Posts

Showing posts with the label Pejuang

[VIDEO] Orang Melayu tak bijak politik - Mahathir

Image
Orang Melayu tak bijak politik - Mahathir BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162319/?amp=1 Dia tubuh UMNO baharu, dia keluar. Dia tubuh BERSATU, dia dipecat. Dia tubuh PEJUANG, dia keluar. Dia juga yang kata: "Orang Melayu tak bijak politik, Bila tak dapat sesuatu dia tubuh parti baru dan menyebabkan orang Melayu berpecah belah." Dr Mahathir umum keluar UMNO https://www.bharian.com.my/berita/politik/2016/02/129297/dr-mahathir-umum-keluar-umno Tun M tubuh parti baharu https://www.hmetro.com.my/utama/2020/08/607969/tun-m-tubuh-parti-baharu Tun M dipecat dari Bersatu https://www.hmetro.com.my/utama/2020/05/583424/tun-m-dipecat-dari-bersatu Mahathir keluar Pejuang https://www.malaysiakini.com/news/654686 "Orang Melayu tak bijak politik, Bila tak dapat sesuatu dia tubuh parti baru dan menyebabkan orang Melayu berpecah belah." - Mahathir BACA seterusnya di: https://t.co/l3ULoI8DWZ pic.twitter.com/WeaJJ37Qb4 — Kamaluddin 阿列克斯 தீன் (@KamaluddinIdrus) February 11, 2023

#PRU15: Dr Mahathir kalah, hilang wang pertaruhan di Langkawi

Image
#PRU15: Dr Mahathir kalah, hilang wang pertaruhan di Langkawi BACA selanjutnya di: https://pakdin.my/161042 BEKAS perdana menteri Dr Mahathir Mohamad hilang wang pertaruhan dan gagal mempertahankan kerusi Parlimen Langkawi. Pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA) itu hanya mendapat  4,566 undi, di tempat keempat dalam persaingan lima calon. Langkawi dimenangi calon Perikatan Nasional (PN) Mohd Suhaimi Abdullah dengan majoriti  13,518 undi mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) Armishah Siraj yang mendapat 11,945 undi. Dr Mahathir bertanding pilihan raya sejak 1964 dan tidak pernah kalah sehingga pilihan raya terakhirnya pada masa itu pada 1999. Beliau tidak bertanding lagi selepas bersara daripada jawatan perdana menteri pada 2003. Dr Mahathir kembali bertanding pilihan raya pada 2018 ketika memimpin kempen pembangkang menjatuhkan BN pada Pilihan Raya Umum ke-14. Selain Dr Mahathir, calon Pakatan Harapan Zabidi Yahya dan calon bebas Abd Kadir Sainudin juga hilang deposit.

PAS tak menguntungkan rakan PN, kata penganalisis

Image
PAS tak menguntungkan rakan PN, kata penganalisis Sumber:  https://pakdin.my/158034   ... Penganalisis melihat PAS mempertaruhkan hubungannya dengan rakan gabungannya selepas menyuarakan pendirian mengenai isu penukaran agama kanak-kanak sebelah pihak dan cadangannya supaya jawatan perdana menteri dikhaskan kepada orang Islam. Felo Majlis Profesor Negara (MPN) Jeniri Amir berkata, parti itu menimbulkan rasa tidak selesa kepada rakan bukan Islam dalam Perikatan Nasional (PN), iaitu Gerakan, Parti Progresif Sabah (SAPP) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR). Bagaimanapun katanya, tidak jelas bagaimana pengundi bukan Islam akan memberikan reaksi kerana belum ada kepastian mengenai penjajaran politik PAS untuk pilihan raya umum ke-15 (PRU15). “Ia bergantung dengan siapa PAS akan berpakat pada PRU15,” katanya. “Jika ia masih dengan PN, penyokong bukan Islam gabungan itu mungkin tidak mahu keluar mengundi sebagai tanda protes. Kita boleh lihat bagaimana peratusan keluar mengundi yang renda

Hadi pula dijangka bertemu Mahathir

Image
Hadi pula dijangka bertemu Mahathir Sumber:  https://pakdin.my/158030 .... Selepas Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin dilaporkan bertemu Dr Mahathir Mohamad, kini PAS pula mengesahkan akan bertemu dengan pengerusi Pejuang itu bagi mengadakan rundingan dan membentuk kerjasama untuk perpaduan ummah. Menurut Presiden PAS Abdul Hadi Awang, pertemuan itu akan diatur tidak lama lagi selain mengulangi pendirian parti itu yang bersedia bekerjasama dengan Pejuang atau mana-mana parti yang tidak ekstrem dan liberal. “Ya, dengan siapa sahaja kita sedia bekerjasama untuk menyatukan ummah. “Pertemuan dengan Mahathir, insya-Allah akan diaturkan,” katanya, menurut laporan Utusan Malaysia. Presiden Pejuang Mukhriz Mahathir semalam mendedahkan pengerusi parti itu didatangi Muhyiddin bagi membentuk kerjasama baharu menjelang pilihan raya umum ke-15 (PRU15). Mukhriz berkata, pertemuan itu berlangsung kira-kira dua minggu lalu, iaitu selepas Bersatu tewas dalam pilihan raya negeri (PRN) Johor. Abdul Hadi

[Video] Muhyiddin minta bantuan saya untuk jadi PM semula, kata Dr M

Image
[Video] Muhyiddin minta bantuan saya untuk jadi PM semula, kata Dr M Sumber:  https://pakdin.my/158026 ..... Pengerusi Pejuang Dr Mahathir Mohamad berkata, Presiden PPBM Muhyiddin Yassin menemuinya baru-baru ini untuk meminta bantuan mendapatkan semula jawatan perdana menteri. “Muhyiddin jumpa saya, beliau mahu saya sokong percubaannya untuk jadi PM sekali lagi,” kata Mahathir pada sidang media di sini, hari ini. Apabila ditanya sama ada beliau akan menyokong Muhyiddin, Mahathir berkata, Pejuang “tidak akan menyokong individu yang gagal sebagai PM”. Semalam, dua bekas perdana menteri itu dilaporkan mengadakan pertemuan baru-baru ini atas permintaan Muhyiddin. Anak Mahathir, Mukhriz dipetik sebagai berkata, Muhyiddin mahu Pejuang dan PPBM bekerjasama dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang (PRU15). “Semasa (Muhyiddin) jadi perdana menteri, kebanyakan orang tak puas hati dengan kepimpinannya,” kata Mahathir. “Beliau bukan perdana menteri yang bagus. Jika beliau capai sesuatu yang

MoU PH-kerajaan hanya untungkan Anwar, kata pemimpin Pejuang

Image
MoU PH-kerajaan hanya untungkan Anwar, kata pemimpin Pejuang Selanjutnya di:  https://pakdin.my/157486 - Hanya Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim mendapat manfaat daripada memorandum persefahaman (MoU) ditandatangani Pakatan Harapan dengan Putrajaya, kata seorang pemimpin Pejuang. Timbalan Ketua Pejuang Wilayah Persekutuan, Muhammad Rafique Rashid Ali berkata, Rang Undang-undang (RUU) Anti Lompat Parti yang sepatutnya dibentangkan pada sidang pertama Dewan Rakyat tahun ini, seperti yang dipersetujui dalam MoU itu, hanyalah janji manis kerajaan. “Nampaknya MoU antara PH dan kerajaan persekutuan ini hanyalah sia-sia, di mana PH dengan mudah termakan janji manis kerajaan persekutuan. “Yang lebih penting, hanya Anwar selaku ketua pembangkang bertaraf menteri memperoleh untung daripada MoU ini, bukannya rakyat,” katanya dalam kenyataan hari ini. Selain mendapat status bertaraf menteri, Anwar turut menerima keistimewaan tertentu sebagai ketua pembangkang, susulan MoU yang dimeterai September

#PRNJohor: Pejuang tawar kerajaan penyayang kepada rakyat Johor, kata Mukhriz 😅

Image
#PRNJohor: Pejuang tawar kerajaan penyayang kepada rakyat Johor, kata Mukhriz 😅 [Sumber:  https://pakdin.my/?p=154847 ] Parti Pejuang menawarkan sebuah kerajaan penyayang dan komited dalam memenuhi keperluan rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Presidennya, Mukhriz Mahathir berkata, tawaran itu selari dengan kehendak rakyat yang mahukan kerajaan prihatin dan tidak sibuk bermain politik yang jelas tidak memberi manfaat kepada mereka. “Tawaran Pejuang (di Johor) ialah sebuah kerajaan penyayang. “Sebuah kerajaan penyayang bermaksud apa juga keperluan rakyat baik dari sosial, pendidikan dan ekonomi, kita kena betul-betul cari satu penyelesaian yang memberi impak kepada rakyat secara positif,” katanya. Mukhriz, berkata, antara fokus Pejuang adalah untuk merancakkan semula pertumbuhan ekonomi Johor yang Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menurun dua tahun berturut-turut akibat pandemik Covid-19. Mengulas berkenaan bertanding solo, tegasnya, tindakan itu bagi mengelakkan Pejuang terp