Posts

Showing posts with the label Bazar Ramadan

[VIDEO] Beberapa kawasan di Mantin, Nilai terjejas akibat ribut - Bomba

Image
[VIDEO] Beberapa kawasan di Mantin, Nilai terjejas akibat ribut - Bomba BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163278 SEREMBAN: Beberapa kawasan dan peniaga bazar Ramadan di sekitar Mantin, Nilai dekat sini terjejas teruk akibat hujan lebat dan ribut yang melanda, petang tadi 7 April 2023. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Mantin, Priscilla Carol Thomas, berkata antara kawasan terbabit adalah Kampung Che Lah, Klinik Kesihatan Mantin, Desa Pinggiran Bayu, Kolej Legenda, Jalan Mantin ke Sungai Machang dan Jalan Mantin ke Beranang. Katanya, pihak bomba menerima banyak panggilan kecemasan daripada orang awam sekitar jam 3 petang hingga jam 5.30 petang tadi akibat kejadian ribut. "Sejurus menerima panggilan, anggota bomba terus ke lokasi terlibat dan meneruskan kerja-kerja mengalihkan pokok-pokok tumbang di beberapa kawasan terjejas termasuk di kawasan perumahan," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini. Beliau berkata, beberapa peniaga bazar Ramadan juga terkesan akibat ribut y

[VIDEO] Sibu dibadai ribut, PBB beri kanopi baharu untuk peniaga bazar Ramadan – Dr Annuar

Image
[VIDEO] Sibu dibadai ribut, PBB beri kanopi baharu untuk peniaga bazar Ramadan – Dr Annuar BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163187 SIBU, 6 April: Peniaga bazar Ramadan yang ‘berputih mata’ susulan ribut di sini petang semalam memusnahkan tapak jualan mereka akan menerima bantuan kanopi baharu hari ini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka, Datuk Dr Annuar Rapaee berkata bantuan tersebut akan diserahkan beliau bersama Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) pada petang ini. “Esok sebelum petang (hari ini) saya dan Pemuda PBB akan turun padang bagi menggantikan kanopi yang baharu kepada peniaga bazar Ramadan di Dataran Fasa 2 Tun Tuanku Haji Bujang,” katanya. Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat itu berkata demikian menerusi satu hantaran video di Facebook rasminya, pada Rabu. “Pemuda PBB mempunyai stok kanopi yang disimpan untuk disumbangkan kepada para peniaga di sini,” ujarnya. https://youtu.be/NpTDFRaj5Hw Namun sekiranya stok kanopi yang disimpan i

[VIDEO] Kangar dilanda ribut, rumah dan gerai bazar Ramadan rosak

Image
[VIDEO] Kangar dilanda ribut, rumah dan gerai bazar Ramadan rosak KANGAR: Lebih 60 premis kediaman dan perniagaan di sekitar Kangar rosak dan terjejas berikutan kejadian ribut dan hujan lebat yang melanda daerah itu, petang tadi. Kejadian sekitar jam 4:45 petang 29 Mac 2023 itu bukan saja merosakkan premis kediaman, malah bazar Ramadan dan bazar Aidilfitri yang terletak di Taman Sena Indah, Repoh, Behor Empiang, Jalan Syed Alwi berhampiran sebuah pasar raya terkemuka, selain bazar Aidilfitri di Kangar Jaya. Tinjauan mendapati, banyak premis jualan makanan dan minuman serta premis menjual pakaian bagi menyambut Aidilfitri rosak selepas bumbung dan gerai mereka diterbangkan angin ribut. Malah, Balai Bomba dan Penyelamat Kangar turut dilanda ribut sehingga menyebabkan sebatang pokok tumbang dan menghempap satu daripada rumah dalam stesen berkenaan. Bagaimanapun, kejadian ribut yang berlaku itu tidak mengakibatkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa. Pengarah Angkatan Pertahanan Awam

[VIDEO] Peniaga tetap berniaga walau khemah dibadai angin ribut

Image
[VIDEO] Peniaga tetap berniaga walau khemah dibadai angin ribut BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162827 BAGAN SERAI – Sebanyak enam buah khemah peniaga bazar Ramadan di Alor Pongsu, Bagan Serai rosak akibat dibadai angin ribut kira-kira pukul 2.30 petang 25 Mac 2023. Peniaga, Salina Che Tahe, 42, berkata, ketika kejadian dia berada di hadapan kaki lima sebuah kedai di tapak bazar tersebut. “Angin kencang datang dari arah bangunan Dewan Orang Ramai Alor Pongsu menyebabkan beberapa buah khemah terbang ditiup angin. Ada antara khemah tersebut patah besi dan koyak.” ketika ditemui di tapak bazar ramadan Alor Pongsu di sini hari ini. Seorang lagi peniaga, Robitah Razak, 37, berkata, dia mendapat tahu tentang kejadian itu setelah dihubungi oleh jiran niaganya. “Sebaik tiba di lokasi, saya lihat dua buah khemah di tapak saya seolah-olah runtuh separuh kerana besinya patah, manakala barangan niaga masih dalam keadaan selamat,” katanya. Menurutnya, khemah berniaga di kawasan itu  disewa pa