pada 22hb Disember 2022  telah terjawab. Dia menukar SUV Toyota Highlander yang sewanya NZ$113 sehari atau RM316 sehari yang disewa selama 5 hari kepada Porsche Macan S dengan sewa NZ$399 sehari atau RM1,116 sehari yang disewa selama 4 hari hingga 22 Disember 2022, hari penerbangan pulangnya ke Malaysia melalui Sydney. Sepanjang perjalanan, dia juga mengambil nombor telefon bimbit tempatan New Zealand. Alang-alang bercuti kena lah nampak ada kelas tersendiri. Jangan memalukan penaja percutian.

Exco Kerajaan Negeri Terengganu, Hanafiah Mat sahkan MB di luar negara

Image
Exco Kerajaan Negeri Terengganu, Hanafiah Mat sahkan MB di luar negara BACA selanjutnya di: https://pakdin.my/161177 Kerajaan Terengganu berpendapat, tidak timbul apa-apa isu berhubung cara pengurusan banjir di negeri itu dijalankan walaupun Menteri Besar Ahmad Samsuri Mokhtar tiada. Mengesahkan keberadaan naib presiden PAS itu di New Zealand sekarang, Exco Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga, dan Perpaduan Nasional Terengganu Hanafiah Mat berkata dia sangat berpuas hati dengan semua pihak membantu mangsa banjir di negeri tersebut. "Sebagai timbalan pengerusi pengurusan bencana negeri, saya sangat berpuas hati di semua lapangan dan pusat penempatan sementara. "Semua exco dan juga wakil rakyat juga memainkan peranan dengan sangat baik," katanya Hanafiah yang juga Adun Chukai memaklumkan, Ahmad Samsuri memang berada di Auckland dan akan pulang pada hari ini. "Insya-Allah menteri besar akan balik dari New Zealand hari ini, tapi jam berapa, tidak dapat dipastikan

[VIDEO] Musim banjir tidak sesuai PRU, hanya sesuai untuk bercuti di New Zealand

Image
[VIDEO] Musim banjir tidak sesuai PRU, hanya sesuai untuk bercuti di New Zealand BACA selanjutnya di: https://pakdin.my/161171 Menteri Besar Terengganu telah terbang keluar negara melancong bersama isterinya ke Auckland, New Zealand dengan penerbangan sambungan dari Sydney, pada Ahad 11 Disember 2022. Berdasarkan jadual perjalanannya, mereka dijadualkan pulang ke Malaysia pada Jumaat (23 Dis 2022). Tiket pergi balik kelas perniagaan untuk setiap orang berharga RM18,000 setiap seorang - bermakna RM36,000 untuk kedua-duanya. Ketiadaan beliau telah mencetuskan kemarahan rakyat Terengganu kerana negeri yang paling teruk terjejas banjir. Setakat pagi ini, terdapat lebih 39,000 mangsa banjir di Terengganu. Menteri Besar Terengganu  tidak kelihatan di khalayak ramai sejak tarikh pemergiannya sehingga hari ini walaupun dia membuat satu catatan mengatakan bahawa banjir di Terengganu semakin teruk. Ini menunjukkan betapa hipokritnya PAS dan Perikatan Nasional. Samsuri juga adalah orang yang beru

[VIDEO] MBJB naik taraf pam air dalam usaha tangani banjir kilat

Image
[VIDEO] MBJB naik taraf pam air dalam usaha tangani banjir kilat BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160803/ JOHOR BAHRU -- Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) akan menaik taraf pam air dari empat unit kepada enam unit di Rumah Pam Sungai Chat, di sini, dalam usaha menangani isu banjir kilat di bandar raya berkenaan. Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata antara kerja yang sedang dan akan dilaksana MBJB, termasuk menambah dua unit pam berkapasiti 25 kilowatt per jam (kWj) setiap satu di tiga lagi lokasi, iaitu kawasan Surau Tambatan, Restoran Malay Village dan Jalan Kampung Mohd Amin. “Selain itu, pembersihan sampah sarap di  perangkap sampah dan mendapan di dasar Sungai Chat serta menambah pembinaan tebatan di kawasan hulu, iaitu di Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggung Ibrahim dan kawasan pembangunan Pemaju Tanjung Nahkoda. “Saya telah melawat beberapa tempat di (kawasan) Johor Bahru dan Iskandar Puteri yang dilanda banjir (kilat) hari ini, serta telah meminta PBT m

Hasni sahkan Ahmad Zahid menghadap Sultan Johor petang ini

Image
Hasni sahkan Ahmad Zahid menghadap Sultan Johor petang ini Selanjutnya di:  https://pakdin.my/156942 - JOHOR BAHRU - Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan menghadap Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berhubung pelantikan Menteri Besar Johor pada petang Isnin. Perkara itu disahkan oleh Pengerusi BN Johor, Datuk Hasni Mohammad. "Prosesnya memang begitu. Bila Suruhanjaya Pilihan Raya beritahu keputusan pilihan raya, Presiden (UMNO) kemudiannya menghadap (Sultan Johor)," kata beliau kepada pemberita secara ringkas ketika ditemui di ibu pejabat Badan Perhubungan UMNO Johor, sebentar tadi. Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang berlangsung pada Sabtu, BN memperoleh lebih daripada dua pertiga majoriti iaitu 40 kerusi Dewan Undangan Negeri dari 56 kerusi yang dipertandingkan. Terdahulu, Ahmad Zahid dilihat tiba di Pejabat Perhubungan UMNO Johor di Jalan Yahya Awal di sini pada jam 2.30 petang tadi sebelum meningg