Posts

Showing posts with the label Roket

Objek Misteri terdampar di Pantai Phuket

Image
Objek Misteri terdampar  di Pantai Phuket BACA seterusnya di: pakdin.my/167083 Dua objek misteri terdampar di Phuket dan Phangnga pada hari Rabu, menarik perhatian luas daripada penduduk tempatan dan pelancong serta mencetuskan spekulasi mengenai asal-usulnya. Jadet Wicharasorb, Datuk Bandar tambon Karon di Phuket, berkata dia dimaklumkan mengenai objek tidak dikenali di pantai Karon oleh seorang penyelamat pantai yang sedang meronda Objek itu, kelihatan diperbuat daripada gentian kaca, seberat sekurang-kurangnya 100 kilogram dengan kabel yang dipasang padanya dan mengandungi apa yang kelihatan seperti nombor siri. Ia juga ditutup dengan siput laut kecil (teritip). "Ia mempunyai kabel dan beberapa bahasa asing tertulis di atasnya. Ia mungkin sebahagian daripada penanda lautan. Ia akan dikeluarkan dari pantai dan disimpan untuk pemeriksaan lanjut," kata Encik Jadet. Seorang penyelamat pantai berkata dia menyangka dia telah menemui sebahagian daripada pesawat pada mulanya. Ada

[VIDEO] Penduduk Miri temui serpihan logam disyaki komponen roket China

Image
[VIDEO] Penduduk Miri temui serpihan logam disyaki komponen roket China Selanjutnya di:  https://pakdin.my/160328 Serpihan logam disyaki sebahagian daripada komponen roket Long March 5B milik China ditemui di Sepupok, Niah di Sarawak. Ketua Polis Miri, Alexson Naga Chabu, berkata pihaknya menerima laporan daripada penduduk di Batu Niah berhubung penemuan komponen itu semalam. Katanya, tinjauan awal mendapati serpihan logam itu terbenam kira-kira 1m dalam tanah di sekitar rumah seorang penduduk. “Bagaimanapun, polis tidak dapat mengesahkan asal-usul logam tersebut dan meminta bantuan Hazmat Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Agensi Angkasa Malaysia, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi untuk menganalisis tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan. Beliau menasihatkan orang ramai menjauhi kawasan terbabit kerana bimbang logam itu mengandungi bahan radioaktif dan tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan berita tidak benar yang boleh menimbulkan kegusaran masyarakat. https://yo

Objek dipercayai serpihan penggalak roket China melintasi Sarawak

Image
Objek dipercayai serpihan penggalak roket China melintasi Sarawak Selanjutnya di:  https://pakdin.my/160273/ Heboh tengah malam tadi (31 Julai 2022) orang ramai melihat objek dipercayai serpihan penggalak roket China yang dilancarkan pada 24 Julai 2022. Banyak video yang dimuatnaik di media sosial oleh netizen serpihan penggalak roket China melintasi ruang udara yang pada mulanya disangkakan meteor. Sebelum ini dilaporkan oleh pakar-pakar  astronomi Amerika Syarikat (AS) mendakwa bahawa penggalak roket China yang dilepaskan di luar kawalan akan meluncur kembali ke Bumi, lapor portal berita MailOnline. Saintis-saintis  juga mengesahkan serpihan tersebut mungkin jatuh di kawasan berpenduduk di Asia, Afrika atau Amerika Utara. Serpihan angkasa lepas yang didakwa akan melanggar Bumi itu berasal daripada roket Long March 5B yang dilancarkan pada 24 Julai lalu untuk menghantar modul Wentian ke Stesen Angkasa Lepas Tiangong milik China. Penggalak seberat sekitar 22 tan itu dijangka memasuki s