Posts

Showing posts with the label Jantung

Dakwaan kesihatan Tun M merosot, pengamal media berkampung di IJN

Image
  Dakwaan kesihatan Tun M merosot, pengamal media berkampung di IJN [Sumber: https://pakdin.my/?p=153694 ] Pengamal media mula berkumpul di hadapan Institut Jantung Negara (IJN) bagi mengikuti perkembangan kesihatan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Ia susulan timbul dakwaan kesihatan Tun Mahathir Mohamad berada dalam keadaan membimbangkan di pusat perubatan itu. Bagaimanapun, IJN ketika dihubungi sebentar tadi memaklumkan akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat berhubung perkembangan semasa kesihatan bekas Perdana Menteri tersebut. Pasukan komunikasi Dr Mahathir berkata satu kenyataan akan dikeluarkan tidak lama lagi, tetapi enggan mengulas lanjut. Difahamkan, bekas Perdana Menteri Malaysia keempat dan ketujuh tersebut pernah dimasukkan ke IJN untuk kali kedua pada 7 Januari lalu bagi menjalani prosedur perubatan elektif di hospital berkenaan. Sementara pada 16 Disember lalu, Mahathir turut dimasukkan ke IJN buat kali pertama bagi menjalani pemeriksaan kesihatan