Posts

Showing posts with the label The Hague

[VIDEO] Tuntutan Sulu: Kemenangan cukup bermakna - Ahmad Zahid

Image
[VIDEO] Tuntutan Sulu: Kemenangan cukup bermakna - Ahmad Zahid BACA seterusnya: https://pakdin.my/166177 Kemenangan di mahkamah antarabangsa dalam kes tuntutan kumpulan Sulu terhadap Malaysia menjadi kejayaan cukup bermakna dan penting untuk negara, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Menerusi catatan di Facebook beliau hari ini, Ahmad Zahid turut mengucapkan tahniah kepada semua yang terlibat sehingga kerajaan berjaya mempertahankan hak serta kedaulatan negara. “Tahniah kepada pasukan Malaysia diketuai pengerusinya (Pengerusi Sekretariat Khas yang juga Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said yang bertungkus-lumus memastikan kedaulatan Malaysia terus terpelihara,” katanya. Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Mahkamah Rayuan The Hague di Belanda menolak permohonan kumpulan Sulu untuk mengiktiraf dan menguatkuasakan award akhir timbang tara sebanyak US$14.9 bilion (RM62.59 bilion) di negara itu. A

[VIDEO] Keputusan mahkamah rayuan The Hague sahkan pendirian Malaysia - Azalina

Image
[VIDEO] Keputusan mahkamah rayuan The Hague sahkan pendirian Malaysia - Azalina BACA seterusnya: https://pakdin.my/166164 Keputusan Mahkamah Rayuan The Hague, Belanda pada Selasa yang menolak permohonan kumpulan Sulu untuk mendapatkan pengiktirafan dan penguatkuasaan award akhir sebanyak US$14.9 bilion (RM62.59 bilion) di negara itu yang dikatakan diperoleh melalui proses timbang tara, mengesahkan pendirian Malaysia bahawa timbang tara itu tidak sepatutnya berlaku. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata permohonan sedemikian tidak sah sejak awal lagi dan award akhir yang dikatakan itu adalah terbatal. “Pihak yang menuntut tidak boleh bergantung pada award akhir yang dikatakan itu untuk cuba merampas aset Malaysia di Belanda dan dengan penghakiman penting ini, sebarang percubaan oleh pihak menuntut dan pembiaya mereka akan menjadikan sia-sia untuk menguatkuasakannya di bidang kuasa lain,” kata beliau dalam kenyat