Pembelot UMNO sedang pasang jerat sekali lagi
Pembelot UMNO sedang pasang jerat sekali lagi - https://pakdin.my/155113 - Kisah segelintir penyokong UMNO berjaya diperdaya oleh mereka yang belot kepada perjuangan parti pada PRU-14 memang pahit untuk ditelan. Mereka terpengaruh dengan dakyah dilemparkan oleh pembelot UMNO yang bersekongkol dengan musuh UMNO untuk menjatuhkan UMNO. Mereka terpesona dengan janji bulan bintang pembelot UMNO yang menawarkan lebih kesenangan andai musuh UMNO diberi undi dalam PRU berkenaan. Mereka terperangkap dengan naratif palsu pembelot UMNO konon mereka mahu mengalahkan UMNO adalah untuk selamatkan UMNO. Namun penyokong UMNO terbabit menyaksikan sendiri apa yang dilakukan oleh musuh dan si pembelot terhadap UMNO sejurus memegang kuasa. Betapa penghinaan dilemparkan keatas UMNO dan penyokongnya selepas berjaya memperdayakan segelintir penyokong UMNO untuk membantu kemenangan mereka. Presiden UMNO didesak supaya membubarkan parti, manakala pemimpin yang enggan berpaling ta...