Posts

Showing posts with the label Genting Highland

Cip kasino di Genting Highland bernilai lebih RM4.6 juta dicuri

Image
Cip kasino di Genting Highland bernilai lebih RM4.6 juta dicuri BACA seterusnya di: https://pakdin.my/170507 Polis Bentong hari ini mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian sebuah bilik kasino di Genting Highlands, Bentong dipecah masuk dan cip kasino bernilai lebih RM4.6 juta telah dicuri. Ketua Polis Daerah Bentong Supt Zaiham Mohd Kahar menerusi satu kenyataan memaklumkan pihaknya menerima laporan berkenaan daripada pihak pengurusan keselamatan kasino terbabit sekitar 6.30 petang pada 28 Oktober. “Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong masih meneruskan siasatan dan mengesan suspek terlibat,” katanya. Zaiham berkata kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan. "Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan boleh menghubungi IPD Bentong di talian 09-2222222 atau mana-mana balai polis berdekatan,"katanya.