Posts

Showing posts from April, 2016

#PRNSarawak11: PKR kata tak tipu, DAP kata mereka diperdaya

Image
Kerusi PRN Sarawak: PKR Tak Pernah Tipu DAP Isu PKR menipu DAP berhubung pengagihan kerusi pilihan raya negeri Sarawak tidak pernah timbul seperti mana didakwa Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, kata Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin. Beliau berkata, pertembungan di enam kerusi antara DAP dan PKR sepatutnya boleh dielak. "Walaupun DAP mengumumkan kerusi yang akan ditandingi sebelum mendapat kelulusan majlis presiden Pakatan Harapan seperti mana yang ditetapkan dalam Perjanjian Pakatan Harapan, PKR terbuka untuk perbincangan sehingga tengah malam pada Ahad dengan harapan saingan tiga penjuru dapat dielak," katanya. Beliau menambah, bagaimanapun pihak PKR tidak menerima maklum balas daripada Guan Eng. "Dengan kata lain, Guan Eng telah membuat keputusan untuk bertanding di semua lima kerusi tanpa mempertibangkan cadangan PKR untuk berunding dengan cara adil dan mewujudkan situasi menang-menang," katanya Shamsul menerusi kenyataan pa
Image
Perjanjian Pakatan Harapan 9 Jan 2016 "5.2 Pakatan Harapan akan meletakkan satu calon sahaja untuk mewakili Pakatan Harapan di dalam sesuatu pilihanraya di mana-mana peringkat." 3 1/2 bulan kemudian, janji yang mudah tu pun masing2 mungkir janji Pemimpin macam ni nak kita percayai! ‪#‎ PRNSarawak11‬   ‪#‎ manifestobukanjanji‬   ‪#‎ janjidicapati‬

#PRNSarawak11: DAP kata PKR parti POKAI (bankrap)

Image
#PRNSarawak DAP kata PKR parti POKAI (bankrap) PKR boleh pergi mampos! https://www.facebook.com/nweiaik/posts/10153578406869646

Adakah mereka ini warga negara Malaysia?

Mengaku warganegara tetapi tidah boleh bertutur dalam bahasa kebangsaan dengan baik. Amat memalukan. Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) kena ubah dasar dengan mensyaratkan seiap calon dalam pilihanraya memiliki sekurang-kurangnya kepujian dalam Bahasa Melayu peringkat SPM. Pengundi wajib tolak calon yang sebegini, tiada menunjukkan kecintaan kepaa negara dengan menghrnati bahasa kebangsaan.

PRN Sarawak: Pakatan Pembangkang Berbalah Sesama Sendiri

Image
Berikut adalah senarai DUN dimana calon BN ditentang oleh lebih satu calon pembangkang : 1. Mulu N.78 - PKR vs DAP 2. Senadin N.75 - DAP vs PKR vs DNP 3. Samalaju N.70 - PAS vs DAP vs BEBAS 4. Jepal N.67 - PAS vs PKR vs DNP 5. Murum N.66 - PKR vs DAP 6. Kakus N.60 - PAS vs PKR vs DNP 7. Ngemah N. 49 - PKR vs DAP vs DNP 8. Simanggang N.32 - PKR vs BEBAS vs DAP vs DNP 9. Beting Maro N.29 - PAS vs AMANAH 10. Sibuyau N. 27 - PAS vs AMANAH 11. Sadung Jaya N.24 - PAS vs AMANAH 12. Bukit Simunja N.23 - DAP vs PKR vs BEBAS 13. Tebedu N.21. - DAP vs PKR 14. Mambong N.19 - DAP vs PKR vs DNP 15. Muara Tuang N.16 - PAS vs AMANAH 16. Samariang N.7 - PAS vs AMANAH Perbalahan diantara Pakatan Pembangkang yang sudah tidak sepakat ini dijangka akan menjadi semakin hangat apabila sessi ceramah bermula malam ini yang dijangka akan dipenuhi dengan sessi cemuh mencemuh sesama sendiri.

Fitnah kenaikan tarif elektrik

Image
Celik je mata kerja puak ni memfitnah. Mana dah dapat rahmat Allah. Yang tukang sebar dan like pun sama dapat saham.

Mahathir sahaja yang menipu kata Arab kedekut.

Image
Mahathir sahaja yang menipu kata Arab kedekut. http://www.arabnews.com/featured/news/815851

Naib Presiden PKR Sarawak Letak Jawatan - Marah PKR Jadi Macai DAP

Image
Naib Pengerusi PKR Sarawak, Boniface Willy Tumek meletakkan jawatan dari parti itu sekali gus memaparkan keretakan hubungan dalaman parti itu di antara PKR pusat dan negeri. Tumek mengemukakan surat peletakan jawatannya Ahad lalu setelah PKR gagal mendapatkan jaminan untuk beliau menjadi calon bagi Tasik Biru, Bau namun sebaliknya menyerahkan kerusi itu untuk ditandingi wakil DAP. "Ini dilakukan setelah menamakan saya sebagai calon berpotensi bagi parti itu, dan walaupun tinjauan pendapat umum menunjukkan PKR mendapat lebih banyak sokongan di Tasik Biru berbanding DAP," kata kenyataan Tumek, 59 tahun. Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 tahun 2013, PKR juga tegas Tumek mengalah kepada DAP berhubung pencalonan beliau untuk bertanding bagi kerusi Parlimen Mas Gading. "Watikah untuk saya bertanding dalam pilihan raya itu mewakili PKR ditarik balik pada petang menjelang hari penamaan calon untuk memberi laluan kepada DAP, rakan kami dalam PR (Pakatan

DAP umum 29 calon di Sarawak, tinggal PKR, AMANAH

Image
Selepas Barisan Nasional (BN) selessai menamakan 82 calon yang akan bertanding pada Pilihan raya Negeri (PRN) Sarawak, DAP negeri pula mengumumkan senarai 29 calon untuk bertanding pada PRN ke 11 itu. PAS sebelum ini juga telah menamakan 11 calon manakala AMANAH menyatakan sudah bersedia dengan 13 calon. Bagaimanapun, PKR masih belum membuat pengumuman dipercayai wujud pertikaian antara PKR negeri dan Pusat mengenai senarai calon. Penamaan calon dijadualkan 25 April ini manakala pengundian pada 7 Mei. DAP dijangka meletakkan satu lagi calon berikutan peletakan jawatan Presiden Parti Pekerja Sarawak (SWP), Larry Sng. Senarai calon telah diumumkan oleh Pengerusi DAP negeri Chong Chieng Jen yang juga Ahli Parlimen Kuching. Beliau pada mulanya meletakkan calon Larry Asap bagi kerusi Baleh, tetapi dia kini akan bertanding di Bukit Goram. "Malam tadi Larry Sng yang sepatutnya bertanding di Bukit Goram, meletak jawatan. Oleh itu, kita bercakap dengan mereka dan bersetuju ba

Muhyiddin Di Janjikan Jawatan PM Oleh Mahathir

Image
"Tan Sri Muhyiddin Yassin telah digantikan kerana beliau gagal dalam tugasannya selain bercanggah dengan konsep tanggungjawab kolektif yang merupakan asas kepada kabinet kerajaan. Beliau sebaliknya secara sengaja cuba menghasut ahli-ahli parti untuk menjatuhkan Perdana Menteri hanya berdasarkan dakwaan-dakwaan yang telah terbukti palsu". Itu kata kenyataan Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Shariffuddin Tengku Ahmad merujuk artikel temubual Muhyiddin dengan agensi berita Reuters dengan mendakwa beliau digugurkan sebagai Timbalan Perdana Menteri kerana menuntut penjelasan Najib pada pertengahan 2015 berhubung deposit dana US$681,000,000 yang dimasukkan ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri. Muhyiddin dalam temubual itu mendakwa bahawa beliau sejak 2014 telah berkali-kali menyuarakan kebimbangannya berhubung salah laku dan rasuah membabitkan hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB), namun bantahannya sentiasa ditolak. Malah

Selfie Punya Hal - 5 Jatuh Gaung Sedalam 24 Meter Di Kuala Besut

Image
Lima pelajar universiti yang terjatuh ke dalam gaung sedalam 24 meter berjaya diselamatkan, tetapi terpaksa menanggung malu kerana kejadian itu berlaku gara-gara mereka mengambil gambar 'selfie'. Nasib mereka baik kerana tiada seorang pun daripada mereka mengalami cedera parah dalam kejadian yang berlaku di puncak Bukit Keluang, di Kuala Besut pada Rabu. Kelima-lima mereka, dari Universiti Malaysia Kelantan (UMK), sedang melakukan aktiviti mendaki bersama 20 pelajar lain apabila mereka berhenti untuk mengambil beberapa keping gambar 'selfie' tetapi akhirnya tergelincir dan jatuh ke dalam gaung sedalam 24 meter. Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Besut Mohd Zaini Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada pukul 1.15 tengah hari, dan lima anggota dari balai bomba Kampung Raja bergegas ke tempat kejadian. "Sehingga petang ini, dua daripada pelajar terbabit, iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan berjaya d

Nak tahu punca atau titik mula 1MDB ini mula menghadapi masalah? Baca muka surat 104 Laporan PAC:

"Pihak pengurusan dan Lembaga Pengarah pada masa itu sedang bergantung kepada tawaran saham awam permulaan (IPO) syarikat milik penuh 1MDB, Edra Energy Berhad, untuk menjana dana, yang akan digunakan untuk pembayaran balik hutang dan pembayaran faedah. Namun demikian, IPO tersebut tidak dapat dilaksanakan sebab faktor dalaman syarikat dan faktor luaran." Perhatikan kepada klausa "... tidak dapat dilaksanakan sebab faktor dalaman syarikat dan FAKTOR LUARAN" Apakah faktor luaran tersebut? Sesiapa yang mengikuti perkembangan isu 1MDB ini dari mula sehingga hari ini (yang mana masalah hutang telah berjaya diselesaikan) sudah tentu anda akan tahu faktor luaran tersebut adalah perperangan korporat antara 1MDB dan YTL yang tidak mahu 1MDB memonopoli industri tenaga lantas mengurangkan peluang YTL untuk terus menikmati hasil & keuntungan daripada IPP. YTL menggunakan pengaruh yang mereka ada terhadap media seperti Malaysia Insider, The Edge dan BFM 89.9 untuk

Ulama media sosial Malaysia bolehlah tolong nasihatkan Arab Saudi bahawa cukai itu HARAM.

Image
Arab Saudi akan mengenakan cukai. Mengikut siatem Malaysia ada pengecualian (0%) terhadap barangan keperluan asas dan perkhidmatan tertentu. Ulama media sosial Malaysia bolehlah tolong nasihatkan Arab Saudi bahawa cukai itu HARAM.

GST Hukum Haram Hanya Di Malaysia

Image
GST dihukumkan HARAM hanya di Malaysia. Tidak haram di negara Islam anggota OIC Arab Saudi pun bakal melaksanakan GST.