Posts

Showing posts with the label Dera

[VIDEO] Ibu kandung & ‘tomboy’ mengaku tak bersalah aniaya kanak-kanak

Image
[VIDEO] Ibu kandung & ‘tomboy’ mengaku tak bersalah aniaya kanak-kanak BACA seterusnya di: https://pakdin.my/166696 JOHOR BAHRU: Seorang ibu tunggal bersama rakan serumahnya yang juga wanita berperwatakan lelaki, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas dua pertuduhan menganiaya dan mengabaikan anak kandungnya, sejak bulan lalu. Tertuduh, Nurul Asyiqin Mohamad Zahir, 27, dan rakannya, Awiin Chua, 30, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan itu dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Fatimah Zahari. Kedua-dua tertuduh yang tiba di perkarangan mahkamah kira-kira jam 8.40 pagi diiringi anggota polis, dilihat sentiasa mengalirkan air mata sehingga prosiding selesai. Turut hadir ke mahkamah dan berada di galeri awam adalah abang kepada Nurul Asyiqin dan abang kepada Awiin yang datang dari Singapura. Bagi pertuduhan pertama, kedua-dua tertuduh didakwa mencapai niat bersama menganiaya seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang di bawah ...

[VIDEO] Dera, abai kanak-kanak: Dua guru taska dan pemilik dihadap ke mahkamah

Image
[VIDEO] Dera, abai kanak-kanak: Dua guru taska dan pemilik dihadap ke mahkamah IPOH: Dua guru taska didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, masing-masing atas tiga pertuduhan mendera kanak-kanak dalam jagaan mereka di sebuah taska di Meru, awal bulan ini. Noor Shafina Abdul Khair, 26, dan Wan Suhaila Mior Khir, 32, mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan itu. Bagi pertuduhan pertama dan kedua, Noor Shafina didakwa melakukan penganiayaan terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun dengan cara menindan badan mangsa, menampar pahanya dengan kuat, menarik rambut serta menampar pipi mangsa pada 6 Julai lepas di taska tersebut. Dia turut didakwa menganiaya seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun dengan memukul belakang badan dan mencubit pipi mangsa. Timbalan Pendakwa Raya Qurratu'aini Khalifah tidak menawarkan jaminan namun peguam Mohammad Syarifuddin Zaid memohon jaminan munasabah atas alasan anak guamnya akan memberi kerjasama penuh dalam kes itu. Hakim Ain...