Posts

Showing posts with the label Pemilihan UMNO

[VIDEO] Pemilihan UMNO Bawa Gelombang Baharu, Bersama Rapatkan Saf Demi Pengukuhan – Zahid

Image
[VIDEO] Pemilihan UMNO Bawa Gelombang Baharu, Bersama Rapatkan Saf Demi Pengukuhan – Zahid BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162918 Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap gelombang kebangkitan baharu yang dimiliki UMNO kini dapat dimanfaatkan sebaiknya bagi memperkasa parti. Katanya ini termasuk perpaduan dalam kalangan ahli parti yang perlu diperkukuh selepas mengharungi Pemilihan UMNO sesi 2023-2026. “Saya telah berpesan kepada mereka bahawa yang menang itu tidak menang semua manakala kalah tidak kalah semua. “Maka keterangkuman ini saya lakukan demi mengukuhkan UMNO daripada tanggapan di luar sana bahawa ianya berada dalam caca marba “Kali ini keputusan yang dibuat di peringkat bahagian Wanita, Pemuda dan Puteri bahagian apatah lagi di peringkat nasional memperlihatkan satu gelombang yang baharu. “Saya harus bersama-sama dengan mereka untuk membina kekuatan baharu dan merapatkan saf barisan kepimpinan di setiap peringkat,” katanya. Beliau berkata demikian ketik

Johari Sah Tanding Jawatan Naib Presiden

Image
Johari Sah Tanding Jawatan Naib Presiden BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162621 Datuk Seri Johari Abdul Ghani, hari ini mengesahkan beliau bakal bertanding bagi jawatan Naib Presiden UMNO pada pemilihan parti itu.  Pengesahan itu menjadikan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu pemimpin keempat yang  menyerahkan borang pencalonan bagi merebut tiga jawatan tertinggi UMNO itu. Johari yang juga ahli parlimen Titiwangsa, menghantar borang pencalonannya di Auditorium UMNO di Menara Dato’ ONN pagi tadi.  Sebelum ini, penyandang Naib Presiden iaitu Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Datuk Seri Mahdzir Khalid sudah menyerahkan borang pencalonan bagi mempertahankan jawatan masing-masing. VIDEO berkaitan Selain itu, Ahli MKT, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican turut menghantar pencalonannya bagi jawatan sama.

[VIDEO] Pertandingan jawatan Naib Presiden dan ke bawah wujud persaingan sihat - Ahmad Zahid

Image
[VIDEO] Pertandingan jawatan Naib Presiden dan ke bawah wujud persaingan sihat - Ahmad Zahid BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162408 Pertandingan bagi merebut tiga jawatan Naib Presiden UMNO serta jawatan ke bawah pada pemilihan parti mewujudkan persaingan sihat, kata Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata walaupun terdapat dakwaan pertandingan jawatan akan membuka ruang kepada wujudnya kem-kem calon, pemilihan yang dibuat di peringkat akar umbi adalah lebih penting. “...dengan penawaran diri (calon) bagi jawatan Naib Presiden dan ke bawah ini adalah persaingan sihat dan saya rasakan yang penting adalah bukan pemilihan yang dibuat melalui kumpulan ‘sepapan’ (kem). “Tetapi yang lebih penting, pada hemat saya pemilihan dibuat di peringkat bahagian dan cawangan-cawangan akan memilih individu daripada kalangan calon terbaik pada 18 Mac nanti,” katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Bengkel Hala Tuju Strategik Kementerian Kemajuan

[VIDEO] 140 ketua bahagian minta jawatan tertinggi Umno tidak dipertandingkan

Image
[VIDEO] 140 ketua bahagian minta jawatan tertinggi Umno tidak dipertandingkan BACA seterusnya di https://pakdin.my/161741/?amp=1 Seramai 140 Ketua Bahagian Umno seluruh negara hari ini menyatakan solidariti agar jawatan presiden yang kini disandang Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak dipertandingkan pada pemilihan Perhimpunan Agung Umno yang dijangka Mei nanti. Mewakili kumpulan itu, Ketua Umno Bahagian Wangsa Maju Datuk Seri Dr Mohd Shafie Abdullah berkata ketua-ketua bahagian itu turut bersepakat jawatan timbalan presiden juga tidak dipertandingkan. Beliau berkata tumpuan Umno ketika ini perlu terarah kepada memperkukuh parti daripada pelbagai peringkat untuk berdepan enam pilihan raya negeri (PRN) yang dijangka diadakan tahun ini. "Seramai 126 Ketua Umno Bahagian hadir malam ini meskipun ada lagi 14 tidak hadir kerana menghadiri Perhimpunan Agung Umno 2022 (malam ini), tetapi semua sepakat jawatan (presiden dan timbalan presiden) tidak dipertandingkan. "Untuk berdepan e

[VIDEO] Pemilihan UMNO perlu dibuat sebelum 19 Mei ini – Ahmad Maslan

Image
[VIDEO] Pemilihan UMNO perlu dibuat sebelum 19 Mei ini – Ahmad Maslan BACA seterusnya di https://pakdin.my/161730/?amp=1 Datuk Seri Ahmad Maslan mengesahkan UMNO perlu membuat pemilihan di semua peringkat jawatan tertinggi sebelum 19 Mei depan. Jelas Setiausaha Agung UMNO itu, ia ekoran permohonan parti itu untuk menangguhkan pemilihan selama enam bulan selepas Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) baru-baru ini. “Pemilihan parti UMNO di semua peringkat iaitu cawangan dan bahagian serta Majlis Kerja Tertinggi termasuk Exco Wanita, Pemuda dan Puteri hendaklah diadakan sebelum 19 Mei. “Ini kerana pada 9 November tahun lalu, PRU15 diadakan, tempoh dalam enam bulan itu adalah apabila tarikh PRU15. “Jadi campur enam bulan bermakna sebelum 19 Mei depan,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Laman Media sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU2022) hari ini. Jelas Ahmad lagi, PAU2022 kali juga tidak akan memuktamadkan tarikh bagi pemilihan kerana UMNO mempunyai tempoh beberapa minggu lagi untuk