Posts

Showing posts with the label Perak FC

Perak FC hentikan operasi serta-merta

Image
Secara rasmi Perak FC menghentikan semua operasi berkuat kuasa serta-merta akibat tekanan kewangan yang dihadapi oleh pasukan itu. Menurut pengurusan pasukan, Perak FC telah menghantar pulang pemain-pemain import dan membayar apa yang termampu kepada para staf dan pemain dengan baki dana yang ada. Semua staf dan pemain pasukan juga telah dimaklumkan bahawa Perak FC tidak akan menyertai sebarang liga atau pertandingan pada musim akan datang dan bebas mencari peluang di kelab bola sepak lain. “Setelah tiga tahun atau dua setengah musim, dengan pelaburan melebihi RM40 juta, kami amat dukacita memaklumkan bahawa tiada lagi baki dana untuk diperuntukkan. Justeru, Perak FC akan menghentikan semua operasi berkuat kuasa serta-merta,” menurut pasukan tersebut, hari ini. Pengurusan pasukan itu juga mengucapkan penghargaan kepada para penyokong atas sokongan tanpa berbelah-bahagi. “Ini bukanlah penutup yang kami harapkan, tetapi kami perlu berpijak di bumi yang nyata serta menerima kenyataan baha...

Selangor berpesta gol benam Perak 4-0

Image
Selangor berpesta gol benam Perak 4-0 BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165160 Selangor FC membelasah Perak FC 4-0 dalam aksi Liga Super 2023 di Stadium Perak, Ipoh , Perak malam ini dan membawa pulang tiga mata berharga. Turun dengan kesebelasan terbaik, anak buah Tan Cheng Hoe bagaimanapun hanya berhasil menembusi kubu Bos Gaurus memasuki lima minit terakhir sebelum wisel separuh masa pertama ditiup menerusi jaringan pemain import Colombia Ayron del Valle. Berselang lima minit kemudian, penyerang kebangsaan Mohamad Faisal Abdul Halim menggandakan jaringan buat Gergasi Merah apabila bijak melepasi perangkap ofsaid pertahanan Perak sebelum menewaskan penjaga gawang T Shaheeswaran. Bersambung babak kedua, Selangor terus melebarkan jaringan kepada 3-0, kali ini giliran pemain tengah Muhammad Mukhairi Ajmal mencetak nama selaku penjaring apabila rembatan padu daripada luar kotak penalti pada minit ke-51 gagal ditepis kemas Shaheeswaran. VIDEO berkaitan: Ayron kemudian terus menjadi du...