Posts

Showing posts with the label Bank Negara Malaysia

Lebihan imbangan Akaun Semasa Malaysia Suku Kedua paras terendah dalam 26 Tahun

Image
Lebihan imbangan akaun semasa Malaysia pada suku kedua tahun ini mencatatkan paras terendah dalam sekurang-kurangnya 26 tahun berikutan penyusutan ketara lebihan akaun barang. Menurut laporan Perangkaan Malaysia dan Bank Negara, imbangan akaun semasa Malaysia pada suku kedua ialah RM300 juta, menurun daripada RM16.7 bilion pada suku pertama – merosot daripada 3.4% KDNK kepada 0.1% KDNK. Kejatuhan ini berpunca daripada eksport berkaitan perlombongan yang lemah serta peningkatan import modal yang mengurangkan lebihan perdagangan barang. Pada masa sama, pelaburan langsung asing (FDI) bersih suku kedua berjumlah RM1.6 bilion, lebih rendah daripada RM15.6 bilion pada suku pertama. Bank Negara menyatakan bahawa aliran masuk FDI bersih disokong oleh suntikan ekuiti berterusan dan aliran masuk instrumen hutang yang lebih tinggi, tetapi diimbangi oleh pembayaran dividen yang meningkat kepada syarikat multinasional asing serta aliran keluar pelaburan semula. Kitaran Pelaburan Positif Mengenai le...

Aset Rizab rasmi Malaysia berjumlah US$118.35 bilion pada akhir November 2024 - BNM

Image
Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah US$118.35 bilion (US$1=RM4.45), manakala aset mata wang asing lain berjumlah US$255.72 juta pada akhir November 2024, kata Bank Negara Malaysia (BNM). Bank pusat itu berkata untuk 12 bulan akan datang, aliran keluar jangka pendek yang telah dikenal pasti bagi pinjaman, sekuriti dan deposit mata wang asing, yang termasuk antara lain, pembayaran balik berjadual bagi peminjaman luar negeri oleh kerajaan dan kematangan Bil Antara Bank BNM berjumlah US$14.03 bilion. "Kedudukan jualan hadapan pendek bersih berjumlah US$27.75 bilion pada akhir November 2024, mencerminkan pengurusan mudah tunai ringgit dalam pasaran wang," katanya dalam satu kenyataan mengenai pemakluman terperinci rizab antarabangsa pada akhir November 2024, hari ini 31 Disember 2024. Selaras dengan amalan yang diterima pakai sejak April 2006, BNM berkata data itu tidak termasuk unjuran aliran masuk mata wang asing yang timbul daripada pendapatan faedah dan pengeluaran pinjaman pr...

Suami bekas Gabenor Bank Negara Malaysia dirasuah untuk mendapat kelulusan "belum pernah terjadi sebelum ini" bagi pemindahan wang, Mahkamah AS diberitahu

Image
Suami bekas Gabenor Bank Negara Malaysia dirasuah untuk mendapat kelulusan "belum pernah terjadi sebelum ini" bagi pemindahan wang, Mahkamah AS diberitahu Baca seterusnya: pakdin.my/155229 Pindahan berbilion dolar telah diluluskan oleh bekas gabenor Zeti Akhtar Aziz untuk dibawa keluar Malaysia dengan segera. Saksi utama perbicaraan rasuah 1MDB di AS terhadap ahli bank Goldman Sachs Group Inc, Roger Ng dilaporkan memberi keterangan bahawa suami kepada bekas Gabenor Bank Pusat Malaysia (BNM) telah disogok untuk mendapatkan kelulusan pemindahan wang yang belum pernah berlaku sebelum ini. Saksi itu, Tim Leissner, yang merupakan bekas pengerusi operasi Asia Tenggara Goldman berkata Roger telah memberitahunya bahawa gabenor BNM ketika itu Zeti Akhtar Aziz telah meluluskan transaksi bernilai bilion dolar untuk dibawa keluar dari Malaysia. Leissner, 52 memberitahu demikian ketika disoal oleh Pendakwaraya Drew Rolle. Rolle: “Adakah anda pernah membincangkan isu di PetroSaudi dan 1MDB...