Posts

Showing posts with the label Perancis

Keadaan di Gaza makin huru-hara, ratusan penduduk mati setiap hari

Image
Keadaan di Gaza makin huru-hara, ratusan penduduk mati setiap hari BACA seterusnya: https://pakdin.my/174288 Memasuki hari ke-69 konflik di antara Palestin dan Israel dilihat semakin meruncing selain keadaan di Semenanjung Gaza sedang huru-hara akibat serangan Zionis tanpa henti sejak 7 Oktober lalu. Wartawan Palestin, Hani Abu Rezeq berkata ratusan penduduk Gaza dibunuh setiap hari selain sebahagian rakyatnya dilayan seperti binatang oleh tentera Israel sepanjang menjadi tahanan mereka. “Ratusan orang awam yang dibunuh, dibogelkan, dan diculik oleh pasukan pendudukan Israel setiap hari. “Mayat bergelimpangan di jalanan dan ramai keluarga masih tertimbus di bawah runtuhan, fasiliti hospital lumpuh tak tidak dapat berfungsi sepatutnya untuk menyelamatkan mangsa yang cedera. “Orang ramai telah dipaksa untuk mengebumikan orang tersayang di jalanan kerana mereka tidak dapat sampai ke tanah perkuburan kerana diserang selain tanah perkuburan sudah penuh atau telah dimusnahkan oleh Israel,” k

🎦 Kem pelarian Jabalia di timur laut Gaza ditenggelami banjir

Image
  🎦 Kem pelarian Jabalia di timur laut Gaza ditenggelami banjir BACA seterusnya: https://pakdin.my/174246 Angin kencang berserta hujan lebat berterusan dalam tempoh beberapa jam telah menyebakan kem pelarian Jabalia di timur laut Kota Gaza ditenggelami banjir sehingga memusnahkan puluhan khemah di sana. Menerusi perkongsian wartawan Palestin, Hani Abu Rezeq di Instagramnya, dia memuat naik rakaman memaparkan seorang lelaki terpaksa mengharungi air banjir setinggi paha dengan mengusung jenazah seorang kanak-kanak yang dibalut kain kafan putih. Katanya, kanak-kanak tersebut antara penduduk Gaza yang telah terbunuh akibat serangan rejim Zionis yang semakin mengganas. Sementara itu, dalam tinjauan Kosmo! di media sosial mendapati beberapa bahagian wilayah Palestin turut dilanda banjir berikutan air hujan bertakung kerana tidak dapat mengalir keluar akibat runtuhan bangunan dan infrastruktur yang rosak disebabkan serangan bom Zionis ke atas kawasan terbabit. Penduduk Palestin dilihat melar

Imej dikeluarkan rejim zionis Israel yang menunjukkan tahanan Palestin memakai seluar dalam mencetuskan kemarahan

Image
Imej dikeluarkan rejim zionis Israel yang menunjukkan tahanan Palestin memakai seluar dalam mencetuskan kemarahan Seorang rentung manakala dua lagi cedera dan telah dihantar ke Hospital Taiping BACA di: https://pakdin.my/174118/ Pegawai Palestin, Arab dan Islam mengecam Israel pada hari Jumaat selepas imej lelaki Palestin yang ditahan dilucutkan pakaian hanya berseluar dalam di Gaza tersebar di media sosial. Pegawai kanan kumpulan Hamas Islam Palestin, Izzat El-Reshiq, menuduh Israel "melakukan jenayah kejam terhadap orang awam yang tidak bersalah." Reshiq, yang kini dalam buangan di luar negara, menggesa organisasi hak asasi manusia antarabangsa untuk campur tangan dalam perkara ini dan membantu memastikan pembebasan mereka. Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) berkata ia bimbang dengan imej itu dan semua tahanan mesti dilayan dengan kemanusiaan dan maruah mengikut undang-undang kemanusiaan antarabangsa. Menteri Luar Iran Hossein Amirabdollahian, yang negaranya meny