Posts

Showing posts with the label Pandan Indah

[VIDEO] Terlibat letupan bom di Pandan Indah, suspek ditangkap di Kedah

Image
[VIDEO] Terlibat letupan bom di Pandan Indah, suspek ditangkap di Kedah BACA seterusnya di https://pakdin.my/161497   Sepasang suami isteri ditangkap di Serdang, Kedah selepas disyaki terbabit dalam kejadian letupan sehingga menyebabkan seorang tukang masak maut di Pandan Indah, Ampang Jaya, Khamis lalu 30 Disember 2022. Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk S. Sasikala Devi berkata, penangkapan tersebut dibuat atas maklumat risikan yang dibuat oleh pihak polis. “Penahanan kedua-dua suspek masing-masing berusia 30 tahun dan 33 tahun itu dilakukan di sebuah rumah di Serdang,Kedah pada pukul 7.20 malam, semalam 3 Januari 2023. “Polis percaya tangkapan tersebut boleh membantu dalam menjalankan siasatan kes letupan bom di Pandan Indah, Ampang,” katanya dalam kenyataan hari ini. Menurut Sasikala Devi, perintah tahanan reman telah dipohon dan pihak Majistret telah membenarkan tahanan reman terhadap pasangan itu selama tujuh hari sehingga Selasa minggu hadapan. https://www.instagram.com/reel/C

[VIDEO] Bedah siasat pelayan maut akibat letupan dipercayai bom buatan sendiri dijalankan di hospital Ampang

Image
[VIDEO] Bedah siasat pelayan maut akibat letupan dipercayai bom buatan sendiri dijalankan di hospital Ampang BACA seterusnya di https://pakdin.my/161323 Bedah siasat membabitkan seorang pelayan yang maut akibat letupan sebuah bungkusan yang diletakkan atas keretanya dijalankan pada petang Jumaat 30 Disember 2022. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, mayat lelaki berusia 28 tahun akan diuruskan pihak Hospital Ampang. "Untuk makluman, bedah siasat terhadap mayat mangsa akan dijalankan pada hari ini jam 2.30 petang bertempat di Hospital Ampang," katanya dalam kenyataan pada Jumaat. Pada Khamis Sinar Harian melaporkan, seorang pelayan maut selepas sebuah bungkusan ditinggalkan di atas bonet keretanya di hadapan sebuah kedai makan meletup di Jalan Pandan Indah, di sini pada malam Khamis. Letupan itu mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan parah pada bahagian badan dan tangan dan disahkan meninggal dunia di Hospital Ampang sekitar jam 9

[VIDEO] MPAJ batal lesen restoran tular ‘tikus jilat ayam goreng’

Image
[VIDEO] MPAJ batal lesen restoran tular ‘tikus jilat ayam goreng’ BACA seterusnya di: https://pakdin.my/161269 PETALING JAYA – Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) mengeluarkan Notis Pengesahan Pembatalan Lesen (NPPL) serta-merta kepada premis yang tular terdapat seekor tikus sedang menjamah ayam goreng sebelum ini. Yang Dipertua MPAJ, Mohd. Fauzi Mohd. Yatim berkata, tindakan tersebut selaras dengan tindakan Kementerian Kesihatan (KKM) melalui Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) yang telah mengeluarkan Notis Perintah Tutup pada Sabtu lalu (24 Disember 2022). Jelas beliau, tindakan sitaan atas kesalahan menjalankan perniagaan tanpa lesen juga akan dijalankan sekiranya premis masih beroperasi setelah NPPL dikeluarkan. “Permohonan lesen baru hanya akan dipertimbangkan sekiranya semua syarat terutamanya berkaitan kebersihan dipatuhi sepenuhnya. “Pemeriksaan kebersihan premis makanan dari segi kawasan penyajian dan penyediaan makanan serta kawalan serangga perosak di premis juga dija